76 ㅡ satans

2.3K 425 396
                                    

Taehyung

Puan Kim melangkah masuk kedalam lubang itu sambil mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Apa dia? Aku pun tak tahu kerana aku tak dapat mendengarnya dengan betul. Tapi yang aku pasti, ianya bukan bahasa yang kami selalu tuturkan sekarang ni.

Serentak sahaja kakinya mendarat didalam bulatan bintang itu, aku dapat lihat seperti ada kaca yang meliputi garisan bulatan ini pecah dan kemudian kacanya menjadi debu.

" Desidero praecipio vobis "
( aku perintahkan kau lepaskan dia )

Dia berdiri tak jauh daripada aku sambil memandang mahluk dihadapan aku ini dengan pandangan yang tajam. Kelihatan daripada leher yang urat-uratnya tersembul.

Mahluk itu melirikkan matanya ke arah Puan Kim kemudian dia tersengih. Dia menarik anak panah yang tertancap pada badannya itu dengan kasar dan darahnya terpercik pada wajah aku. Ya tuhan, aku dah tak suci.

Mahluk itu cuba menghampiri Puan Kim dan dibelakang Puan Kim ada beberapa orang yang aku kenali berbaris dibelah kanan dan juga kiri Puan Kim. Mereka memegang busur dan kantung anak panah, bersedia untuk melepaskan peganggan mereka yang menahan anak panah pada busur tersebut.

Aku nampak salah seorang daripada pemanah tersebut memandang aku dengan pandangan yang penuh dengan kerisauan. barulah aku perasan yang ianya Hyerin, bersama kawan-kawannya di sisi Puan Kim.

" Desidero enim vos in corde, et non cadunt. " (lepaskan apa yang kau ada pada diriku, aku tak akan tumbang. )

" Taehyung?! Kau okay? " Yoongi melutut dihadapan aku dan menolong aku bangun. Aku terus mengangguk kan kepala aku padanya dan dia mula membawa aku keluar daripada bulatan itu. Disebelahnya, ada Namjoon sekali.

" sorry, hyung tak tahu pula yang bulatan itu akan memerangkap kamu " balas Namjoon dan aku menggeleng. "Tak mengapa." Lalu aku mencapai senjata yang di hulurkan oleh Yoongi padaku. Beberapa das peluru di masukkan pada senjata tersebut.

" Macam mana yang lain boleh ada disini? Orang kita? " Soal aku dengan pandangan yang curiga. Aku memandang Yoongi untuk penjelasan daripadanya dan dia tak tahu nak cakap apa.

" aku yang telefon mereka. " aku menoleh ke belakang dan mataku bertembung dengan mata si empunya suara tersebut. Ternyata ianya Jimin. Aku lihat wajahnya penuh dengan percikan darah yang kini sudah bercampur dengan peluh daripada dahinya. Dia sengih pada aku. " aku tahu kita perlukan bantuan. Sebab itu aku panggil mereka "

" apa maksud kau? Kau bahaya kan nyawa mereka! Hyerin ada dekㅡ "

" Taehyung, kalau aku tak panggil mereka kau tentu dah mati sekarang. So, sama-sama beb " dia kemudian nya terus pergi dan menembak para owls yang cuba menghalang perjalanan nya. Buat pertama kali, aku rasa Jimin ni cool juga orangnya walaupun dia pendek.

" dah lah, kau tak payah risaukan Hyerin. Dia juga yang mahu ikut. Sekarang ni kita kena cari President. Aku nampak dia lari ke arah sana. Ke arah pagar, mungkin dia ingin larikan diri seperti apa yang dia buat sebelum ni. " Yoongi memaklumkan dengan teliti dan aku mengangguk faham.

" tapi aku dah kunci semua pagar yang ada dalam bangunan ni jadi tiada sesiapa boleh larikan diri. Dia mungkin fikir pagar tersebut tak berkunci " Beritahu Namjoon setelah lama mendiamkan diri. Aku tersengih, sinis. Dia masih fikir yang dia boleh larikan diri?

young blood. Where stories live. Discover now