13 ㅡ attack

3.9K 768 229
                                    

Pesakit : 02

Aku menutup mataku seerat yang boleh dan tak sanggup nak bukak. Jantung aku kini berdenyut kencang.

Tapi selepas aku menunggu untuk beberapa ketika, takde apa yang berlaku. Aku mengumpul segala tenaga aku untuk membuka kelopak mataku perlahan-lahan untuk melihat apa yang terjadi sebenarnya.

" jimin ? "

Satu wajah yang amat aku kenal berada dihadapan aku. Buat seketika, hati aku terasa lega apabila melihat bahawa Jungkook dihadapan aku. Perempuan yang nak serang aku tadi, sudah terlantar kebelakang dan kelihatan ada pisau dicucuk tepat pada jantung perempuan tu.

" jimin kau okay ke? " soal Jungkook. Dia memegang bahu aku dan aku perlahan-lahan mengangguk. Kelihatan Wajah jungkook ada kesan calar-calar.

" kita kena pergi daripada tempat ni cepat.. " Jungkook menarik aku bangun lalu memegang tangan aku. " ya aku tahu. tapi kita kena cari taehyung. Kau ada jumpa dia? " Jungkook menoleh kearah aku dan menantikan jawapan yang akan kukatakan padanya.

" tak.. aku tak jumpa dia lagi. " Jungkook melepaskan keluhan yang panjang lalu dia meramaskan rambutnya.

" aku risau lah. Hospital ni dah tak macam hospital lagi dan semua doktor dah hilang. " jungkook melepaskan apa yang dia rasa didalam hatinya. Jelas diwajahnya kelihatan risau.

" takpelah kit--" belum sempat aku habiskan kata-kata aku, kedengaran ada satu pengunguman bergema didalam hospital tu.

" perhatian kepada semua pesakit yang masih lagi hidup dan tak kena histeria seperti yang lain, sila ke tingkat tiga di bilik arahan. Anda akan menemui saya, Seokjin , Taehyung dan Hoseok. Sila cepat "

Pengunguman dimatikan. Aku memandang wajah Jungkook yang kini memandang aku jugak.
" tu suara Seokjin. Aku kenal. " kata aku. Dan Jungkook mengerutkan dahinya padaku. " siapa seokjin? " soalnya.

" dia doktor khas merawat aku. Jangan risau, dia tak sama dengan doktor yang lain dalam Hospital ni. " aku meyakin kan Jungkook tapi wajahnya kelihatan sukar untuk menerima apa yang aku katakan tu.

" kau percaya doktor tu? "

" mhm, wae? "

Jungkook terdiam. Dia mengalihkan pandangannya daripada memandang aku. Wajahnya nampak tak yakin.

Aku memegang bahunya. Perlahan-lahan Jungkook mengangkat wajahnya memandang aku dan mata kitorang bertemu. Aku hadiahkan senyuman aku padanya. " sokay, kalau kau tak cayakan dia, aku ada. " dia senyum pada aku balik.

" dah jom pergi. "

☆\/☆\/☆\/☆

Pesakit : 01

" lama nya dorang nak datang. " rungut Hoseok dipenjuru bilik. Dia sedang duduk diatas kerusi roda sambil bermain dengan rodanya. Dah bosan sangat gamaknya.

" aku risau kalau dorang tak dapat nak datang kesini.." serentak, aku dan Hoseok memandang Seokjin yang sedang memandang keluar tingkap tu dengan pandangan yang kosong.

" kau paham kan maksud aku? " seokjin memalingkan wajahnya menghadap aku dan Hoseok. Hoseok sudah menunduk merenung lantai menakala aku melepaskan keluhan yang panjang.

" takpelah, kalau dorang tak dapat lakukan, korang dua dah lakukan yang terbaik tuk cuba selamatkan diorang. Takpe. " Hoseok cuba menenang kan kitorang dengan ayat manisnya. Tapi malangnya ia tak effect pape pun dekat hati aku.

young blood. Where stories live. Discover now