¦7

2.9K 132 2
                                    

"Selamat datang cik Dura Nadhirah" satu suara menyapanya. Dura hanya memandang sekilas wajah yang menyapanya, tanpa mempedulikan sapaan itu dia terus menaiki lift ke tingkat atas di mana pejabatnya berada.

Sampai sahaja di aras pejabatnya, langkah kakinya laju keluar dari lift.

kakinya laju melangkah ke arah ruangan kerjanya sambil dikejar Najwa yang sudah bersiap sedia apabila melihat majikannya itu.

"Pagi ni ada satu meeting dan masa lunch nanti..." kata Najwa saat memasuki pintu ruangan kerja Dura.

"Aku tak nak tahu pasal meeting. Aku nak tahu pasal kapal dahulu." kata Dura tegas sebaik sahaja dia duduk di atas bangku megah CEO Dcruiz. Najwa terdiam seketika dan terus mencari maklumat kapal di tabnya.

"mengenai dua buah kapal kargo kita yang masih dibuat di jepun masih dalam pembuatan dan dijangka akan siap pada waktu terdekat ini itu yang diberi tahu Sufian setakat ni dan dia cakap jika Ada apa apa dia akan maklum lagi." Kata Najwa tentang pembinaan kapal yang diberikan oleh Sufian setiausaha kedua Dura yang sentiasa ditugaskan keluar malaysia.

"Ada masalah apa apa pasal kapal?" soal Dura melihat tepat kearah Najwa.

"Buat masa ni tiada apa-apa, semua dalam keadaan baik, kesemua penghantaran barangan melalui kapal kargo kita juga tiada masalah, semuanya berjalan dengan baik."

"Lori?" soal Dura tanpa berlengah kemudian jari Najwa terus scroll sesuatu di tabnya.

"11 buah Lori kontena telah dilaporkan rosak. Jadi pemandu nak tindakan yang sewajarnya dari pihak pentadbiran yang tertinggi, kalau tak mereka akan mogok." Dura hanya mengerutkan keningnya tanda tidak percaya dengan kata-kata Najwa.

"mereka mengadu yang aduan yang mereka buat tidak diendah sebab tu mereka terus kearah pihak kita." sambung Najwa kembali.

"Apa bos diorang buat?!." soal Dura, Najwa yang tiada apa-apa jawapan gementar melihat Dura walaupun Dura sahabat baiknya.

"Suruh penyelia mereka lapor diri, Hari ni!!. Lapor diri kepada Encik Haidar suruh Encik Haidar uruskan masalah Lori, aku tahu aku tak nak dengar masalah Lori." Dura berkata serius kerana perkara tersebut tidak seharusnya wujud. pengangkutan darat sangatlah penting bagi mengakhiri perkhidmatan mereka kepada pelanggan.

"Kalau mereka nak Lori baru gantikan Lori baru, kalau mereka nak pembaharuan pada Lori buat sahaja. Mereka sangat penting buat kita selain krew krew kapal, dan staf office." Arah Dura sambil mengambil fail yang berada di atas mejanya sambil dibelek cermat.

"kalau masalah ni tak selesai jangan sampai aku perlu turun padang dan encik Haidar sekali aku pecat." kata Dura penuh amaran kepada Najwa, Najwa hanya mengangguk Faham.

"lain-lain?" soal Dura sambil menatap kertas kertas di tangannya.

"Pagi ni kita ada satu meeting dari pukul 10.30 dengan syarikat pengeluar getah." Dura terus memandang Najwa.

"3 billion" kata Najwa singkat, tangan Dura terus terhenti daripada melakukan kerja kerjanya.

"barangan tersebut akan ke eropah. UK, Italy dan jerman" kata Najwa bagi mengingati Dura kembali. kemudian riak wajah Najwa berubah.

"Aku rasa tak sedap hati." kata Najwa spontan "Barang barang yang kita angkut tu macam macam jenis getah, getah yang berkualiti tinggi dan sangat mahal. Kalau Juta juta tak apa tapi ini billion."kata Najwa perlahan agar Dura memberikan perhatikan kepada percakapannya.

"Barangan lateks, barangan getah perindustrian dan macam macam" sambungnya lagi dan intonasi Najwa agak tidak disukai Dura. Dura terus menatap tepat ke arah Najwa.

DCruiz ✔※Where stories live. Discover now