¦16

2.3K 107 0
                                    

Sebulan kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebulan kemudian.

"Awak memang pandai berkata kata"

"Itulah kemahiran saya encik Thoriq" Dura tergelak dengan ungkapan Thoriq.

"Okey saya tidak mahu berkata apa apa lagi."  kata Thoriq sambil Maya hitam pekatnya memandang wanita yang berformal memakai pakaian kerjanya yang berjenama Prada.

"Relax lah encik Thoriq takkan dengan saya encik Thoriq dah penat." kata Dura seakan mencabar lelaki itu.

" Encik Thoriq encik Thoriq encik Thoriq, panggil Thoriq sudah cukup." Dura hanya tersenyum kemudian lelaki itu melihat jam di pergelangan tangannya " saya dah kena pergi sebab ada banyak kerja lagi." jawab Thoriq ringkas.

"Ohh. Jadi THhusaini sudah banyak client" kata Dura selamba.

"Jangan pandang rendah pada saya ya Dura" kata Thoriq lalu kad yang berwarna navy blue yang bereben peace pastel dihulurkan kepada Dura.

"Wow cantiknya" Dura menyambut huluran kad tersebut.

"Macam kad kahwin. Awak nak kahwin ke Encik Thoriq."

"Saya." Kata Thoriq menunjukkan dirinya.

"Saya lagi sikit. Sebab merpati sudah ada cuma kena belai dia sampai dia dekat dengan saya."

"Sangat amazing kata kata awak. Jadi siapakah agaknya perempuan yang bertuah itu." Thoriq hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu manakala Dura tersenyum sambil membuka kad tersebut.

"Uzair Husaini bin Husaini.......Zahrah abdullah @ Katherine Grace Hemswill ."

"Siapa ni?" Tanya Dura. Thoriq hanya memandang muka Dura dengan teliti.

"Dia abang kedua saya."

"Ohh, encik Thoriq ada abang lain selain datuk Alham?" Thoriq hanya mengangguk dengan pertanyaan Dura.

"isteri dia orang mana kalau ikut nama mungkin orang barat atau Austaralia?" tanya Dura manakala Thoriq tidak lepas lepas memberikan Dura senyman khas milik lelaki itu

"Australia." Dura mengangguk perlahan dengan jawapan Thoriq. " saya pandai meneka bukan" jawab Dura angkuh. "Sedap an cantik nama dia Katherine Grace Hemswill. Nama Islam dia pun sedap zahrah mesti cantikan" tambah Dura lagi

"Mungkin" Dura memandang Thoriq lalu tersenyum

"Awak kena datang. Bawak kekasih awak sekali" kata Thoriq kembali

Dura hanya tersenyum apabila Thoriq menyebut perkataan kekasih."Insha allah saya dan dia datang terima kasih kerana jemput."

"sama sama. I Will waiting for you. Okeylah saya gerak dulu." Thoriq bangun lalu beredar pergi daripada restoran mewah itu

mata Dura hanya melihat tubuh segak lelaki itu sampailah ianya hilang di penglihatan Dura, dia tidak merasakan terdapat ancaman pada Thoriq malah Thoriq seakan memberi perhatian sepenuhnya pada Dura saat dia dan lelaki itu berjumpa. Itu membuatkan dia semakin hari semakin selesa dengan Thoriq. lelaki itu ada sahaja topik yang ingin dibincangkan dan dibahaskan sama ada mengenai perniagaan dan perkara lain, malah hobinya yang suka akan kenderaan turut diketahui Thoriq, manakan tidak lelaki itu asyik bertanya pasal dirinya dan dia langsung tidak boleh mengelak dengan soalan soalan itu. Apabila ditanya pasal perihl lelaki itu jawpannya tidak menarik. Tidak adil bukan?, tanpa disedari Dura di suka berkawan dengan Thoriq yang sentiasa memberikan perhatian kepada Dura walaupun kadang terlihat lelaki itu penuh misteri.

fikirannya terus teringat akan Lutfi yang jauh darinya kemudian tubuh badannya bangun mengorak langkah keluar daripada restoran mewah itu.

◎◎◎

"Macam mana dating tadi." Dura yang baru keluar daripada lift terus disapa Najwa.

"Dating" Dura membuat muka pelik kepada Najwa "bila masa aku dating?"

"Dengan encik Thoriq kita yang bergayalah" jawab Najwa suka.

"Kau jangan nak memandai ye" kata Dura sambil berjalan kearah  ruangan kerjanya. Pintu yang ada tanda nama lengkapnya serta gelaran CEO dibuka.

"takkan dah sebulan menjalankan persahabatan tak ada hubungan mesra sikit." Dura hanya menggeleng dengan kata kata Najwa.

"adalah sikit tapi sebagai kawan okay tapi kau sepatutnya kena tengok cara dia bekerja. Sangat serius." Kata Dura mengangguk angguk.

"Kau tidak?" jawab Najwa lalu Dura hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Kata orang dia pun macam tu" kemudian Dura tersengih dengan kata-kata Najwa.

"Hey pergi buat kerjalah sana aku bayar gaji kau kan."

"Tahulah kau bayar gaji aku." Kemudian Najwa menukar persenolatinya.

"Baiklah cik Dura tadi inspektor Saufi cari cik Dura tapi disebabkan cik Dura tak ada dia kata esok dia datang balik." kata Najwa tenang.

"polis" angguk Najwa bagi pertanyaan Dura.

"Kes penyeleweng harta syarikat didapati dilakukan oleh golongan atasan syarikat kita tapi masih tak boleh nak kesan dan tanda tangan surat pengesahan arahan keluarkan duit itu sebiji macam mana cik Dura punya tanda tangan." Dura mendengar dengan penuh teliti akan kata-kata Najwa.

Lagi satu inspektor Saufi bagi tahu pelakunya ialah golongan profesional dan orang itu macam selalu buat. Macam orang tersebut pernah lakukan sebelum ini sebab tu kita tak dapat nak kesan dia." sambung Najwa lagi, Dura pula memandang kehairanan kepada Najwa

"Siapa dia?..... Nak buat pemeriksaan balik tapi tak jumpa apa-apa. Kau rasa..." Dura memandang Najwa

"Dura." Najwa menggeleng dengan kata kata Dura.

"Boleh jadi dia datang balik. Selepas membunuh kedua ibu bapa aku mungkin dia nak kacau business keluarga aku dan Nukman." Najwa hanya berdiamkan diri memandang Dura. Susana diam seketika.

"Hey Lutfi dah balik" kata Najwa tukar topik perbincangan mereka. Dura memandang Najwa dengan reaksi terkejut.

"Dia dah balik..." Najwa mengangguk.

"Tak nak jumpa dia. Dia ada dekat bilik dia." Kata Najwa ceria.

"nanti aku jumpa dia" Sudah sebulan di berpisah dengan Lutfi kerana bulan lepas Lutfi dia mengarahkan Lutfi ke jepun untuk memantau pembinaan kapal kargo baharu syarikat DCruiz. Hati Dura rasa begitu rindu kepada lelaki pujaan hatinya, tetapi dia pelu bersabar. Hari terakhir dia bertemu Lutfi di bumi Malaysia adalah dimana dia dan Lutfi bersama sama di I-City melakar hari yang indah.

"Dan pukul 3.30 petang nanti mesyuarat 3 billion diadakan lagi" celah Najwa apabila melihat Dura tidak bersuara kemudian Dura mengangguk tanda faham.

30 petang nanti mesyuarat 3 billion diadakan lagi" celah Najwa apabila melihat Dura tidak bersuara kemudian Dura mengangguk tanda faham

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Semalam jingga dah update chapter ni tapi bila jingga check dia masih dlm bentuk draft so Tak tahu apa yang sangkut. Sorry ya ❤️❤️❤️

DCruiz ✔※Where stories live. Discover now