¦20

2.5K 116 4
                                    

"you tak baik main-mainkan Encik Thoriq tadi" kata Lutfi sebaik sahaja mereka berdua habis makan di meja makan asal mereka tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"you tak baik main-mainkan Encik Thoriq tadi" kata Lutfi sebaik sahaja mereka berdua habis makan di meja makan asal mereka tadi. Dura yang baru lepas meneguk minuman tersenyum sahaja dengan kata-kata Lutfi

"dah dia tanya mana boyfriend I, I cakaplah you boyfriend I dan lagi satu dia memang ingat yang you boyfriend I" kata Dura membalas sambil jarinya di putar putarkan pada wajah Lutfi tanpa tersentuh.

Lutfi terus menangkap jari Dura lalu berkata "tapi tak baik menipu, terlepas dia untuk jadi suami you"

"ishhh, you ni." kata Dura kesal kemudian matanya melihat sepasang pengantin yang tersergam indah dengan busana penganti berwarna biru lembut sedang berjalan kearah tetamu dengan  langkah yang sopan dan cantik.

"Cantikan pengantin tu" kata Dura kepada Lutfi yang sememangnya seperti dirinya yang melihat pengantin tersebut.

"Thoriq cakap orang  Australia, warna mata dia nampak cantik." Kata Lutfi tersenyum lalu Dura terus menoleh ke arah Lutfi sambil berkata amboi.

"You look so beautiful dear, look at you, you're so gorgeous. Stunning." Kata Lutfi memujuk sebaik sahaja melihat wajah Dura mula berubah. Lutfi masih lagi berkata kata untuk memujuk Dura sampailah ada satu suara berkata

"Dura, Baba saya nak jumpa awak" Dura dan Lutfi terus menoleh kepada suara itu

"Haaa, Baba?" Tanya Dura pelik begitu juga Lutfi manakala Thoriq hanya memandang sahaja Dura dan Lutfi dengan wajah yang datar.

"Tan Sri Husaini." Kata Thoriq lancar sambil matanya tepat memandang Lutfi manakala Lutfi tersenyum kearah Thoriq sambil memandang lelaki itu, Dura pula melihat kedua dua lelaki yang didepannya yang memandang antara satu sama lain.

◎◎◎

"Tan Sri" panggil Dura hormat.

"Owhh Ini ke dia puteri  Datuk Isa Hasyim?." Tan Sri Husaini memandang Thoriq. Thoriq hanya mengangguk kepada ayahnya yang dipanggil Baba.

" ya, saya." Kata Dura perlahan sambil mengangguk dan menunduk hormat.

"Duduklah" kata Tan Sri Husaini ramah. Thoriq menarik satu kerusi untuk memberikan Dura duduk bersebelahan dengan ayahnya.

Dura melihat meja bulat yang mereka duduki. Terdapat seorang budak lelaki dan perempuan.

"Tu cucu saya yang sulung , Mikael namanya, 11 tahun" mata Dura menatap budak lelaki yang tersenyum kepadanya. "Yang sedang duduk sebelah dia pulak cucu saya yang kedua Melsa 7 tahun." kemudian kedua budak itu datang kearah Dura lalu menyalami Dura.

"Lagi sorang baby baru setahun umur dia, mana kakak kamu thoriq." Tan Sri Husaini bertanya kepada Thoriq yang berdiri di belakang Dura.

DCruiz ✔※Where stories live. Discover now