¦37

2.7K 119 9
                                    

Kerusi roda itu ditolak oleh Thoriq sendiri tanpa meminta bantuan orang lain walaupun badannya masih lemah. Dia memasuki sebuah bilik pesakit yang cukup dikenalinya itu. Kerusi roda tersebut terus menuju ke arah katil dimana seorang perempuan terbaring kaku di atas katil bersama dengan wayar wayar yang melekat di tubuhnya. 

Thoriq cuba membangunkan dirinya perlahan daripada kerusi roda bagi dekatkan dirinya di sisi katil.

"Dura" satu perkataan meluncur terus daripada mulut lelaki itu.

Thoriq melihat keadaan Dura yang sangat lemah, tubuh Dura terdapat banyak kesan luka. Thoriq memegang tangan Dura dengan perlahan dan berhati hati.

"Maafkan saya,... maafkan saya...jangan tinggalkan saya... sebab saya.." Thoriq terdiam melihat Dura kemudian dia menarik nafas lalu dihembuskannya perlahan.

"saya  terlalu cintakan awak walaupun kita baru berkenalan tetapi saya sudah lama sukakan awak." Thoriq menatap Dura dengan pandangan sayu dan merayu. Memang benar. dia sangat mencintai Dura. Itulah yang selama ini dia simpan bersama kakak iparnya Datin Zuraiha.

Cinta buat gadis itu bukanlah dari cinta pandang pertama tetapi cinta yang hadir kerana daya tarikan yang Dura ada. Perempuan yang berada di depannya ini, perempuan yang sangat dia kagumi dan sangat hebat pada pandangan mata Thoriq. Setiap tindak tanduk Dcruiz dia perhatikan tiada yang terlepas dan dia begitu tertanya tanya akan ratu disebalik DCruiz.

Dia mengenali nama perempuan itu sejak  4 tahun yang lepas, peluang yang dia ada untuk mengenali perempuan itu lebih dekat adalah sekarang. Dia tidak menyangka dengan cara dia mengikuti perkembangan perempuan itu dia boleh terjatuh cinta kepada perempuan itu. Tidak dapat di nafikan dia sangat teruja apabila dapat mendekati perempuan itu. keterujaan dia bertambah lagi apabila CEO itu yang datang dengan sendirinya. Dia sangat bersyukur akan takdirnya itu

Thoriq mendekatkan mulutnya keatas dahi Dura, dan saat itu juga air ata lelaki itu jatuh. Air mata yang jarang dikeluarkan olehnya. Dia tidak pernah mengeluarkan air matanya dan kali terakhir dia keluarkan air matanya ketika Uzair sering memperlekehkannya ketika dia berumur 12 tahun dan itu adalah air mata terakhirnya. Kini Thoriq tewas, tewas mempertahankan air matanya daripada keluar hanya kerana seorang Dura Nadhira, seorang perempuan yang bertahta di hatinya kini.

Thoriq kembali duduk di atas kerusi roda sambil memandang Dura dengan berharap perempuan itu telah sedarkan diri. dia tidak jemu dan tidak penat melihat wanita idamannya,


◎◎◎

"Najwa macam mana cik Dura, dia okey?" Najwa terkejut saat Sufian datang kearahnya sambil bersoal.

"Terkejut aku." Kata Najwa dengan reaksi terkejut.

"Cepatlah Najwa." Kata Sufian cemas.

"Dia koma."

"Allah" sufian terus menutup matanya sambil melenguh "Baru je dugaan datang pada dia, kali ni ada lagi dugaan."

"Takdir dia macam ni. Kita tak boleh nak tolak. Insha Allah dia akan sedar dan sihat seperti biasa."

"Macam mana boleh kemalangan?"

"Encik Thoriq hilang kawalan semasa memandu, pihak polis kata break kereta encik Thoriq tidak berfungsi."

"Encik Thoriq?" Soal sufian musykil.

"Thoriq Husaini pemilik THhusaini." Kata Najwa sebaik melihat wajah sufian yang musykil.

"Macam mana boleh" soal sufian sambil berkerut muka "ahhh apa apa jelah lepas tu" soalan sufian tadi dimatikan lalu menyuruh Najwa menceritakannya lagi tentang kemalangan yang melibatkan bekas majikannya

"Kereta dia terbabas lalu langgar pokok. Lagi satu cik Dura tak pakai tali pinggang sebab tu dia tercampak keluar. Mungkin dia panik dan encik thoriq kata Dura ada niat nak terjun dari kereta"

"Haaa!" Sufian terkejut dengan kata kata Najwa.

"Orang yang jadi saksi dekat situ kata Dura tercampak dari cermin depan kereta. Cermin tu pecah kerana Dura merempuh cermin tu. Nasib baik Muka dia tak serius lukanya cuma calar sikit." Sufian memandang Najwa dengan penuh pilu.

"Disebabkan tu kepala dia luka teruk. Dia baru sahaja buat pebedahan buang darah beku di kepala dan lepas tu dia koma." sufian melenguh apabila mendengar butir bicara Najwa.

"Kesiannya." Itu sahaja kata yang mampu dikatakan Sufian. Kemudian mereka terdiam.

"Najwa" Najwa terus menoleh kearah suara maskulin yang memanggil namanya.

"Ya." Itu suara Lutfi.

"Ikut aku sekarang." Kata Lutfi Najwa terus berlalu mengikuti Lutfi selepas memandang sufian yang masih dalam keadaan terkejut.

Mereka berdua terus memasuki ruangan bilik CEO Dcruiz. Lutfi terus duduk di atas kerusi empuk sambil melihat Najwa yang sedang melihatnya.

"Aku bagi kau cuti. Kau jaga Dura." Mata Najwa terus bersinar dengan kata kata Lutfi.

"Aku tahu kau risau. Kau jaga dia sampai dia sedarkan diri. Aku tak nak apa apa jadi pada dia. Kau jangan  risau gaji kau akan tetap jalan." Kata Lutfi sebaik melihat Najwa di depannya tersenyum ke arahnya.

"Terima kasih sebab memahami perasaan aku Lutfi. Aku akan jaga dia sampai dia sedar, aku janji. Terima kasih."

"Dah kau pergilah jaga dia."

"Terima kasih." Ucap Najwa tanpa berlengah Najwa bangun untuk meninggalkan bilik CEO DCruiz

Lutfi menyandarkan badannya ke kerusi empuk milik CEO DCruiz lalu matanya memandang lurus ke hadapan tanpa sebarang reaksi.

Lutfi menyandarkan badannya ke kerusi empuk milik CEO DCruiz lalu matanya memandang lurus ke hadapan tanpa sebarang reaksi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



DCruiz ✔※Where stories live. Discover now