¦44

3K 147 9
                                    

Bunyi pintu yang sedang ditutup membuatkan Nukman hilang lamunannya tentang kakaknya. Hari kini sudah beransur malam. Jam tangan dibelek. 9.45 malam.

"dah tidur?" soal Najwa kepada Nukman. Kini mereka ada di ruangan legar.

"Dah" kata Najwa yang berdiri di pintu yang baru ditutupinya, kemudian dia duduk disebelah kerusi Nukman.

Kini kedua mereka terdiam.

"Doktor cakap dia dah boleh dibawa balik."Kata Najwa tersenyum kepada Nukman. Kini susana kembali sunyi. Najwa hanya mendiamkan diri saat Nukman tidak memberi reaksi.

"Cuti aku nak dekat habis." Suara Nukman memberhentikan kesunyian yang mereka cipta. "Aku akan jaga dia." Kata Nukman terus.

"Kau masih belajar." Kata Najwa

"Aku boleh mintak excuse dekat Universiti nanti atau... berhenti."

Najwa melenguh lalu tangan Nukman ditarik dibawa keluar dari bilik hospital Dura. Nukman hanya seperti lembu yang dicucuk hidung hanya mengikut sahaja.

"Berhenti. No, Dura pasti tidak akan setuju."

"Dia kakak aku. Satu satunya keluarga yang aku punya."

"Tahu" kata Najwa saat melepaskan nafasnya.

"Kalau kau tahu kau takkan halang aku." Najwa memandang Nukman dengan perasaan bercampur baur.

"Biar aku jaga kakak" kata Najwa perlahan.

"Kau ada keluarga. Kau perlu jaga mereka. Aku tak nak tambahkan beban pada kau." Kata Nukman memujuk

"Tapi itu yang kita perlu" kata Najwa tidak mahu kalah.

"Tak. Aku akan kerja di Dcruiz tak kisahlah jadi apapun, aku juga masih ada harta peninggalan arwah papa. Aku akan hantar kakak pergi buat terapi untuk sembuhkan kaki dia. Doktar cakap dia ada harapan untuk berjalan semula, dan kita kena bersemangat untuk dia." Kata Nukman bersungguh sungguh.

"Ya, tapi janganlah berhenti dan jangan minta excuse. Kau nak tunggu lagi lama untuk dapatkan tittle Insyior. Kau dah tunggu lama, bukan."

"Itu hanya tittle, tanpa insyior aku boleh juga jadi jurutera hebat. Aku masih boleh jadi jurutera yang diangankan papa dahulu." Najwa menggelengkan dengan kata kata Nukman.

"Nukman jangan buat Nawa macam ni. Please" Kata Najwa sayu dia hampir menangis apabila memikirkan kedua adik beradik itu. Tubyhnya didudukkan sayu diatas kerusi yang berada diluar bilik Dura. "Jangan buat Nawa susah hati" Nukman hanya melihat Najwa yang ingin menitiskan matanya.

"Nawa." Panggil Nukman memujuk Najwa hanya diam seribu bahasa. Kini hati Nukman dihurung rasa bersalah. Dia tidak berniat untuk membuat Najwa susah hati, tapi itulah cara yang terbaik bukan.

Kini mereka kembali sunyi. masing masing menelan akan keputusan sendiri.

"Biar saya yang jaga dia" Najwa dan Nukman memandang lelaki tersebut dengan pandangan tidak percaya. Najwa yang tadi duduk terus berdiri terkejut

"Encik Thoriq. Encik nak jaga Dura?" Kata Najwa laju.

"saya yang akan jaga dia" kata Thoriq dengan intonasi yang berkeyakinan lelaki itu memiliki aura pelindung.

"Tapi macam mana, awak tidak ada pertalian dengan kakak saya" sangkal Nukman.

"Kita adakan, awak akan jadi wali dia dan dia akan jadi isteri saya." Nukman dan Najwa terkejut dengan kata kata Thoriq. Najwa memandang Nukman yang sedang memandang Thoriq tidak percaya.

"Disebabkan saya dia jadi macam tu jadi biar saya sembuhkan dia" Thoriq berkata penuh ketegasan dan saat itu juga Najwa memandang Thoriq kembali.

"Dia bukan barang encik Thoriq. Ini melibatkan masa depan dia." Sangkal Najwa. Dia tidak rela jika suatu saat nanti Dura dipersiakan.

"Saya akan jamin yang dia akan bahagia apabila dengan saya. Bagi saya yang jaga dia. Nukman, Najwa." Najwa melihat reaksi Nukman yang seakan tidak dapat bertindak dengan kata kata Thoriq. Kemudian Nukman mula bersuara.

"Saya tak boleh buat apa apa Sebarang keputusan. Saya kena tanya kakak saya terlebih dahulu. Kalau jawapannya... Ya, saya akan terima rancangan awak tapi jika tidak, saya minta maaf" kata Nukman separuh berbisik kerana merasakan berat untuk mengeluarkan kata-kata tersebut.

"Nukman!" Najwa memanggil nama Nukman mengejut. Nukman menoleh ke arah Najwa. Najwa menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju akan perkara tersebut.

"Saya menunggu jawapan " kata Thoriq penuh keyakinan lalu beredar dari tempat perbincangan mereka. Thoriq sebenarnya terdengar akan perbualan Najwa dan Nukman. Dia berasa amat simpati kepada Dura dan tanpa ia sangka idea gilanya datang mendadak iaitu mengahwini Dura Nadhirah agar wanita itu sentiasa selamat dalam pelukannya.

"Nukmann... apa yang kau buat. Nukman cakap boleh jaga kakak." Bentak Najwa. Kini panggilan aku dan kau sudah tiada melainkan nama. Menyebut perkataan nama dengan perasaan marah

"Nawa yang tak bagi Nukman jaga kakak, jadi nilah penyelesaian."

"Dia orang luar, Nukman"

"kalau kakak terima dia macam mana?" Najwa terdiam akan jawapan Nukman.

"Dia kawan kakak. Bukan?." Kata Nukman cuba memujuk Najwa.

"Ya, tapi itu dulu masa kakak pegang jawatan CEO DCruiz."

"Jadi persahabatan mereka retak disebabkan kakak tak jadi CEO DCruiz lagi. Begitu, atau kakak ada hubungan lain selain hubungan kawan dengan Encik Thoriq?." Tanya Nukman. Najwa terdiam dia pun tidak tahu sejauh mana hubungan Dura dan Thoriq.

"Mungkin juga mereka sepasang kekasih" kata kata Nukman membuat Najwa tersentak. Najwa cuba memikirkan sesuatu yang mungkin dia terlepas pandang tentang Dura.

 Najwa cuba memikirkan sesuatu yang mungkin dia terlepas pandang tentang Dura

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
DCruiz ✔※Where stories live. Discover now