¦64

3.7K 176 28
                                    

"Soalan apa?." Tanya doktor Tasya penuh tanda tanya.

"Awak suka thoriq?... awak pernah ada perasaan pada dia?" Doktor Tasya tergamam dengan pertanyaan Dura yang teragak agak ingin berkata.

"Saya nak tahu. Kalau boleh awak jujur." Tanpa disedari mereka, bunyi loceng pusingan ketiga telahpun berbunyi. Doktor Tasya kemudian tersenyum.

"Awak nak jujur?" Tanya doktor Tasya rapat kearah Dura kerana suasana yang kembali bising. Dura terus mengangguk.

"Secara jujurnya ya, saya suka dia." Kata doktor Tasya manakala Dura terdiam kemudian dengan perlahan Dura tersenyum kepada doktor Tasya.

"Tengoklah dia berkarisma, kuat siapa yang berkawan dengan dia akan terbawa bawa pengaruh dia." Kata doktor Tasya memandang Thoriq yang kini sedang menyerang Robert kemudian dia memandang Dura kembali " Dan secara jujurnya, saya pernah ada hati dengan dia dan cintakkan dia"

"Okey...." kini hati Dura teras sakit pula apabila mendengar pengakuan tersebut. Lalu dia mula berbicara "Tapi awak tak rasa ke dia sangat misteri masa mula perkenalan?." Soal Dura lagi.

"Saya memang suka lelaki macam tu. Penuh dengan misteri dan kalau awak nak tahu saya terjebak dalam dunia ni sebab nak berkawan dengan dia." Dura hanya mengangguk- angguk faham.

"Tapi awak jangan risau saya dah tak ada plan pon nak rampas dia daripada awak. Sejak saya rasa awak pilihan yang terbaik bagi dia." Kata doktor Tasya tersenyum manis kepada Dura.

"Dan seharusnya saya tidak patut ada perasaan tersebut. Saya hormat awak sebagai isteri dia dan kita juga secara tidak langsung jadi kawan. Takkan saya nak betray kawan saya pula." Kata doktor Tasya kembali. Dura hanya memandang doktor Tasya.

" Awak patut bersyukur sebab dia cintakan awak." Dura memandang pelik dengan kata kata doktor Tasya.

"Dia pernah cakap dengan saya dia sanggup buat apa sahaja demi awak. Dari situ saya tahu, dia sangat sayang dan terlalu mencintai awak." Dura terus tertunduk dengan kata kata doktor Tasya. Ya, dia tahu thoriq sangat mencintainya.

"Jangan sia siakan dia. Lagi lagi dia baru nak merasa kasih saya seorang wanita."

"Dengan awak dia tak merasainya. Awak suka dia mesti awak memberi layanan istimewa pada dia" Soal Dura dengan soalan bodoh.

"Apa awak cakap ini. Saya layan dia lebih ke, saya tak layan dia lebih ke dia tetap layan saya macam kawan kawan lain. Tapi awak, dia layan lain. Orang special katakan." Dura mendengar.

"Awak kenalah layan dia special. Bagi dia kasih sayang seorang wanita" kata doktor Tasya bersemangat.

Kini mata Dura dan Tasya memandang gelanggang dan saat mata mereka memandang gelanggang bunyi loceng berbunyi studio makin bergema dengan suara kegembiraan.

"Alah dah habis. Lamanya kita sembang" kata doktor Tasya merungut. Lalu matanya melihat Nazwan.

" Hazwan." Jerit Doktor Tasya, Hazwan terus menoleh kepada doktor Tasya.

"Menang?" Tanya doktor Tasya lagi. Kini mata Dura melihat Thoriq duduk di atas gelanggang dengan tangannya dilayang keatas seperti juara


"Haruslah. TKO" jawab Hazwan singkat dengan kegembiraan.

"Cakap lucifer." Kata doktor Tasya

"Hamprak punya. Champion comeback." Kata Hazwan lagi. Doktor Tasya hanya Tergelak dengan kata kata Nazwan. "Wooo, Thoriq." Jerit doktor Tasya. Thoriq menoleh kearah mereka

Dura hanya memandang Thoriq yang sedang tersenyum bahagia. Kini mata mereka bertentang. Dura hanya mampu memberikan senyuman kepada Thoriq dan Tanpa dia sangka suaminya itubmembalas kembali senyumannya. Dura terus teringat peristiwa di hospital.

"Aku Tak patut."

◎◎◎


"Aduh" rungut Thoriq saat Doktor Tasya memegang mukanya yang terdapat luka.

"Dura mengerakkan kerusi rodanya merapat kearah Thoriq. Mata Dura hanya memerhatikan muka Thoriq yang sedang dirawat doktor Tasya. Darah di muka thoriq tidak menjadi kegelian di wajah Dura tetapi ditatapi dengan simpati.

"Sakit?" Soal Dura sambil Cuba memegang tangan thoriq.

"Sakitlah sayang" kata Thoriq manja.

"Eii gelilah aku" kata Hazwan yang duduk disebelah Thoriq. Dura dan Najwa hanya tersenyum dengan kata kata Nazwan.

Kini muka Thoriq telahpun diubati sepenuhnya. Apabila difikirkan balik Dura rasa muka Robert lebih parah berbanding Thoriq. Kini doktor Tasya mengajak Nazwan keluar daripada bilik rawatan meninggalkan Dura dan Thoriq berdua duaan.

"Jadi inilah hobi awak. Ingatkan main golf." Soal Dura.

"Golf hobi abang Alham. Saya hanya ikut syarat je." Kata thoriq sambil tersenyum sikit.

"Tak boleh lagi lebar ke senyum tu." Kata Dura menyakat Thoriq.

"sakit sayang" kata Thoriq manja. 


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
DCruiz ✔※Where stories live. Discover now