¦70

4K 179 26
                                    

Kayu golf dikeluarkan satu persatu oleh Thoriq. Setiap kayu golf tersebut diperiksa dengan teliti.

Bunyi tumbukan berulang kali tidak mengganggu lelaki itu untuk terus memeriksa kayu golfnya.

"Dah" arah Thoriq sepatah. Kaki panjang milik Thoriq menghampiri sekujur tubuh badan yang baring dengan penuh luka di muka serta badan.

"Hmmm" keluh Thoriq. "Aku tak sukalah orang yang susah sangat nak bagi tahu maklumat ni" katanya sambil membungkukkan badannya untuk milihat lelaki yang terluka parah. Kemudian Thoriq melutut manakala kaki kanannya dilipatkan kedada bidangnya. Tangan kanannya diletakkan ke atas lututnya dan tangan kiri memegang batang kayu golf.

"Tengok luka Kat muka kau ni Hilmi tak sakit ke?" Kata Thoriq mengerikan lalu dia melatakkan siku kanannya ke atas lutut kanannya untuk menongkat dagu mukanya. Dengan pantas Thoriq mencengkam dagu Hilmi saat lelaki itu ingin berkata.

"Susah jugak eh cari kau ni. Memang selalu keluar masuk negara ke?... Merantau Tak Ada arah tuju." Kata Thoriq kembali manakala Hazwan yang duduk menyandar di meja kerja Thoriq tersengih melihat perlakuan Thoriq keatas tubuh badan orang suruhan Lutfi itu.

"mmm, memang silap oranglah lelaki ni cari pasal" kata Hazwan yang dapat didengari Thoriq.

Suara Hilmi meringis sakit kerana dagunya dicengkam kuat oleh Thoriq. Cengkaman itu seperti ingin mematahkan dagu lelaki itu. Kali ini Thoriq memang tidak mahu beri peluang lagi kepada Hilmi

"Kau nak cakap tak!!" Pekik Thoriq kuat dengan suara garaunya. Hilmi menggelengkan mukanya tanda protes.

"Fuhhhh" Thoriq hilang sabar kemudian di menghempaskan muka lelaki itu di atas lantai dengan sekali hentakan kuat. hidung lelaki itu mengeluarkan darah yang berwarna merah pekat.

Dengan perasaan amarah Thoriq berdiri salah satu bola gofl dicapai lalu di meletakkan kayu golf tersebut di atas muka Hilmi. Hazwan dari jauh sudah mengecilkan matanya dengan perlakuan gila Thoriq.

"Kau nak bagi tahu ke tak nak?!!"

"Takkk..kann.." lelaki itu ludah darah ke atas lantai.

" tetap berdegil." Dengan perlahan Thoriq mengimbangkan bola golfnya di pipi lelaki tersebut. Dengan pantas Thoriq memukul bola bersama muka lelaki itu. Kini percikan darah milik lelaki itu bertaburan merata tempat. Hazwan tutup mata saat kayu golf itu dihayunkan Thoriq.

Bunyi jeritan kesakitan membuatkan kelima lima orang anak buahnya tersenyum melihat perlakuan Thoriq yang brutal. Hazwan hanya memandang nyeri.

"Hentak lagi bos" salah seorang anak buahnya berkata kemudian Thoriq memandang anak buahnya itu yang bersuara dengan pandangan menikam. Marah betul lelaki itu berapa api marahnya. Memang dia tidak suka orang lain mengacau tindakannya walaupun itu sebagai saranan yang bagus.

Thoriq memandang lelaki itu semula. Hazwan mula mendekati Hilmi lalu berkata dengan intonasi perlahan dan hemah "aku ni baik sikit daripada dia, serah jelah diri kau nampak sangat menyedihkan bukti semua dah ada tau." Kata kata Nazwan membuatkan lelaki itu tergamam dalam kesakitan sambil mata itu memandang Thoriq kembali dengan reaksi yang bengis.

"Buk... Tii...ap...apa." kata lelaki itu sayu dan tersekat sekat.

"Bukti kau berjumpa Lutfi, kau buat jenayah curi kapal... Dan dengar cerita kau dikehendaki" kata Hazwan tenang manakala Thoriq hanya melihat Helmi dengan amarah yang tidak tertahan. "Lagi Satu kau sangat dicari pihak berkuasa, kau Tak boleh buat apa sebab ohhhh kau kena tangkap." Kata Hazwan gelak Dan terus berdiri manakala Hilmi mula mengeluarkan air matanya.

"Dudukkan dia" arah Thoriq tegas kemudian anak buahnya kalut mendudukkan lelaki yang cedera parah itu.

"Lap muka dia. Geli aku tengok"
Selepas muka lelaki itu di lap Thoriq menarik kerusi lalu duduk bertentangan dengan lelaki tersebut.

DCruiz ✔※Where stories live. Discover now