¦45

3.1K 171 25
                                    

Kerusi roda ditolak Thoriq perlahan menuju ke lift rumah mewah milik keluarganya manakala Dura hanya diam tanpa sebarang suara.

'Aku dah nikah dengan dia'. Suara hatinya berbisik tidak percaya. Dia tidak menyangka bahawa dia akan menjadi sebahagian daripada keluarga Husaini. Dia masih tidak memahami akan perasaannya sekarang sama ada gembira, marah mahupun kecewa. Ianya seperti telah digabungkan menjadi satu dan akhirnya menjadi tiada jawapan.

"Dah sampai" suara garau Thoriq memberhentikan lamunannya. Dura memandang kedepan yang terdapat pintu bilik yang diperbuat daripada kayu keras dan dihiasa dengan ukiran yang bermotifkan flora. Matanya kini melihat Thoriq yang sedang membuka pintu tersebut dan kembali menolak kerusi roda yang diduduki Dura.

"Ni bilik kita" ucap Thoriq dengan nada yang lembutmanakala Dura hanya melihat sahaja. Kini dia kena cuba  bersahabat dengan Thoriq kerana lelaki itu telahpun menjadi suaminya yang sah. 

"Bilik kita?" Dura mula bersuara dan memberi sebarang reaksi.

"Ya, bilik kita, Kitakan suami isteri" Dura hanya terdiam dengan kata kata Thoriq mulutnya tiba-tiba terkunci.

"Itu ruang rehat lebih kurang macam ruang tamulah" tunjuk Thoriq mata Dura melihat ruang tersebut yang terdapat sebuah sofa dan beberapa perabot dan televisyen di situ kemudian kerusi rodanya disorong thoriq masuk lagi kearah dalam bilik

Kemudian Thoriq memberhentikan kerusi roda tersebut di tengah ruangan bilik tidur mereka.

Tok tok tok.

" barang awak, saya pergi ambik kejap." kata Thoriq lalu beredar pergi.

Kini mata dura melilau melihat sekeliling bilik tersebut. Bilik Thoriq terdapat sebuah katil  bersaiz  besar serta dihiasi dengan pelbagai perabot kayu jati seperti meja kecil, sofa, almari laci serta perabot lain malah langsirnya juga sangat kontra dengan warna biliknya iaitu warna kelabu kebiruan. Bilik Thoriq terlihat banyak perabut kayu jati mungkin kegemarannya iailah memiliki kayu jati.

"Awak yang deco bilik awak?" tanyaDura saat Thoriq lalu didepannya bersama bagasi milik Dura. 

"Ya, saya sendiri." kata Thoriq lalu membuka sebuah pintu yang berada dalam biliknya yang tidak begitu jauh daripada katil. Thoriq masuk ke ruangan tersebut. Dura terasa rindu pula bilik di rumahnya yang telah dijual. Keluasan bilik Dura agak sama tapi Dura lebih suka rumahnya tidak dipadatkan dengan banyak perabot kerana rimas tetapi apabila melihat bilik Thoriq, lelaki itu lebih suka banyak perabot malah biliknya tidak terasa sempit dan padat pandai juga lelaki itu ubah suai biliknya. Cita rasa yang agak berbeza, tapi Dura boleh teloransi memandangkan bilik ini milik Thoriq.

"Ini bilik pakain dan sebelah ni bilik mandi." Tunjuk Thoriq kearah bilik berkenaan. " Dan bilik dekat ruang tamu bilik kita tu, jangan masuk jika saya tidak beri kebenaran untuk masuk." Kata Thoriq memandang tepat kearah Dura. Dura hanya mengangguk patuh.

Langkah Thoriq kini sedang menuju kearah katil lalu lelaki itu duduk diatas katilnya yang bercadar kelabu cerah sambil tersenyum kearah Dura. Kemudian tangan Thoriq menarik pemegang tangan di kerusi roda Dura. Kerusi tersebut terus terdorong mendekati Thoriq yang sedang duduk di atas katil besarnya. Dura terkejut dengan keadaannya yang rapat kearah Thoriq.

"Jom kita mandi" tiba tiba muka Dura terus menjadi merah padam saat Thoriq mengajaknya untuk mandi.

"Awak..awak nak mandikan saya?." Soal Dura gagap mukanya mula terasa panas.

"Yalah, sayalah. Siapa lagi?"

"Awak tak ada sesiapa ke yang boleh tolong mandikan saya?" Tanya Dura jujur.

"Tak malu ke dengan orang luar" kata Thoriq sambil menaikkan keningnya. Dura terus membuat muka kelat. Matanya dilarikan kearah lain.

"Kenapa?" Tanya Thoriq nakal malah lelaki itu ula tersenyum.

"Tapi saya malu dengan awak." Kata dura jujur. Thoriq terus membuat muka dengan kata-kata Dura.

"Haiii, takkan nak malu dengan saya. Saya ni suami awak. Lagipun awak masa dulu tak malupun pakai baju yang nampak bentuk tubuh awak. Seksi sana, seksi sini." kat-kata Thoriq memang berjaya buat Dura ternganga besar.

"Awak sekodeng saya?" Tanya Dura melawan kata kata Thoriq tentang cara pemakaiannya.

"Ehhh, tak lah awak yang tunjuk jadi saya hanya melihat sahaja." muka Dura terus bertambah merah apabila Thoriq berkata sedemikian rupa.

"Itu dulu" kata Dura perlahan.

"Jadi sekarang dah tak naklah?" soal Thoriq naif.

"awak jangan nak mengada-ngada" marah Dura.

"Takpe awak buat dekat saya je." kata Thoriq mengoda. Dura terus berubah muka dengan kelakuan Thoriq. Kenapa dia nampak sangat lain ni. Dura malas mahu melayan lelaki itu

"Heii, saya main mainlah." Kata-kata Thoriq tidak membuatkan Dura mengubah pandangannya.

"Okey, janganlah merajuk sayang. Abang janji abang takkan buat sayang sakit hati." Kini detak jantung Dura seperti dipam dengan sangat laju apabila perkataan sayang diungkapkan oleh sang suami.

"Sayang?...abang?" Kemudian Dura tergelak. "gelilah bila awak cakap macam tu" dan dia sambung gelak kembali.

Tiba tiba Dura merasakan bahawa tubuhnya melayang ke udara. Dura terus menjerit

"ahhh Thoriq!!!" kata Dura marah lalu dia terdiam apabila dia melihat Thoriq melihatnya dengan tatapan yang menikam. Ini Kali pertama dia berada dekat dengan Thoriq, sangat dekat dengan tubuh tegap Thoriq.

"Nak mandi tak?" kata Thoriq dengan suara yang lembut, spontan Dura memandang Thoriq lalu hanya mengangguk tanda setuju kerana tidak mahu berlama lama dalam keadaan begini.

Thoriq mengangkat Dura gaya bridalstyle sambil berjalan kearah bilik air. Selepas itu Thoriq dudukan Dura di atas kerusi khas yang berada dalam bilik air.

"awak nak buat apa?" mata Dura tidak lepas lepas melihat Thoriq saat tangan lelaki itu mendekati butang bajunya.

"Saya takkan buat apa-apa hanya nak mandikan awak. Saya janji" ucap Thoriq sambil membuka pakaian Dura satu persatu dengan lembut. Dura hanya membiarkan sahaja perlakuan Thoriq keatas dirinya kerana dia yakin bahawa Thoriq tidak akan mengapa apakan dirinya.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


DCruiz ✔※Where stories live. Discover now