¦42

2.8K 137 5
                                    

12.25 AM.

"Tak tidur lagi?." Kata Nukman melihat kakaknya yang duduk di atas kerusi roda sambil melihat kepekatan malam.Dura hanya memandang ke luar tingkap tanpa memberi sebarang reaksi akan pertanyaan Nukman.

Nukman melihat kakaknya yang rambut panjangnya terurai lepas. Nukman mencari getah rambut di laci di mana Najwa ada menyimpannya. Setelah jumpa apa yang dicari Nukman melangkah kearah kakaknya lalu sikat dicapai.

Nukman memegang rambut kakaknya lalu disikat. "Nasib baik Nukman masuk kalau orang lain dah lari sebab ingatkan akak hantu." Kata Nukman tergelak manakala Dura tetap membatu. Setelah selesai disikat Nukman mengikat rambut kakaknya menjadi satu.

"Barulah kemas." Kata Nukman kepada Dura. Langkah kaki Nukman terus kesisi kerusi roda Dura lalu dia melutut melihat kakaknya yang masih dengan sisa tangisan yang telahpun kering.

"Najwa cakap kakak selalu marah, selalu nangis. Betul?."

"Mengadu." Kata Dura sinis.

"dia bukan mengadu tapi risau." Kata Nukman yang masih berdiri di tempat sama.

"Kakak Nukman yang dulu dan tak ada hanya yang baru dan yang baru tu Nukman tak suka." Kata Nukman penuh Ketegasan.

"Kalau tak suka tak payah jaga, tak payah hadap, tak payah tahu pasal aku. Aku tetap Dura yang sama Dura Nadhirah yang sama tak ada yang lain" kata Dura penuh emosi kemarahan. Tiba tiba Dura menangis.

"Menangis kalau Dura yang sama dia tak nangis. Dia kuat."

"Nukman dahlah!!." Marah Dura dalam tangisan.

"Kau tahukan kakak kau yang sekarang tak macam dulu. Cukuplah Nukman jangan sakitkan hati aku. Nukman terus terdiam dengan kata kata Dura.

Dura mengelap air matanya secara kasar. "Ni kaki aku tak boleh berjalan tak berfungsi. Kau nak suruh aku buat apa lagi."

"Tapi boleh sembuh akak tak akan cacat selama lamanya." Sangkal Nukman.

"Nukman kalau sembuhpun ambil masa yang sangat lama. Aku tak nak tunggu dan belum temtu akan macam dulu." kata Dura dan ayat akhirnya diperlahankan.

"Akak kena sabar, sabar dengan dugaan ini. Minta pada Allah untuk cepat pulihkan kaki kakak. Mohon padaNya. Insha Allah semua akan berjalan dengan baik. Mengadulah pada Dia kak. Mengadulah pada Dia." kata-kata Nukman membuatkan Dura tersentak

"Nukman tahu selama ini akak tak serius dalam soal solat. Ya Nukman tahu, tapi sebab nak jaga hati akak Nukman tak tegur akak. Patutnya Nukman tegur akak tentang itu. Mohonlah pada pencipta kita. Mohon keampunan kepada dia." Kata kata Nukman menyentakkan hari Dura sekali lagi.

Dura terus menangis.

"Nukman bukan nak sakitlah hati akak...."

"kakak tahu. Papa, mama ajar kita penuh dengan didikan agama tapi akak. Akak yang lalai." Kata Dura kemudian bahunya dipegang oleh Nukman, Dura terus memegang tangan tersebut. Itulah kenyataan yang sangat pahit buat Dura. Dia puasa, dia menderma semua yang agama suruh dia buat kecuali solat. Tiang agama itu tidak dia kukuhkan. Mungkin semua ini berlaku kerana Allah ingin menegurnya supaya mengingatiNya.

Suasana diam seketika.

"Kak" Dura terus melihat Nukman yang melutut di lantai. Nukman mengeluarkan sesuatu daripada poketnya. Dengan perlahan Nukman menunjukkan isi poketnya kepada Dura.

Dura berubah reaksi apabila melihat barang yang berada di atas telapak tangan Nukman. Kemudian Dura tersenyum kepada Nukman.

"Nukman jumpa masa kemas rumah. Akak ingat tak benda ini hilang. Mama marah kakak."

"Mana Dura nanti papa tahu papa marah"

"Tak tahu" Dura yang berusia 7 tahun bersuara dengan ketakutan.

"Kenapa" suara papa pula yang berbunyi. Mama diam melihat Dura selepas itu mama melihat Nukman yang tersenyum kearah papa.

"Dura hilangkan loket yang mama dan papa beli"

"Kenapa Dura hilangkan. Dura tak sayang papa ya, tak sayang mama. Penat tau papa beli." Kata papa separuh merajuk.

"Dura minta maaf" kata Dura dengan linangan air mata. Papa melangkah kearah Dura lalu melutut untuk saingi ketinggian anak sulungnya.

"Takpelah biar loket tu hilang janji papa dan mama tak hilang" kata papa mengelap linangan air mata di kelopak mata Dura kemudian papa memeluk Dura. Dari jauh Dura melihat mama yang tersenyum melihat anak perempuannya dengan suaminya itu. Datin Linda melihat Nukman yang memeluk kakinya sambil tersenyum memandang dia.

"Akak ingat tak?" Dengan perlahan Dura mengangguk ya. "Kakak pegang ini. Nukman tahu kakak rindu mama dan papa." Nukman terus memberi loket out kepada Dura. Loket yang berbentuk hati yang dihiasi emas tulin. Walaupun sudah 20 tahun locket itu hilang ianya masih cantik tanpa sebarang cela.

Nukman terus berdiri saat memberi kakaknya loket tetapi tangan lelaki itu ditahan Dura.

"Nukman kakak nak jumpa mereka. Kita pergi kubur mereka kakak dah lama tak pergi"

"Nanti kita pergi sama sama, tapi tunggu kakak sembuh sikit okay. kakak kena kuat." Dura hanya mengangguk dengan kata kata Nukman kemudian loket pemberian mama dan papa dipeluknya rapat kedada.



hi jingga just nak bagi tahu IG rusjingga dah tak ada sebab jingga dah tukar untuk IG perniagaan tapi mana tahu jingga nak bukukan Dcruiz IG tu nanti jadi platformnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

hi jingga just nak bagi tahu IG rusjingga dah tak ada sebab jingga dah tukar untuk IG perniagaan tapi mana tahu jingga nak bukukan Dcruiz IG tu nanti jadi platformnya... okay ke kalau Dcruiz dibukukan?😜

DCruiz ✔※Where stories live. Discover now