¦47

3.3K 159 10
                                    

"Kenapa!!!." Api kemarahan Thoriq memuncak. Kolar baju abang sulungnya dipegang kuat. Dia memandang Datuk Alham dengan penuh Rasa benci dimatanya

"Kenapa kau kahwin dengan dia?" soal  Datuk Alham kembali dengan perasaan marah yang tidak terhinga dengan tindakan adik bongsunya yang berkahwin dengan bekas CEO DCruiz.

Kini abang keduanya pula masuk campur. "Dahlah tu." Uzair memegang tubuh Thoriq manakala Datin Zuraiha memegang tubuh  suaminya untuk menghalmag mereka daripada bertumbuk.

"Kau diam!!." Marah Thoriq pada Uzair pula dan pada saat itu juga Uzair melepaskan tangannya kepada Thoriq tanda menyerah.

"Jai, kenapa lepaskan Thoriq" marah Datin Zuraiha pula pada Uzair. Uzair Mula buat muka menyampah lalu Membuat Tanda isyarat tenang kepada kakak iparnya itu.

"Kau burukkan reputasi keluarga ni. Baik kau ceraikan dia sebelum pihak luar tahu." Kata Datuk Alham sebarangan. Kata-kata itu cukup membuatkan Thoriq berasa teramat marah. Tanggannya dikepal untuk bersiap sedia menumbuk muka abang sulungnya. Tangannya dilayang tinggi siap untuk menumbuk. Datin Zuraiha berdiri ditengah antara suaminya dan adik iparnya manakala Uzair memegang kuat adik bongsunya kembali.

"Thoriq!." Satu suara memberhentikan tindakan Thoriq yang ingin menumbuk Datuk Alham. Kini keempat mereka memandang punca suara tersebut tanpa sebutir kata yang keluar. Dura terpaku melihat adik beradik itu bergaduh kerananya. Dia melihat Thoriq dengan pandangan memohon untuk hentikan semua ini.

Thoriq membalas pandangan Dura keatas dirinya. Kolar baju Datuk Alham dilepaskan lalu dirapikan kolar tersebut dengan pandangan amaran, Thoriq mengalah di mula menjatuhkan egonya. Dengan langkah cepat Thoriq mendekati Dura lalu ditolak kerusi roda itu menuju ke lift tanpa menghiraukan ketiga manusia yang masih membatu.

"Kan mereka Tak Akan gaduh punya" kata Uzair kepada dua manusia yang masih tersisa. Alham terus menjeling kearah Uzair Dan berlalu pergi manakala Datin Zuraiha memukul lengan Uzair kuat dengan sikapnya itu yang slumber.

"Aduh!!"

"Pergilah balik dengan bini kau tu." Kata Datin Zuraiha marah.

"Ehh,mestilah. Dahlah." Kata Uzair kemudian menjerit memanggil isterinya yang tercinta manakala Datin Zuraiha mengeluh

"Apalah nak jadi dengan adik beradik ni." Katanya sambil geleng kepala.

"Zu." Panggil seorang warga emas dari tingkat dua rumah mewah ini. Mata Datin Zuraiha terus melihat orang tersebut.

"Baba."

◎◎◎


sampai sahaja di bilik Dura dibaringkan Thoriq keatas katil dan kemudian Thoriq menyelimuti tubuh badannya dengan selimut yang tebal. Mata Dura melihat Thoriq pergi menjauh daripadanya.

Selang beberapa minit dia merasakan bahawa katil yang sedang dibaringnya diduduki oleh seseorang dan itu ialah Thoriq yang sedang baring menghadap Dura kemudian mata Dura terus terbuka melihat Thoriq.

"saya nak baring mengereng" kata Dura perlahan kemudian lelaki itu menukar kedudukan Dura. mata Dura betul betul mengadap thoriq yang mula baring terlentang

"Heyy, tidurlah" kata Thoriq perlahan sebaik melihat sisinya. Dura hanya melihat Thoriq.

"Tak" kini muka Thoriq tepat berada di depan mukanya kemudian tangan Dura dicapai dan digenggam erat. Dura tergamam dengan kelakuan lelaki itu.

"Fikir apa" Tanya Thoriq

"Adakah perkahwinan kita ini tidak patut wujud?." Thoriq diam dengan pertanyaan Dura yang sayu.

"Thoriq.... saya tanya awak." panggil Dura.

"Thoriq." Panggil Dura kembali.

"Nak tahu tak, masa saya dilahirkan umur umi 43 tahun." Kata Thoriq perlahan sambil bermain anak rambut Dura yang jatuh di mukanya.

"Baba cakap Masa umi mengandungkan saya dia sangat gembira, tapi kedua dua anak mereka tak gembira. Masa tu abang Alham berumur 13 tahun dan abang Uzair 11 tahun."

"Abang Alham orang yang pertama protes akan kandungan umi. Dia merasakan umi tidak perlu mengandung lagi. Lagi lagi apabila dia dapat tahu umi akan menghadapi pelbagai  resiko apabila mengandungkan saya. " kata Thoriq manakala Dura hanya terpaku mendengar cerita daripada Thoriq.

"Apatah lagi abang Uzair anak bongsu ketika itu. Anak manjakan, tapi dia berhenti jadi manja selepas umi tiada. Dia lebih bersikap sinis dan bermain main dalam kata katanya. Awak jangan percaya dengan apa yang dia kata sebab....  dengar boleh, percaya jangan. Manakala abang Alham dia seorang yang sangat tegas seperti Baba. Apa yang di suruh saya kena patuh. Tapi saya langgar jugak sebab apa, sebab saya bukan dididik dengan kelembutan seorang wanita." Kata Thoriq sambil tergelak. 

"Masa Umi melahirkan saya, Allah lebih sayangkan dia.... Jadi kadang saya menjadi kebencian dan kesayangan kepada mereka. Pelik tak?." Kata Thoriq tergelak lagi kemudian dia memeluk Dra rapat kerahnya lalu dicuim dahi Dura, Dura hanya membiarkan sahaja. 

"Salah saya ke umi pergi?" Dura hanya membatu dengan kata kata Thoriq yang mula sayu. Hatinya terasa sayu dengan kata kata Thoriq. Dura mula teringat akan mamanya. Sekurang kurangnya dia pernah merasa kasih sayang seorang ibu tetapi Thoriq. Tidak pernah.

 Tidak pernah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
DCruiz ✔※Where stories live. Discover now