¦72

4.2K 193 19
                                    

Televisyen yang menyiarkan rancangan komedi daripada luar negara yang ditonton Dura tanpa Sebarang reaksi. Badannya ada disitu tetapi pemikirannya berterbangan entah kemana. Apa yang sedang difikir sekarang Dura adalah perkara yang telah terjadi.

Satu malaysia telah digemparkan tentang CEO Dcruiz. Dunia perniagaan tidak henri henti Membuat spekulasi tentang Masa depan Dcruiz. Dia Tak tahu perlu buat apa, dia seperti kaki saat mama Lutfi menjadi topik hangat dibicarakan.

Tanpa disedari Dura, Thoriq melihat Dura dari jauh yang sedang menonton rancangan komedi tetapi perempuan itu tidak tergelak malah wajah suka juga tidak kelihatan. Dengan langkah perlahan Thoriq mendekati Dura.

Setelah Dura merasakan seseorang duduk disebelahnya, Dura berpura pura gelak lalu melihat lelaki yang duduk merapat kearah tubuhnya dengan senyuman.

"Jangan gelak kalau tak tahu apa yang lawaknya." Kata Thoriq mematikan senyuman di wajah Dura. Kepala Dura tertunduk saat Thoriq berkata.

"Jadi apa yang isteri saya sedang fikirkan?" Soal Thoriq lembut cuba menghakis perasaan gugup Dura.

Dura kembali melihat Thoriq kemudian dia menggeleng perlahan sambil menatap Thoriq berani.

"Saya tahu ada perkara yang sedang berserabut di kepala awak." Kata kata Thoriq membuatkan Dura tergamam dengan berani Dura berkata kepada Thoriq selepas menghembuskan badannya perlahan.

"Ya, memang saya sedang memikirkan sesuatu." Kata Dura sekali nafas.

"Apa?" Kemudian tangan Thoriq memegang tangan kanan Dura lalu diusap lembut jari jemari runcing itu.

"Apa akan berlaku pada Lutfi?. Adakah dia akan dimasukkan ke dalam penjara atau dapat hukuman yang berat kalau kita cukup bukti?." Soal Dura tanpa rasa gugup dan sedikit takut.

Tiba-tiba usapan yang dilakukan Thoriq ke tangan kanan Dura berhenti serta merta. Lalu lelaki itu menatap isterinya dengan pandangan yang datar seperti memburu mangsanya. Dura terus mematikan pandangannya kepada Thoriq. Mata Dura terus menatap televisyen. Dia tahu dia salah tingkah.

"Dia layak dapat hukuman." Kata Thoriq sepatah menatap Dura yang menonton televisyen. " awak takut dia masuk penjara." Kata kata Thoriq terus menyentak getaran jantung Dura.

Dura menggeleng pantas menafikan kata kata Thoriq.

"Jadi."soal Thoriq.

"..."

"Pandang saya bila saya bercakap." Suara Thoriq cukup lembut tetapi Dura merasakan seperti ada api kemarahan pada suara itu.

"Saya takut dengan diri sendiri." Kata Dura perlahan memandang Thoriq kembali kemudian pandangan Thoriq terus berubah melembut.

"Kenapa?"

"Rasa takut tu datang serta merta. Dan sadisnya saya tak tahu jawapan kepada perasaan takut saya yang datang dari mana." Kata Dura yang mula suaranya menunjukkan bunyi yang lemah.

"Look at me" kata Thoriq memegang kepala Dura bagi memberikan Dura fokus kearahnya.

"Awak Dura Nadhirah. Dura Nadhirah anak Datuk Isa Hasyim. Dan awak isteri kepada Thoriq Husaini yang tidak akan pernah gentar dengan semua orang. Awak hebat dengan cara awak sendiri." Kata Thoriq cuba mengembalikan semangat Dura. Dura menatap Thoriq dengan kata yang menunjukkan kesedihan.

"Tapi saya rasa saya lemah untuk hadapi semua ni." Kata Dura menggenggam tangan Thoriq yang berada di sisi mukanya.

"Jangan lemah, jangan bersedih, jangan biarkan diri menderita. Awak sudah tidak layak untuk semua itu."kata Thoriq dengan senyuman khas buat Dura.

"Thoriq..." panggil Dura dengan sedikit tangisan.

"Dan awak nak tahu, awaklah wanita pertama di mata saya yang paling hebat." Kata Thoriq tanpa segan silu.

"Dura Nadhirah yang selalu saya perhatikan. Adalah perempuan yang hebat berkata kata. Berani mengambil resiko. Sentiasa percaya diri sebab Saya tahu awak Tak lemah. Awak ke hadapan dengan cara awak sendiri. Saya sentiasa ada bersama awak." Kata Thoriq dengan penuh perasaan. Kali ini Dura memandang Thoriq penuh percaya diri.

"Dan ingatlah saya sentiasa mencintai awak." Mata Dura mengeluarkan sinar bahagia saat Thoriq kembali mengatakan kata cinta kepadanya. Kemudian dengan perlahan lelaki itu memeluk tubuh Dura yang terkaku dan berbisik.

"Saya akan bersama dengan awak hingga nafas terakhir saya, saya cintakan awak." kata Thoriq penuh keikhlasan.

Dura tersenyum dengan.kata kata Thoriq. "Boleh saya tanya awak satu soalan.?" Thoriq mengangkat kening dengan kata kata Dura.

"Sejak bila awak cintakan saya, sukakan saya?" Kata Dura tanpa teragak agak.

"Sejak lima tahun lepas. Dura Nadhirah yang saya kenal dia seorang yang tak nak kalah dalam peperangan business. Tak pernah takut." Dura tergelak kecil dengan kata kata Thoriq. " semua perkembangan awak saya ikut. Saya tahu setiap apa yang awak dapat, apa yang awak ada..saya tahu." Dura terperanjat dengan kata kata Thoriq yang sangat dia tidak sangka.

"Sejak itu saya mula berminat dengan Dura Nadhirah dan tak sangka suka saya, minat saya pada awak membuahkan hasil getaran pada hati saya. Saya ingat boleh rasa tu semua hanya dari jarak jauh. Tapi saya tak boleh berbohong, keinginan untuk memiliki awak sangat besar. Dan pada itu saya mula mencari cara untuk memiliki awak dan Allah permudahkan niat saya bukan." Dura terdiam dengan kata kata Thoriq yang sangat membuatkan dia tersentuh akan keinginan lelaki itu.

"Allah ciptakan awak untuk saya dan saya untuk awak." Kata Thoriq memandang tepat pada mata Dura. Kali ini air mata Dura betul betul jatuh kerana kata kata Thoriq kepada dirinya yang telah membuatkan seorang Dura Nadhira pertama kalinya tersentuh oleh seorang lelaki. Dura terus memeluk Thoriq dengan erat.

"Saya pasti saya akan cintakan awak." Dura terus memeluk tubuh badan Thoriq dengan perasaan terharu.

"Terima kasih kerana setia mencintai saya ." Kata Dura separuh berbisik dan pada masa itu Thoriq tersenyum dengan kata kata Dura.

"Saya tetap menunggu awak." Kata Thoriq lagi. Dura tersenyum.

 Dura tersenyum

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

💮

DCruiz ✔※Where stories live. Discover now