¦68

3.8K 176 26
                                    

Kaki Najwa laju melangkah ke arah kawasan kawalan security. Debaran di jantung tetap berdegup kencang kerana resah sekiranya perbuatannya dapat dihidu Lutfi.

Pintu utama bilik kawalan security dimasukinya lalu matanya meliar mencari Raziq sambil itu dia berjalan.

"Nampak Encik Raziq." Soal Najwa saat melihat salah seorang pekerja lelaki yang tegap badannya yang sedang lalu didepannya.

"Encik Raziq ada disana" tunjuk lelaki yang tegap itu. Najwa terus melihat arah yang ditunjuk lelaki itu.

"Terima kasih." Kata Najwa saat melihat tubuh Raziq yang melihat screen cctv.

Najwa datang merapat ke arah Raziq. " Raziq." Panggil Najwa dan secara spontannya Raziq memandang arah suara yang memanggilnya.

"Cik Najwa."

"Semalam saya minta rakaman semalam. Awak masih ingat bukan.?."

"Sya masih ingat. Ada, jom." Kata Raziq lalu pergi kearah bilik kerjanya dan diikuti Najwa.

Sesampainya mereka disana. Raziq duduk diatas kerusi kerjanya sambil membelek belek laptop peribadinya. Najwa memandang Raziq sambil duduk di atas kerusi yang bertentangan dengan kerusi milik Raziq.

"Semalam encik Lutfi datang. Dia datang sebaik sahaja awak pergi."

"Dia suruh awak buat apa." Soal Najwa terburu.

"Dia nak saya padam rekod pada waktu lunch."

"Haa, dia ... dia tengok tak rakaman cctv." Raziq terus menggeleng. Najwa menarik nafas lega saat Raziq menggelengkan kepalanya. Itu tanda Lutfi masih tidak tahu apa yang Najwa tahu.

"Dia nampak terburu buru. Tapi saya ada simpan rakaman pada waktu lunch untuk cik Najwa." Najwa hanya memandang Raziq. "Jadi rakaman yang saya rasa awak nak adalah pada waktu lunch."

"Ya, saya nak pada waktu tu." Najwa menjawab soalan Raziq pantas.

"Cik Najwa nak tengok rakamannya?." Najwa terus mengangguk menginginkannya.

Kemudian dengan lincah Raziq memasang rakaman tersebut di dalam laptop peribadinya. Kemudian dia menunjukkan skrin laptopnya kearah Najwa.

Najwa hanya memerhatikan rakaman tersebut. Dia melihat seorang lelaki yang bertubuh tinggi dan botak memasuki ruangan kerja CEO DCruiz. Dalam beberapa minit Najwa melihat dirinya sendiri berdiri dibalik pintu CEO DCruiz. Selang beberapa minit kemudian lelaki itu keluar bersama Lutfi secara terburu buru. Rakaman berakhir.

"Apa yang sedang berlaku ini." Soal Raziq penuh tanda tanya lalu kembali berkata. " saya pernah nampak lelaki itu dekat luar bangunan DCruiz, saya ingatkan dia seorang penjahat tetapi niat saya mati saat Encik Lutfi datang mendekati dia. Jadi saya rasa itu kawan encik Lutfi." Najwa memandang terkejut kearah Raziq.

"Selalu ke awak nampak dia."Soal Najwa.

"Hanya sekali dan video itu dua kali." Kata Raziq.

"Boleh saya tahu cik Najwa sedang mencari tahu tetang apa?." Soal Raziq kembali.

"Saya rasa awak tidak akan percaya saya." Raziq hanya terpaku dengan kata kata Najwa.

"Apa maksud cik Najwa."

"Encik lutfi seorang yang jahat"

"Apa awak cakap ini. Mana mungkin." Kata Raziq protes.

"Tengok, saya baru cakap je dia jahat. Awak sudah protes." Kata Najwa.

"Saya kena pergi." Kata Najwa bangun terburu.

"Cik Najwa tidak kerja?."

"Saya cuti. Saya harap awak jangan bagi tahu perkara ini pada sesiapapun." Kata Najwa lalu dengan pasrah Raziq mengangguk patuh. Kemudian dia melihat perempuan itu pergi dengan penuh tanda tanya lalu dia menyingkirkan pemikirannya.

DCruiz ✔※Where stories live. Discover now