¦5

3.1K 152 2
                                    

Dura memasuki pekarangan kondominium elite lalu terus memarkir kereta SUV jenama Porsche miliknya di ruangan khas tempat letak kereta. Sesudah sampai di depan pintu masuk rumahnya, Dura dengan perlahan membuka pintu kemudian dia berjengket-jengket memasuki rumah. 

Suara gelak tawa yang kuat menyentak jantung Dura. "Ahhh, gugur jantung aku." Katanya sambil memegang dadanya yang terkejut. Dura mula mendekati suara yang rancak gelak.

"lepastu mat salleh tu buat apa?" satu suara perempuan yang agak berumur mula bersuara membalas percakapan orang yang berada di skrin telefon pintarnya.

'Kat sini rupanya dia' Dura berkata dalam hatinya. Dura mengintai perempuan yang memiliki badan yang agak gempal di dapur kondo mewah miliknya.

"Haaaa!!. Buat apa tu, haaaaa!" Dura terus sergah perempuan tersebut.

"Oiii mak nenek kau meletop." perempuan yang agak berumur tersebut terus melatah saat Dura mengejutkannya.

Pakk!

"Haaaa, kau" perempuan tersebut terus memukul kepala Dura dengan telefon pintarnya lalu sambung lantahnya lagi.

"Aduhhh, sakitnyaa" Dura mengaduh dan terus memegang kepalanya.

"Cik Biiiii, sakitt" rengek Dura manja.

"Tulah siapa suruh kejutkan orang kan dah kena" orang yang dipanggil Dura Cik Bi kembali bersuara.

"Alahhh sini, sini" cik Bi mengusap kepala Dura sambil menjengkitkan kakinya kerana Dura agak tinggi dibanding dengan tubuhnya.

"Weiiii, ada orang tak!!" suara dari telefon cik Bi bergema.

"Ehh, Nukman. Ya Allah lupa aduh dah sana." Kata cik Bi sambil mengusir Dura pergi Dura terus buat muka tak puas hati.

"Maaf, Nukman kakak kamu kacau habis telefon ni" kata Cik Bi mengadu kepada Nukman.

"Woiii baliklah kau tak sayang ke negara kau cepat balik tolong aku uruskan syarikat. Aku ada projek baru ni." pekik Dura disebelah telinganya cik Bi. Cik Bi terus menutup telinganya dengan pekikan Dura.

"Akak nanti Nukman baliklahh" kata Nukman tersengih.

"Kau dah habis study kan, buat apa lagi Kat negara orang baliklah cepat." Marah Dura kepada adik lelaki tunggalnya. Cik Bi hanya melihat gelagat kakak dan adik itu bergaduh setelah pemergian kedua ibu bapa mereka cik Bi lah tempat satu satunya mereka bergantung kasih sayang.

"Nukman masih belajarlah. Lagipun nak timba pengalamanlah nak merantau lagi. Lepas pergi Indonesia dengan Filipina barulah balik." Nukman membuat alasan sambil membuat muka tidak bersalah.

"Dani Nukman bin Isa Hasyim cepat balikkkk!!" kata Dura garang sambil mendekatkan mulutnya ke skrin telefon milik cik Bi.

Tiba tiba skrin telefon terpadam.

"Lahhh kenapa mati" soal Dura melihat skrin itu.

"Bateri dah habis lagi lagi dengar suara kamu yang terpekik tu Dura. Penat telefon tu dengar suara kamu" Dura terus tersengih. 

"Cik Bi masak apa hari ni" kata Dura mengubah topik.

"Ayam masak merah dengan.."

DCruiz ✔※Where stories live. Discover now