¦6

3K 149 5
                                    

Dura keluar daripada kereta miliknya yang di parkir menghadap padang Dataran Merdeka diikuti dengan Najwa.

Langkah kaki Dura diatur ke arah bonet belakang keretanya untuk mengambil tikar. Kemudian Najwa mendekati Dura dengan kedua tangannya menjinjit beg plastik McDonald dan beberapa beg plastik makanan lain.

"Banyaknya kau beli. Tak menang tangan aku pegang makanan ni, kita dua sahaja membazir nanti" kata Najwa.

"Siapa kata kita dua?" kata Dura sambil menekan button tutup bonet keretanya. Najwa memandang kehairanan pada Dura.

"Beg kau mana bagi aku bawakkan" Najwa hanya menjiuhkan bibirnya ke arah kereta hitam berkilat milik Dura.

Dura mencapai beg Najwa kemudian berlari ke arah padang dataran merdeka manakala Najwa membuat muka cemberut apabila dia ditinggalkan.

Setelah dirasakan tempat yang dia berdiri ini selesa dan nyaman Dura terus membentangkan tikar. Kemudian Dura baring seakan baring di atas salji.

"Ishhh kau niii, menonong berlari tinggalkan aku" marah Najwa sambil membuka kasutnya dan meletakkan beg plastik ke atas tikar kemudian duduk sambil menepuk peha Dura yang dibaluti seluar berwarna hitam.

"Aduhhh!!, berbisanya" Dura terus terduduk daripada pembaringan dan menggosok pehanya yang baru dipukul Najwa.

"Helloooo..." satu suara memberhentikan tindakan Dura yang ingin memukul Najwa.

"Juuuuu Paris!!" Jerit Najwa gembira sambil berdiri terkejut.

Orang yang dipanggil Ju oleh Najwa terus tersengih sambil mengendong seorang bayi lelaki.

"Julia dah sampai with her little hero" kata Dura teruja. Julia terus kearah kedua kawannya itu sambil membuka kasut.

"Aduhhh, tepi tepi mak orang nak duduk" kata Julia menghalau dua sahabatnya itu. Dura dan Najwa terus spontan ke tepi bagi memberi laluan kepada Julia yang seakan terseksa.

"Nah ambik ni" Julia terus menghulurkan bayi lelakinya kearah Najwa lalu membetulkan tudungnya yang agak kusut kerana anak lelakinya itu. Najwa hanya menyambut bayi Julia dengan berhati hati.

Kemudian ketiga mereka duduk menghadap bangunan Abdul Samad.

Dura hanya memandang sahabatnya. Sejujurnya Dura amat merindui zaman remajanya. Zaman dimana dia sering memberontak, sering membuat kerja kerja pelik bersama Najwa dan Julia dan juga zaman di mana dia selalu mengacau keluarganya dengan kenakalannya dan semestinya ketika itu papa dan mamanya masih bernafas.

"Mana anak kau Marie??" Soal Dura.

"Marie, aku suruh Badrul yang jaga. Tapi sebenarnya aku suruh jaga semua tapi dia cakap dia surrender dengan si kecil ni, sebab takut nanti dia mengamuk nak susu badan, Tak pasal pasal aku balik awal sebab si kecik ni. Tapi alhamdulillah dia tak kuat meragam tak macam kakak dia masa kecik." Terang Julia panjang lebar.

"Berapa umur si mat salleh ni, made in Paris " Kata Najwa yang dari tadi mendiamkan diri kerana sibuk bermain dengan si cilik.

"10 bulan nama dia Nazhan Benjamin. Sedapkan" kata Julia kepada Najwa

"Sedap, Nazhan. Hai Nazhan" Dura hanya tersenyum sahaja dengan perilaku Najwa.

"Korang bila nak kahwin cepatlah kahwin takkan aku seorang sahaja yang merasakan beranak korang pon kenalah rasa. Syok, bahagia tak terhingga." Kata Julia membebel.

Kedua peha Najwa dan Dura ditepuk kuat oleh Julia serentak.

"Awww" jerit Dura dan Najwa serentak.

DCruiz ✔※Where stories live. Discover now