¦29

2.7K 126 2
                                    

"Tak nak susahkan" kata Dura gugup apabila melihat muka adiknya yang menunjukkan reaksi marah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Tak nak susahkan" kata Dura gugup apabila melihat muka adiknya yang menunjukkan reaksi marah.

"Tak nak susahkan?" Tanya Nukman kembali dengan perkataan Dura.

"Ini sampai dah masuk hospital tak nak susahkan lagi?" Kata Nukman memerli kakaknya. Thoriq yang berdiri di depan pintu hanya melihat kedua adik beradik itu sahaja.

"Tahu dari siapa."Tanya Dura kembali

"Rasanya siapa?." Tanya Nukman perlahan agar perasaan marahnya tidak meletus. Dura hanya memegang lengan adik lelakinya untuk berdiri.

"Najwa?." Tanya Dura manakala Nukman hanya memandang kakaknya sahaja tanpa Sebarang reaksi, selepas melihat Nukman tidak memberi tidak balas Dura kembali berkata. "akak baru nak call tadi."

"Nukman ada sahaja dekat sini. Tapi masa akak masih tidur Nukman uruskan urusan akak."

"Urusan?"

"Urusan hospital. Dah settle dah" Dura hanya mendiamkan diri.

Kemudian kedua beradik itu berjalan menghampiri pintu keluar.

"Terima kasih ya, Encik Thoriq sebab susahkan diri." Kata Nukman cuba bersikap sebaik mungkin mana tidaknya Nukman sebenarnya malu dengan Thoriq akan sikap kakaknya Thoriq hanya memandang Dura manakala Dura hanya memandang sisinya sahaja tanpa melihat Thoriq.

"Kami pergi dulu ye." Kata Nukman lagi kemudian bersalaman dengan Thoriq. Dura memegang lengan kiri Nukman dengan sangat erat agar Nukman tidak dapat lari daripadanya.

"Dah jom." Kata Dura sebaik Nukman selesai bersalaman dengan Thoriq. Nukman hanya mengikut langkah kakaknya yang laju mencari jalan keluar hospital sambil itu Nukman tersenyum kearah Thoriq.

setelah sampai ke kereta audi milik Nukman Dura terus memasukinya sebaik sahaja Nukman membuka kunci kereta. Dengan cermat Nukman terus menghidupkan ejin keretanya untuk dipandu keluar dari pekarangan hospital.

"Kenapa tiba tiba mengurungkan diri?" Tanya Nukman memecahkan kesunyian didalam kereta mewah miliknya

Dura melihat Nukman disisinya yang mula fokus dalam pemanduannya.

"Saja."

"Mana boleh saja. Ada masalah ke?"

Dura memandang keluar tingkap dan kembali berkata."Tak."

"Tak happy ke Lutfi jadi peganti." Dura memandang semula Nukman.

"Nanti kalau kita jumpa balik kapal tu nama akak akan bersih Insha allah. Lepas tu akak dapat balik jawatan akak, macam uncle Nordin cakap dia akan pastikan kapal tu ditemui. Dan akak dapat balik jawatan akak. Papa Lutfi baikkan." Kata Nukman penuh keyakin.

Dura hanya mendengar sahaja kata kata nukman,

'belum tiba masanya lagi untuk aku bagi tahu Nukman perkara yang sebenar. Biarlah aku tanggung sendiri tanpa memberikan kesakitan yang sama pada dia' kata Dura sendiri. Nukman terlampau percayalah Lutfi sama seperti dirinya.

DCruiz ✔※Where stories live. Discover now