¦8

2.7K 142 1
                                    

Dura melangkah masuk dengan kasut tumit tingginya ke dalam restoran mewah yang agak sunyi suasananya manakala Najwa asyik dengan penglihatannya terhadap restoran yang belum pernah dia masuk.

"Yes, miss..."

"Thoriq Husaini." Kata Dura dengan pantas memintas percakapan penyambut tetamu perempuan tersebut.

"Sila ikut saya" kata penyambut tetamu tersebut. Mereka bertiga mula berjalan ke satu lorong yang khas bagi tetamu VIP.

"Cik boleh masuk kedalam Encik Thoriq ada di dalam." Kata penyambut tetamu itu sopan dengan senyuman dibibirnya.

"Jom, masuk" seru Najwa teruja. Dura hanya memandang sahabatnya.

Tiba tiba jantungnya berdebar seakan ingin berjumpa dengan kekasih hati pula. Dura menggosok dadanya dengan perlahan dia membuka pintu di depannya tanpa dia sedari debarannya semakin menjadi jadi apabila kakinya melangkah masuk ke bilik khas VIP restoran mewah ini. Penglihatannya kini tertumpu kepada seorang lelaki dan perempuan yang duduk di atas kerusi sambil membelakanginya kemudian salah satu di antara mereka menoleh kearah pintu.

"Bos cik Dura dah sampai" kata si perempuan itu separuh berbisik kepada majikannya yang masih dapat didengari Dura dari pintu. Lelaki tersebut menolehkan mukanya kesisi tanpa melihat Dura kemudian kedua mereka berdiri dan secara tidak langsung mendekati Dura dan Najwa.

"Cik Dura Nadhirah" suara garau tersebut memanggil Dura dengan intonasi yang lembut. Dura tergamam seketika akan suara yang berpakaian suit biru gelap dihadapannya.

Tidak dinafikan Dura bahawa lelaki yang di depannya mempunyai aura yang megah malah fizikalnya juga terlihat sempurna, rahang yang terpahat sempurna, sepasang mata yang penuh misteri dan kulitnya tidak terlalu gelap dan tidak terlalu cerah. Mukanya nampak matang dan penuh ketegasan. Dura agak mendongak sedikit apabila melihat lelaki ini yang lebih tinggi daripadanya walaupun Dura memiliki ketinggian yang sempurna bak seorang model. Ini bukan kali pertama Dura melihat wajah lelaki itu, keluarga Husaini cukup terkenal di ruangan televisyen dan internet. Mana mungkin dia tidak mengenali wajah didepannya ini tetapi dia tidak pernah bertemu lelaki ini secara bersemuka, mengapa dia cemas dan berdebar apabila melihat lelaki ini.

"Ya,saya" Dura cepat cepat menjawab sapaan lelaki tersebut kemudian mereka bersalaman. Dura hanya memberikan senyuman kepada Thoriq begitu juga dengan Thoriq.

"Silakan" kata Thoriq sambil menunjukkan arah meja makan lalu tersenyum serta membuka butang tengah suitnya lalu duduk sebaik sahaja Dura dan Najwa duduk di atas kerusi. Najwa hanya menunjukkan reaksi biasa sahaja manakala Dura sedang berperang dengan debarannya. 'Kenapa berdebar sangat ni. Tak pernah pernah pun Dura' gerutunya dalam hati

"Saya berasa amat gembira apabila berhadapan dengan seorang CEO perempuan yang hebat.... ini, sangat hebat" kata Thoriq sambil tersenyum lagi.

"Saya juga begitu. Terasa agak hebat apabila berjumpa dengan CEO THhusaini yang megah" kata Dura sebaik mungkin dia masih cuba untuk neutralkan dirinya kembali.

"Saya harap kita boleh jadi kawan dan...... pesaing secara sihat" kata Thoriq tepat memandang anak mata Dura.

"Yaaa, kawan dan pesaing. Saya suka." kata Dura mula menonjolkan aura kepimpinannya dan kini debarannya telah stabil setelah dia merasakan orang didepannya sedang memancing akan kemampuannya. Baginya syarikat Thoriq merupakan syarikat pesaingnya yang terbesar dan dia perlu bersaing. kini kedua mereka tergelak perlahan.

"Jadi kita terus ke tajuk utama kita" kata Thoriq tanpa membuang masa. "Syarikat Kami berbesar hati sekiranya DCruiz menerima kontrak daripada kami."

"Kontrak?" Kata Dura penuh tanda tanya sambil memandang Najwa yang berasa disisinya

"Ya, kontrak. Kami ingin menghantar kapal kargo Kami untuk diselenggara, pembaik pulih dan sebagainya kepada syarikat DCruiz."penuh tertib sekali jawapan yang dikeluarkan Thoriq

DCruiz ✔※Where stories live. Discover now