¦12

2.3K 106 2
                                    

"Dura.. Dura bangun kita dah sampai" Dura mengeliatkan badannya saat satu tangan mengoncang bahunya. Kedua tanggannya menutup mukanya lalu menguap ngantuk matanya perlahan terbuka melihat lelaki yang ada didepannya.

"Okey. Bye" kata Dura lalu membuka pintu kereta untuk melangkah keluar.

"Nak ke mana tu?, tunggulah" kata Lutfi terkejut saat Dura membuka pintu untuk berlalu pergi.

"Baliklah" jawab Dura singkat.

"You sedar tak sekarang ni you dekat mana?" tanya Lutfi membuatkan Dura melihat sekelilingnya.

'Parking lot?, eh kat mana ni' hati kecilnya bersuara.

"Kita Kat mana?"

"Jom" kata Lutfi kemudian keluar daripada kereta. Mereka bersama melangkah keluar daripada bangunan parking kereta.

Mata Dura melihat pemandangan yang tersergam indah,megah dan penuh warna warni disekitarnya, mulutnya mula terngaga melihat.

"I-city" kata Lutfi spontan.

"Kita dekat I-city?" matanya memandang Lutfi dengan perasaan terkejut. Lutfi hanya tersenyum sambil melihat depan.

"Wowwww I-city, macam nilah baru syokkk. Jom jom" Kata Dura menarik tangan Lutfi lalu berlari memasuki taman tema tersebut yang bertapak di shah alam, selangor.

"Ehhh tunggu dulu nak lari mana." kata Lutfi memberhentikan langkah kaki Dura tangan Dura dipegang "tunggu dulu, mana boleh masuk macam tu sahaja kita beli kad dulu. Then baru boleh masuk semua ni." kata Lutfi mendepakan tangannya menunuk semua arah.

"Haaa, cepatlah I tak sabar ni" kata Dura terus memeluk lelaki itu

"You macam budaklah" jawab Lutfi tergelak lalu tangan lelaki itu mengusap kepala Dura lembut. Apa yang di rasai Dura saat ini adalah dia akanmendapat keseronokkan bersama orang yang sangat dipuja dan disayanginya. itulah yang paling Dura inginkan tak lebih dan tak kurang.

"okay lepaskan I dulu, macam mana I nak beli tiket kalau you peluk I macam ni" Dura hanya tersengih manja lalu melepaskan pelukkannya kepada Lutfi. Di bibir Dura hanya senyuman sahaja yang dipamerkan

◎◎◎

"I nak pergi sini. Bawak I kesini. Sini pun best. Sini,sini...kita ke sini." Kata Dura riang sambil menunjuk-nunjuk peta yang dipegang Lutfi.

"Jom ikut I " kata Lutfi sambil menarik pergelangan Dura. Mata Dura melihat lihat sekelilingnya.

"Kita pergi sini"

"Snowalk" Baca Dura perlahan di papan tanda bangunan rendah itu.

" kenapa kita pergi sini. You nak salji tempat lainlah." Kata Dura memandang Lutfi.

"Sini salji Malaysia. Lebih menarik, jom masuk." Dura hanya mengikut langkah Lutfi.

Selepas pembayaran dilakukan mereka melakukan aktiviti pertama mereka.

"Ini baru dating yang romantik" kata Lutfi yang sedang memakaikan jaket kepada Dura dengan suara yang mengoda.

'Dating romantik' tidak pernah dia menyangka bahawa kisah dating romantik mereka bermula di sini. Di taman tema ini, setiap gambar mereka berdua diambil bersama dan semestinya telefon pintarnya lah yang akan lebih banyak gambar.

'Ini untuk memori aku dan dia. Hahha.' Hatinya bersuara kengirangan seperti anak kecik yang mendapat gula gula.

Selepas itu mereka ke red carpet, trick art museum, space mission. Dan merek melakar memori indah bersama. Sampailah mereka berdua di depan bangunan yang ada papan tanda house of horror.

DCruiz ✔※Where stories live. Discover now