¦23

2.3K 131 0
                                    

'Tadi bukan aku kunci pintu ke" kata Dura dalam hati lalu dia mengambil langkah untuk memasuki rumah rak kasut disebelah pintu dibuka kemudian dia melihat lantai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Tadi bukan aku kunci pintu ke" kata Dura dalam hati lalu dia mengambil langkah untuk memasuki rumah rak kasut disebelah pintu dibuka kemudian dia melihat lantai.

"Nukman" sebutnya kepada diri sendiri.

"Nukman.." panggil Dura sambil melalui lorong masuk ruang tamu.

"Nuk..." Dura melihat seorang lelaki duduk sambil melihat skrin telefon pintarnya.

"Muzamil..." terus lelaki itu mendongak terkejut melihat Dura.

"Apa awak buat dekat sini, mana mak awak dan adik saya mana?." Tanya Dura bertalu talu.

"Akak" Dura terus menghalakan pandangannya kepada suara yang memanggilnya.

"Nukman.... cik Bi." Dura memandang Nukman kemudian memandang cik Bi pula yang menunduk sedih.

"Mereka datang ada benda yang nak cakap. Akak duduk dulu." Kata Nukman sambil meletakkan dulang yang berisi 3 gelas air berperisa sirap di atas meja set sofa ruang tamu milik Dura.

Dengan wajah pelik Dura mematuhi arahan adiknya. Langkah cik Bi mendekati Dura lalu memeluk wanita itu dengan erat.

"Dura"

"Kenapa ni?"Tanya Dura penuh tanda tanya.

"Mmm. Cik Dura saya harap cik Dura boleh terima permintaan saya." Muzamil terus berkata kata saat ibunya melepaskan pelukan kepada Dura.

Dura hanya memandang Muzamil.

"Saya rasa sudah sampai masa ibu saya berhenti untuk berkhidmat."

"Oh, jadi awak tak nak ibu awak bekerja lagi." Muzamil hanya mengangguk kemudian Dura memandang Cik Bi.

"Ibu awak dah lama berkhidmat dengan kami. Terima kasih membenarkan ibu awak bekerja dengan kami walaupun kontrak dia telah lama habis." Nukman yang duduk di sofa berbingkai satu hanya melihat kakaknya berbicara.

"Sudah masanya untuk ibu awak berehat." kata Dura tersenyum singkat pada Cik Bi

"Cik Bi sayang Dura dan Nukman. Cik Bi minta maaf ya kerana terpaksa meninggalkan Dura dan Nukman." Kata cik Bi sambil memandang dura dengan muka sedih yang jelah kelihatan pada wajah wanita tua itu.

"Tak mengapa, cik Bi patut hidup dengan keluarga cik Bi juga." Kata Dura mendekati cik Bi lebih rapat.

"Cik Bi pasti akan rindu Dura nanti." Kata cik Bi mengusap rambut panjang lurus milik Dura. Dura hanya mengangguk.

Sudah sekian lama cik Bi berkhidmat dengan keluarganya semenjak Dura berusia 4 tahun dan Nukman berusia 3 tahun dan kini perempuan tua itu akan meninggalkan Dura.

"Jom ibu" kata Muzamil.

Kini kedua anak beranak itu menuju keluar daripada pintu masuk mewah rumah Dura begitu juga Dura dan Nukman mengikut mereka dari belakang.

Cik bi memeluk Dura kembali dengan tangisan. "Dura jaga kesihatan, jaga makan lepas ni tak ada dah cik Bi."

"Cik Bi..." Dura menggeleng tanda tidak suka akan perkataan cik Bi.

"Cik Bi janji, cik Bi akan jenguk dura bila masa lapang." Dura hanya mengangguk dengan perkataan cik Bi. Dura menahan air matanya daripada jatuh.

"Nukman jaga kakak, kita masih boleh video call kan. Nanti cik Bi dah tak dapat jumpa muka boyfriend cik Bi ni lagi secara live." Kata cik Bi gelak diikuti Nukman.

"Nukman sentiasa akan jadi boyfriend cik Bi." Kata nukman tersenyum kemudian kedua anak beranak itu pergi meninggalkan mereka.

"Kenapa anak dia datang mendadak?" soal Dura sebaik sahaja cik Bi dan anaknya menghilang dari pandangan Dura

"Rasanya kenapa?" Tanya Nukman pula tanpa jawapan untuk Dura. Dura memandang Nukman.

"Jadi anak dia takut yang akak dah tidak mampu bayar mak dia." Nukman hanya mengangkat bahu tidak tahu selepas itu Dura masuk kedalam rumah.

"Kak, akak" panggil Nukman berulang kali.

"Kak, aku panggil kau ni" panggil Nukman mengejar Dura. Lengan Dura Nukman tarik bagi menghadapnya, Dura hanya menunduk dengan perlahan dia mendongak melihat Nukman.

"Apa lagi Nukman!." Kata Dura marah, secara automatik Nukman melepaskan pengangannya pada lengan Dura. Nukman terdiam seketika dan matanya tidak lepas melihat satu satunya ahli keluarga yang dia punya.

"Maafkan Nukman sebab tahu lambat dan datang lambat." Kata Nukman perlahan dengan suara kepedihan. Dura hanya diam seribu bahasa.

"Tak guna kak, kalau pergi kejar cita cita tapi tinggalkan kau seorang diri." kata Nukman lagi

"Nukman" panggil Dura

"Kau mesti sunyikan kak?" Dura terdiam kembali

"Kak tak guna aku kejar impian papa ni"

"Nukman!!, itu bukan impian papa tapi kau yang pilih."

"Papa yang nak Nukman dapatkan insinyor."

"Itu impian kau Nukman untuk mendapat gelaran yang hebat dalam bidang kejuruteraan. Kau sendiri yang cakap dekat papa dan mama nanti nama kau akan jadi IR Dani Nukman bin datuk Isa Hasyim. kau hanya nak banggakan papa, jangan salahkan papa." Kata Dura marah kepada adiknya, kini Nukman pula diam melihat kakaknya bersuara.

"Papa tidak pernah mempengaruhi kau." Kata Dura lalu berlalu menaiki tangga rumahnya. Nukman hanya melihat pergerakkan kakaknya tanpa sebarang pergerakkan.

"kau rindu mereka bukan?, tapi kau lupakan mereka." Langkah kaki Dura terhenti di anak tangga keempat.

"Kau sibukan diri kau, kau buat semua sampailah kau dapat lupakan mereka. Aku tahu kau cuba untuk padam memori kau sebelum papa dan mama meninggal tapi tak boleh." Dura memandang Nukman.

"Aku nampak dekat wajah kau kak.... Kau... sakit. Kau sangat sakit" Dura melihat adiknya dengan pandangan yang kosong lalu Dura menaiki tangga semula menuju biliknya tanpa menghiraukan adik lelakinya itu.

"Tapi Nukman tahu akak kuat" jerit Nukman bersemangat. " kau kuat kak!!."

"Kau kuat walaupun kau sudah tahu, kali ini kau kalah kak..." kata Nukman perlahan mengenangkan pada hari yang bakal tiba iaitu penentuan bagi kakaknya dalam kedudukan DCruiz.

" kata Nukman perlahan mengenangkan pada hari yang bakal tiba iaitu penentuan bagi kakaknya dalam kedudukan DCruiz

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dah masuk ke 23 Hari Kita berpuasa. Okay ka semua


DCruiz ✔※Where stories live. Discover now