¦75

5.8K 211 15
                                    

Mulutnya mengukir senyuman apabila dia melihat tubuh badannya di cermin yang memanjang dari kaki hingga ke kepalanya.

"Cantikk.." katanya perlahan. Kini air matanya ingin keluar tetapi satu tangan mengelap air matanya yang bergelinang di kelopak mata. Tangan yang sering kali mencapai tangannya jika rapuh dan lemah. Satu tangan yang sentiasa menolaknya kedepan untuk melangkah walaupun dia tidak mampu melangkah kedepan.

"Janganlah nangis. Nanti tak cantik"

"Najwa.." nama itu. Nama yang selalu bersama dengannya sama ada dia jatuh atau dia bangun.

"Tengok diri kau sangat cantik. Terlampau cantik " kata Najwa memegang bahu Dura dari belakang lalu melihat kearah depan cermin manakala Dura melihat Najwa melalui pantulan cermin sambil tersenyum.

"Cantik?" kata Dura perlahan. Dia kelihatan sangat cantik dengan baju yang pernah ingin disarungkan suatu ketika dahulu. Baju yang sering didambakan bagi setiap wanita iaitu baju perkahwinan. Baju perkahwinan yang menandakan bahawa dia wanita yang paling beruntung pada hari ini kerana telah menyarungkannya.

Dura meneliti baju pengantin yang diperbuat daripada kain songket yang berwarna merah gelap serta disulami benang emas. Baju yang direka dengan gaya fishtail yang memaparkan kelangsingan tubuh badannya yang tinggi.

Riasan pada mukanya pula memberikan kekemasan serta kejelitaan bagi seorang wanita melayu. Dia seperti seorang puteri melayu yang sungguh menawan. Malah dia juga terasa seperti seorang bangsawan apabila salah seorang jury gaya memasangkannya cape veil yang terdapat kristal dengan penuh gaya elegant di atas bahunya. Cape veil tersebut memanjang terletak di lantai.

Tidak lupa pada tudungnya juga. Tudung yang sedondon dengan warna bajunya telahpun tersarung indah. Kini dia bertikad kejelitaanya buat sang suami sahaja. Sungguh luar biasa apabila Allah telah menukarkan hatinya untuk terus menyarungkan  tudung.

"Pengantin lelaki dah bersedia tinggal pengantin perempuan je." Nukman bersuara keriangan sambil menatap kedua perempuan jelita itu. Langkah kaki lelaki itu mendekati kakak sulungnya.

"Alhamdulillah, keputusn yang Nukman buat tak salah untuk kakak. Nukman nampak muka kakak sangat bahagia." Kata Nukman tersenyum memandang kearah Dura. Dura tersenyum kearah Nukman lalu memeluk satu satu adik lelakinya.

"Dahlah, jangan lah buat drama nanti aku yang nangis." Kata Najwa tersenyum. "Pengantin lelaki dah sedia. Jom" Najwa mencapai tangan Dura lalu memimpin tangannya untuk keluar daripada bilik solekannya serta diikuti Nukman.

Dari jauh Dura nampak suaminya. Lelaki yang tak pernah dijangka akan menjadi pendamping hidupnya. Sungguh luar biasa takdir yang dimiliki buatnya. Daripada seorang pencabarnya kepada seorang suami yang sangat mencintainya dan sangat menyayanginya. Dia sangat beruntung.

Thoriq kelihatan sangat kacak dan segak dengan baju melayu yang sempurna yang sedondon dengan pakaian songketnya. Tubuh tinggi lelaki itu serta bahu yang tegap membuatkan ramai mata akan memandang suaminya tanpa berkelip sekaligus dirinya juga. Suaminya seperti pahlawan melayu terunggul apabila menyarungkan pakaian tersebut. Senyuman tidak mahu lepas daripada bibir Dura saat menatap Thoriq.

Langkah kakinya semakin dekat dengan Thoriq. Thoriq memberikan senyuman kepada Dura. Senyuman yang sering kali diberikan lelaki itu

"Awak nampak cantik."kata Thoriq separuh berbisik

"Awak nampak kacak." Balas Dura dengan kata kata Thoriq.

Kini sudah tibanya masa pengantin memasuki dewan megah serta mewah. Setiap langkahnya diatur dalam genggaman Thoriq. Tidak ingin dia melepaskan genggaman itu. Tidak ingin.

DCruiz ✔※Where stories live. Discover now