¦73

4.3K 183 23
                                    

"Ya saya mengaku bersalah." Dura terus menutup mulut dengan kenyataan Lutfi yang sedang memakai baju banduan berwarna ungu. Matanya laju berlari menatap Datuk Nordin yang tertunduk dengan kata kata Lutfi.

Dura dapat melihat punahnya perasaan seorang ayah yang selama ini menyanjung anaknya telahpun mengecewakannya. Dura melihat betapa kecewanya  wajah tua itu. Suasana mahkamah bercampur baur dengan pelbagai perasaan.

Tangannya dipegang erat oleh Nukman. Dura terus memandang Nukman yang duduk disebelahnya. Sinaran mata Nukman menzahirkan permohonan maaf kepadanya. Mata adik lelakinya memerah menahan air mata untuk terus jatuh.

"Dan saya juga nak buat pengakuan." Kata lutfi lagi dengan senyuman.

" Pada lima tahun lepas saya juga punca kematian Datuk Isa Hasyim dan isterinya. Dan pada tahu ini saya hampir berjaya membunuh anak sulung mereka tetapi saya silap langkah, rupanya dia ada pelindung." Ujar Lutfi menatap Nukman dan Dura dengan sengihan tanpa rasa bersalah malah raut wajah yang sangat bangga yang ditunjukkannya

Dura tergamam dengan kenyataan tersebut, air mata Dura terus jatuh melihat Lutfi. Tangan Nukman menggenggam penumbuk mukanya menunjukkan reaksi yang terlampau marah. Datuk Nordin semakin punah dengan jenayah yang anaknya lakukan.

"Kau pembunuh!!!." Jerit Nukman tidak mampu mengawal emosinya, Dura disebalah menggeleng dengan kata kata Lutfi. Dia bunuh papa, bunuh mama. Sanggup Lutfi membuat jenayah itu kepada mereka.

"Aku tak bunuh diorang. Aku cuma rancang pembunuhan diorang." Kata Lutfi lalu tergelak bagai orang gila.

Thoriq yang duduk dibarisan belakang hanya melihat sahaja tanpa sebutir suara.

"Salah ke aku ambil hak papa aku. Salah ke aku ambil apa yang sepatutnya jadi hak milik dia!." Kata Lutfi emosi. Mata lutfi memunjukkan amarah yang begitu mendalam.

"Ayah..ayahh." Panggil Lutfi memandang Datuk Nordin sayu. "Lutfi buat ini untuk ayah, untuk keluarga kita" Datuk Nordin memandang anaknya itu kepala tua itu menggeleng dengan kata kata Lutfi. Kemudian tiba tiba Lutfi tergelak sendiri kemudian dia menangis lalu marah. Emosi dan perasaan Lutfi bertukar tukar dengan pantas.

"Lutfi?." Panggil Datuk Nordin sayu kepada anak tunggal lelakinya.

"Mama... mama." Kini ruangan mahkahmah bergema dengan suara Lutfi yang semakin menangis memanggil mamanya di kadang tertuduh. Suara rintihan Lutfi membuatkan semua yang berasa di dalam mahkahmah terus terdiam.

Nukman memandang Dura. Dura hanya melihat Lutfi yang menangis seperti anak kecil. Dura menutup mulutnya melihat keadaan Lutfi yang belum pernah dia lihat.

Lutfi menangis, gelak, dan ketawa.

◎◎◎

"Uncle Nordin" panggil Dura saat melihat lelaki tua itu keluar dari dalam mahkamah dengan keadaan lemah. Thoriq dan Nukman cuba memapah Datuk Nordin.

"Uncle minta maaf, maafkan uncle. Uncle tak tahu dia buat semua tu. Dia aniaya Dura. Dia yang menyebabkan papa dan mama Dura, Nukman meninggal. Uncle tak tahu dia nak bunuh Dura. Uncle terkejut, tank sangka." Kata Datuk Nordin penuh kesesalan di wajahnya.

"Uncle Dura nak minta maaf sebab...."
Kata Dura dengan pantas kata katanya dipotong oleh Datuk Nordin.

"Dura tak salah, uncle yang salah sebab buat dia ada rasa tamak, rasa iri hati pada kamu." Kata Datuk Nordin lagi.

"Dura yakin dia buat semua tu, semua untuk Uncle." Kata Dura yang masih duduk dikerusi roda dengan air mata.

Datuk Nordin memandang Dura dengan senyuman yang terpalit kesedihan.


◎◎◎


Mata Dura terus terbuka saya kereta yang dipandu Thoriq berhenti. Dura terus memandang sisinya

"Awak okey?" Soal Thoriq berhati hati. Dura hanya mengangguk lalu tersenyum pahit.

"Kita dekat mana." Dura melihat sekelilingnya yang terdapat tanah perkuburan.

Dura terus tersenyum melihat Nukman yang dari jauh berdiri di kereta milik Nukman sambil tersenyum kearah Dura.

Dura memandang Thoriq kembali. "Tapi saya tak.." belum sempat berkata habis Thoriq memberi Dura sehelai selendang yang berwarna hitam. Dura melihat tudung tersebut lalu kembali menatap Thoriq. Dura tersenyum kepada Thoriq. Dengan perlahan Thoriq memakaikan Dura selendang it malah dia turun pinkan tudung itu dengan cermat

Air mata Dura jatuh saat Thoriq memakaikannya tudung.

"Kenapa awak menangis?" Soal Thoriq pelik. Dura terus menggeleng dengan kata kata Thoriq lalu dia mengelap air matanya. Di sudut hati Dura, dia terharu dengan perlakuan Thoriq yang memakaikannyatudung.

Lalu Dura memegang tangan Thoriq. "Terima kasih untuk segalanya." Kata Dura melihat Thoriq dengan senyuman. Thoriq tersenyum lalu berkata.

"Jomlah, Nukman tengah tunggu." Kemudian Thoriq keluar daripada kereta mewahnya manakala Dura membuka pintu penumpang hadapan. Dura melihat Nukman mula mendekati kereta mereka.

"Jom, Nukman dah janji." Kata Nukman lalu mencempung tubuh kakaknya untuk duduk di atas kerusi roda yang dipegang Thoriq.

Thoriq hanya melihat adik beradik itu dengan senyuman. Kemudian Nukman mengambil alih pegangan Thoriq daripada kerusi roda Dura manakala Dura memegang tikar yang diberikan Nukman. Dengan perlahan Nukman menolak kerusi roda itu untuk bergerak. Thoriq hanya mengikut langkah Nukman.

Kini kaki Nukman berhenti di tanah perkuburan yang terukir indah nama ibu bapanya. Tikar yang dipegang Dura diambil lalu dibentangkannya.

"Nak duduk atas ni?." Soal Nukman, Dura mengangguk mahu.

Selepas Dura dapat duduk diatas tikar kedua dua adik beradik itu memandang sesama sendiri.

"Papa mama, Nukman dengan kakak datang. Suami kakakpun ada, dia jaga kakak dengan  baik. Alhamdulilah Nukman Tak salah buat pilihan, kakak makin sihat." Dura hanya tersenyum dengan kata kata Nukman kemudian Thoriq duduk bersila disebelah Dura. Dengan lafas bismillah ketiga tiga mereka membaca surah yassin buat mereka

 Dengan lafas bismillah ketiga tiga mereka membaca surah yassin buat mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

💮end.
.
.
.
.
Nak lagi ke???

DCruiz ✔※Where stories live. Discover now