¦32

2.6K 120 3
                                    

 lagu diatas sangat memainkan peranan

________________
.
.
.


"Semua dah siap, jom." Kata Lutfi menatap papanya kemudian matanya jatuh pada Dura.

"Dah, haaa jom." Kata Datuk Nordin terus berdiri kemudian mengajak Dura. "jom Dura kita pergi".

Dura menatap Datuk Nordin dan Lutfi bersilih ganti "kemana?."

"Lutfi dia ada buat majlis kecil sikit untuk Dura. Katanya Majlis perpisahan." Ujar Datuk Nordin naif.

"Ohhh" Dura melihat Lutfi dengan senyuman sinis di wajah lelaki itu.

"Okey jom." Kemudian Dura dan Datuk Nordin berjalan mendekati pintu yang terdapat Lutfi yang sedang berdiri. Lutfi memberikan laluan kepada ayahnya berjalan kehadapan manakala dia menunggu Dura.

"Senyum" bisik Lutfi dekat telinga Dura sebaik sahaja Dura betul betul berdiri di tepi Lutfi. Dura hanya memberikan senyuman pahit kepada lelaki yang masih dia cintai. Ironi bukan? ini semua sangat mengarut. Mana tidaknya dia masih lagi mempunyai hati kepada lelaki itu.

Setelah apa yang lelaki itu buat pada dirinya. Debaran jantungnya sentiasa tidak mahu berdetak dengan normal malah perasaan sayang kepada lelaki itu masih ada. Apa yang harus dia lakukan. Dia Cuba menghalau nama Lutfi tetapi tetap gagal.

"you tak cerita apa apa dengan papa kan?." Tanya Lutfi dengan suara yang penuh kelembutan sebaik sahaja mereka mula bergerak seiringan mengikut langkah Datuk Nordin di hadapan..

"..."

Kemudian dengan secara tiba tiba lengan Dura dicengkam Lutfi. Dura terdorong kebelakang. Pergerakkan mereka terhenti.

"Aku tanya kau, Kau tak cerita apa apa dengan dia kan?." Kata Lutfi separuh berbisik dengan intinosi marah.

"Tak" kata Dura terus menatap dalam mata Lutfi.

"Lepaskan, sakit." Kata Dura penuh ketegasan untuk dilepaskan.

Dengan senyuman licik Lutfi terus melepaskan lengan cantik itu lalu membetulkan suit krlsbu mewahnya.

"Macam tulah, good girl. Shall we." Kata Lutfi menunduk hormat kepada Dura untuk berjalan seiringi kembali dengannya. Dura hanya mengikuti setiap arahan lelaki itu tanpa Sebarang bantahan.

Setelah sampai kedalam salah satu bilik mesyuarat bangunan DCruiz Dura disambut meriah oleh pekerjanya. Dura memberikan sebuah senyuman kepada setiap orang dan senyuman itu tidak lekang dibibir Dura buat Kali ini.

Suasan bilik mesyuarat penuh dengan warna kemeriahan, seperti bukan masa untuk bersedih tetapi majukan diri. Di skrin pula terdapat ucapan terima kasih yang tertulis indah serta terdapat tampalan gambar Dura, manakala di meja bilik mesyuarat terdapat banyak makanan yang lazat terhidang.

Kemudian Najwa mendekati Dura lalu dibawa Dura untuk duduk ke tempat khas buat Dura. Alangkah terkejut Dura saat melihat kerusi yang dibuat oleh pekerjanya. Kerusi tersebut dihiasi ala ala gaya istana apatah lagi warna kerusi itu ditutup oleh kain berwarna emas.. Sangat kreatif

Kemudian bunyi gelas yang dipukul oleh sudu kedengaran agak nyaring "okeyy.. maaf. Maaf. Saya nak buat ucapan." Kata sufian kemudian semua orang di dalam bilik mesyuarat senyap.

"Saya nak buat satu confession. Saya nak cakap perkara yang boleh dikatakan berani matilah. Boleh cik Dura?." Kata sufian lalu memandang Dura yang sedang duduk bersebelahan Najwa. Dura kemudian memandang Najwa dan menoleh kearah sufian kembali lalu mengangguk.

"Yes!!, boleh" kemudian semua orang yang ada dalam bilik mesyuarat tergelak dengan telatah Sufian.

"Okey saya nak mula macam mana ehhh. Okeylah macam ni. Semua tahu cik Dura kita ni sangat strict. Betul?."

"Betulll" kemudian ramai pekerja yang menyambut soalan sufian dengan perkataan betul. Dura ternganga melihat pekerjanya.

"Garang."

"Betul"

"No excuse"

"Betul"

"Kalau dia cakap segera kena segera. Betul" kata sufian lagi. Dura hanya tercengang dengan kata kata sufian serta ucapan betul pekerjanya.

"Tapi satu sahaja. Saya rasa sangat bertuah dapat kerja dengan cik Dura walaupun kena marah dengan cik Dura dan dapat makian sikitlah."

"yakaa!!!" Sufian terus menunjuk jari senyap kepada kawannya yang berada bersebelahan dengannya kemudian semua tergelak dengan telatah Sufian dan kawanya itu. " Saya harap cik Dura sentiasa berjaya dalam kehidupan." Kata sufian dengan senyuman panjangnya. "Tu sahaja yang saya nak cakap. Okey jangan kecam tahu hambar." Kata sufian bergurau kemudian pekerja lain pula memberi ucapan lagi dan lagi.

Kini terdetik di hati Dura tentang pekerjanya. Tanpa disedari Dura pekerja pekerjanya sangat menyayanginya dan setiap kata kata yang keluar daripada mulut mereka sangat membuatkan Dura terharu. Kemudian Dari kejauhan Dura melihat Lutfi yang sedang berdiri jauh daripadanya. Alangkah seronoknya kalau Lutfi bukanlah watak antoganis dalam syarikatnya. 

"Encik Lutfi buatlah ucapan" kini salah seorang pekerjanya berkata.

Lutfi memandang pekerja itu dengan senyuman. "Ehh Takpelah." Kata Lutfi menolak

"Lahhh." Semua melenguh dengan kata kata Lutfi.

"okeylah" kata Lutfi mengalah kemudian semua bersorak keriangan. Dura memerhatikan lelaki tersebut dengan dalam.

"Okey, saya nak cakap sikit je. Cik Dura Nadhirah Binti Datuk Isa Hasyim"

"..." Lutfi terdiam selepas menyebut nama panjang Dura kemudian

" jangan cepat percayakan orang." Kemudian Lutfi senyum kepada Dura lalu berkata kembali "tekatkan diri, jangan mengalah sebab dekat luar banyak cara untuk cik Dura kita ini dapat balik reputasi dia ... dan terakhir sekali terima kasih kerana berkhidmat." Kata Lutfi memandang tepat kearah Dura.

Dura membalas pandangan tersebut. Tetapi pandangan Kali ini berbeza, sangat berbeza. Pandangan lelaki itu pandangan pelindung, pandangan yang selalu Dura dapatkan dulu dan pandangan itulah yang dapat mengaburi penglihatan Dura. Kemudian Dura memberikan senyuman kepada Lutfi agar dapat mengaburi mata mata pekerjanya yang ada di bilik mesyuarat termasuk Datuk Nordin.

Kita akan lihat nanti. Bisiknya dalam hati.

 Bisiknya dalam hati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
DCruiz ✔※Where stories live. Discover now