¦35

3.1K 149 11
                                    

"Nak lagi?" Tanya Thoriq,Dura mengangguk dengan pertanyaan Thoriq sambil tersenyum. Dura melihat sahaja pergerakkan Thoriq.

Alangkah baiknya jika di sisinya ini Lutfi. Yang sentiasa baik, sentiasa menjaga Dura, sentiasa bertanya khabar, sentiasa semualah. Tapi dia sedar lelaki yang duduk disampingnya ini ialah Thoriq. Thoriq Husaini bukannya Lutfi lelaki yang dipuja.

"Awak pernah dikhianati?" tanya Dura perlahan. Thoriq memberhentikan kegiatannya lalu melihat Dura di sampingnya yang sedang menongkat dagu memandang dirinya.

"Pengkhianatan tak pernah ada dalam kamus hidup saya." Kata Thoriq bersahaja sambil memandang Dura. Dura hanya tersenyum singkat kepada lelaki itu.

"Kenapa, awak dikhianati?" Soal Thoriq sambil meneruskan kegiatannya. Dura terdiam dengan soalan Thoriq tanpa jawapan. Dura musykil dengan dirinya ini seolah olah ingin melindungi Lutfi dengan perbuatan jahat lelaki itu.

"Awak tahu air?" Soal Thoriq kembali tanpa memandang Dura sambil membuatkan kebab

"Air?"soal Dura pelik.

"Air sangat menyenangkan dan menyegarkan. Bukan?"

"Ya" jawab Dura.

"Kita kena jadi macam air" Dura berkerut dahi dengan kata kata Thoriq.

"Air itu menenangkan tetapi pada masa yang sama membunuh." Kata Thoriq kembali memandang Dura saat menyebut perkataan membunuh. Dura berubah reaksi dengan kata-kata Thoriq. Dura mula berkerut tidak faham dengan kata-kata lelaki itu.

"Ini realiti kehidupan. Kita tak mampu nak halang pemikiran orang, gerak hatinya, perilakunya. Jadilah apa sahaja dan yang pasti awak kena kuat untuk melawan musuh sebab mereka datang dengan pelbagai cara." Kini Dura memahami kata kata lelaki itu. Dura tersenyum kepada lelaki itu kemudian kebab yang sudah disiapkan Thoriq diberikan kepada Dura. Tanpa berlengah Dura makan kebab tersebut buat kali kedua dengan sangat berselera.

"Air" kata Dura perlahan sambil mengunyah makanan dimulutnya mata Dura melihat kedepan sambil memikirkan sesuatu tetapi dia merasakan seperti ada seseorang yang sedang memandangnya. mata Dura berlari melihat Thoriq kemudian dia memandang kedapan kembali, memang betul lelaki itu sedang memandangnya.

Setelah habis mengunyah makanan di mulut, Dura meletakkan kebabnya kepinggan lalu Dura memandang Thoriq dan kembali bersuara.

"Awak pandang pandang saya ni kenapa.?" Soal Dura mengangkat kening.

"Awak suka saya yeee?" Kata Dura sponatn  dengan senyuman ikhlas seiklas ikhlasnya.

"Ya" suara garau itu berkata sepatah dengan intonasi lembut tetapi ada penegasannya, kemudian wajah Dura berubah reaksi, Dura tercenggang dengan jawapan Thoriq.

"yalah kenapa awak tak suka saya pula kan?, kita bukannya musuh." jawab Dura laju tetapi Thoriq tetap memandangnya tanpa reaksi.

"Bila saya boleh start kerja?." Tanya Dura mengalihkan perbahasan tersebut. Dura mengeluh dalam hati kenapalah hari ini dia berkata pelik pelik. Salah dia juga kerana menanyakan Thoriq pertanyaan yang merepek. Dura bukan pernah buat salah pada Thoriq dan lelaki itu juga tidak pernah cari pasal dengannya. Jadi kesimpulan  Thoriq suka dia kerana dia tidak pernah cari masalah dengan lelaki itu. 'Positif, positif' perkataan itulah yang sentiasa berlengah legar di kepala Dura.

Pertanyaan Dura sebentar tadi tidak dijawab Thoriq. "Okey" kata Dura saat melihat mulut Thoriq sedang mula mengunyah kebab. Dura memandang Thoriq dengan kesal 'orang tanya dia boleh makan dulu, jawablah'

"Esok" kata Thoriq selepas selesai mengunyah.

"Kerja apa"

"Tengok jelah esok"

DCruiz ✔※Where stories live. Discover now