¦21

2.3K 116 3
                                    

"Apa aku nak buat lagi ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Apa aku nak buat lagi ni. Tu,....tu... allahh" keluh sufian geram "tu dia tak bagi tidak balas langsung" kata sufian marah sambil menuding nuding pintu bilik kerja CEO DCruiz.

Najwa hanya memerhatikan sufian dengan keluhan.

"Langsung?."

"Yelah, kalau tak aku tak meroyan macam ni." Marah Sufian kembali. "Semalam muka dia panik, serius bila dapat tahu kenapa sekarang dia macam ni. Kaku, macam tak ada apa apa yang berlaku."

"Kau dah bagi tahu semua?"

"Ya allah wehh, aku bagi tahu semualah. Aku ulang kot. Aku dah bagi tahu pelabuhan pelabuhan yang dekat luar negara tu sekat kita punya kapal untuk beroperasi. Client dekat sana banyak yang tarik diri. Itu dekat luar negara tau. Aku rasa dekat sini memang belambaklah." Kata sufian penuh emosi tubuh badannya langsung tidak boleh duduk diam.

"Dan dia....diam je, tak ada reaksi apa-apa. Apa kena dengan Cik Dura." Kata sufian lagi bertambah tambah marah lelaki itu. Najwa memandang pintu bilik CEO tersebut dengan tatapan hairan.

"Biar Aku cakap dengan dia."

"Ni satu lagi, lembaga pengarah nak adakan mesyuarat dalam masa terdekat ni aku rasa tak lain tak bukan pasal kapal 3 billion yang hilang tu. aku tak tahu mereka nak bila, kita tidak dapat apa apa info lagi ni." kata Sufian wajah risaunya mula terlihat dengan jelas.

"Sabar Sufian" kata Najwa menenangkan lelaki itu. Langkah kaki Najwa Mula bergerak kearah bilik CEO Dcruiz itu.

Pintu dibuka disertakan ketukan gormat. Najwa hanya melangkah dan terus melangkah masuk kedalam bilik CEO itu sampailah kakinya berhenti di depan meja kerja milik Dura. Dia menarik nafas dan dilepaskannya perlahan.


"Lembaga pengarah akan lakukan mesyuarat pada masa terdekat ni, mereka akan tunggu sampai mereka dapat berita yang melegakan hati." Kata Najwa mula bersuara matanya memandang tepat kearah Dura yang duduk membelakangi dirinya.

"Dura..." Najwa memanggil Dura lagi kemudian matanya memandang Surat yang ada di atas meja.

"Kau tak bukak lagi?, email yang aku bagi kau dah Baca?" Tanya Najwa manakala Dura hanya diam seribu bahasa. Tubuh perempuan itu hampir terlihat kaku tanpa reaksi.

Dengan perasaan marah Najwa mengambil Surat Surat tersebut lalu dibukanya kasar. "Surat mahkamah. Saman, tuntutan ganti rugi." Baca Najwa lantang. Dura membalikkan kerusinya melihat tepat kearah Najwa yang sedang marah.

"Apa tindakan seterusnya?." Tanya Najwa. Dura hanya memandang Najwa tanpa perasaan.

"Dura!!!" Jerit Najwa selepas melihat reaksi Dura yang seakan tenang.

"Syarikat dalam keadaan gawat!!...  apa yang patut kita buat!!. Salah satu kapal kargo kita hilang tanpa jejak, krew krew hilang. Barang-barang dalam Kapal tu bernilai 3 billion. Dura apa kita nak buat!!" Marah Najwa terus menengking Dura dengan segala kata katanya yang terbuku sejak dari semalam.

Dura memejamkan matanya dan bersandar tenang di kerusi Ketua Pengawai Eksekutif.

"Dura!!" Najwa memanggil kembali nama Dura dengan jeritan yang nyaring. "Macam tak guna cakap dengan kau" Najwa membentak dan terus keluar daripada ruangan kerja Dura, bunyi hempasan pintu yang ada tanda nama Chief Executive Officer ditutup sangat kuat dan keras.

Di dalam bilik Dura memejamkan matanya, tanpa dia sedari air matanya jatuh. Air matanya jatuh buat pertama kalinya kerana syarikatnya. Syarikat Papanya.

"Papa, apa yang patut Dura buat" tangannya mengeletar saat melihat nama syarikatnya di dinding

"DCruiz shipping"

Apa sudah jadi Dura?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Apa sudah jadi Dura?

DCruiz ✔※Where stories live. Discover now