¦22

2.3K 116 6
                                    

"Cik Dura, cik Dura Kapal kargo milik syarikat cik Dura hilang begitu sahaja dan Kami dapat tahu kapal tersebut mempunyai kapal pengiring macam mana semua ini boleh berlaku"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Cik Dura, cik Dura Kapal kargo milik syarikat cik Dura hilang begitu sahaja dan Kami dapat tahu kapal tersebut mempunyai kapal pengiring macam mana semua ini boleh berlaku"

"Cik Dura telah memberikan kerugian yang besar kepada negara apa komen cik Dura apakah yang akan dilakukan cik Dura selepas ini."

"Cik Dura apa respon keluarga pekerja"

"Adakah cik Dura akan dikenakan tindakan undang undang."

"Tolong berikan laluan, berikan laluan"

"Apakah tindakan cik Dura selepas ini."

"Cik Dura tolong bagi keterangan apa yang sebenarnya berlaku"

"Cik Dura adakah cik Dura mempunyai musuh."

"Tolong berikan laluan kepada cik Dura."

"Cik Dura.. Cik Dura..."

Thoriq mematikan siaran televisyen di ruangan bilik kerjanya kemudian dia menyandarkan badannya di penghadang kerusi kerja miliknya. Berita tentang salah satu kapal kargo syarikat DCruiz benar benar membuatkan dirinya terkejut da telah menggemparkan seluruh negara.

kemudian bunyi pintu terbuka.

"Abang dengar kapal Kargo DCruiz hilang. Kapal yang mengangkut 3 billion. Dura dapat tahu masa dia tinggalkan kamu di majlis perkahwinan Uzair." satu suara garau menyapa pendengaran telinganya.

"Iya" balas thoriq singkat tanpa memandang Datuk Alham. ingatan Thoriq terus memaparkan saat Dura tiba-tiba merangkul lengannya di majlis perkahwinan Uzair.

"Rasanya kapal mesti kena rompak . Anak kapal hilang, kapten hilang. Hilang tanpa jejak. nampak sangat kena rompak jadi maksudnya DCruiz mungkin banyak musuh." Kata Datuk Alham memandang tepat kearah adik lelakinya.

"Projek tu?" Tanya datuk Alham lagi.

"Projek tu tidak akan terjejas"

"Mana kamu tahu"

"Sebab kalau Dura jatuh, Lutfi akan ambik alih."

"Batalkan projek tu" arah Datuk Alham tegas.

"Tidak, kalau projek tu batal Thoriq akan saman DCruiz"

DCruiz ✔※Where stories live. Discover now