¦34

2.9K 167 13
                                    


Thoriq hanya melihat Dura dengan kerutan di dahi serta senyuman dibibir kerana perkataan Dura, lelaki itu memandang dan terus memandang Dura manakala Dura sudah tidak senang duduk tetapi dia tidak mahu kalah dia juga turut memandang Thoriq sehinggalah pelayan restoran menghampiri meja mereka untuk mengambil pesanan makanan.

Thoriq memesan makanan manakala Dura mengutuk dirinya sendiri kerana telah terlepas cakap. 'Kan lelaki tu dah pandang aku pelik' marah Dura lagi dan lagi pada dirinya

"Awak nak air apa?" Soal Thoriq bersahaja seperti soalan yang Dura ujarkan tadi hanyalah perkara kecil.

"Apa apa sahaja." Kata Dura laju. Selepas itu pelayan tersebut beredar dari meja mereka.

Mata lelaki itu memandang Dura lagi tetapi lebih tajam seperti ingin mencari mangsa untuk diterkam. "Kenapa dengan mata saya?." Soal Thoriq tiba-tiba sambil tersenyum nipis.

"....." Dura terdiam seribu bahasa dia Cuba until bergikiran jernih, itu membuatkan Dura berasa kekok, dia tidak suka situasi kekok.

Dura menarik nafas kemudian dia berterus terang dengan lelaki yang duduk dihadapannya "Biar saya jujur dengan awak. Mata awak yang hitam pekat tu sangat menawan." Kata Dura tersenyum kata jujurnya.

"Jadi awak tergoda?" kata Thoriq dengan suara garaunya. Dura terdiam seketika, Kemudian berkata lagi

" sikit mungkin,......cara awak memandang, Kadang nampak sangat menakutkan dan kadang nampak sangat ramah. Awak ada 2 indentiti ke?" Soal Dura tanpa berlapis. Selepas mendengar soalan tersebut Thoriq tergelak lepas dengan kuat. Banyak mata yang memandang mereka, Dura pula yang naik segan dengan orang orang disekitarnya.

"Apa yang membuatkan awak rasa saya macam tu." Dura hanya menggeleng sambil bermain hujung rambut ikal mayangnya.

"Aura awak lain sekarang ni."

"Macam mana?."

"Awak seperti gembira..... tapi kadang awak nampak menakutkan macam berwaspada dengan sesuatu?" Thoriq berkerut dahi dengan kata-kata Dura.

"Okey sudahlah, saya mula merepek." Kata Dura melepaskan pegangan pada hujung rambutnya lalu tersenyum. Tangannya diletak keatas meja dan digenggam jari jemarinya. Dura mula gelisah apabila Thoriq tidak lepas lepas memandangnya. ' habis tu siapa lagi yang di nak pandang kalau bukan kau yang duduk depan dia.' Kata Dura bermonolog.

"Kita cakap pasal lain." Kata Dura tukar topik kerana tidak senang dengan tingkah Thoriq.

"Saya mendengar." Kata Thoriq singkat.

"Umur awak berapa?" Tanya Dura laju. Thoriq Mula berkerut pelik dengan Dura. Selepas merasakan perubahan muka pada wajah Thoriq Dura melenguh.

"Merepek lagi?" Soal Dura. Thoriq menggeleng.

"Awak tak tahu pasal latar belakang orang yang awak bekerjasama?."

Dura menggeleng perlahan selepas terkantoi dengan tabiatnya yang tak ambil pusing tentang seseorang. "sebenarnya saya tak ambik pusing pun pasal benda tu. Yang tahu semua tu hanya Najwa dan saya akan study pasal seseorang itu jika perlu."

"Jadi saya bukan seseorang yang perlu awak study."

"Saya tahu pasal awak tapi saya tak tahu umur awak." Kata Dura pertahankan dirinya.

"Umur saya 28 tahun." Jawab Thoriq

"Ohhh, 28 tahun. Ehhh kejap Datuk Alham 41 tahun?." Soal Dura.

"Jadi awak tahu umur datuk Alham?." Dura tersengih. Mana boleh dia tidak tahu tentang lelaki itu. Lelaki itulah yang sangat sukar untuk ditembusi oleh pemikiran, kalau hendak bercakap dengan Datuk Alham dia perlu pasang strategi dengan baik agar tidak tersadung di kemudian hari. Lelaki itu sangatlah sinis Dan oesaing yang hebat bagi Dcruiz.

DCruiz ✔※Where stories live. Discover now