¦10

2.6K 135 4
                                    

Kini semua mata memandang CEO yang tidak putus putus memberikan senyuman manis pada bibir merah menyalanya itu. Setiap warga pekerja di dalam bilik mesyuarat berasa janggal dengan CEO mereka.

"Suka tak tengok saya senyum?." Semua pekerja memandang antara satu sama lain dan hanya terdiam. Bukan bermakna takut atau gerun dengan senyumannya tapi cuma tertanya tanya.

"Apa yang membuatkan CEO jelita kita senyum sampai tak putus putus" ujar Lutfi yang duduk di barisan kiri meja mesyuarat.

"Berita gembiranya ialah saya sudah mengatakan hasrat syarikat Dcuiz kepada syarikat THhusaini" kata Dura berkeyakinan. Iya dialah Dura Nadhirah CEO yang sedang berdiri dengan senyuman yang tak lepas daripada bibir merah menyalanya.

Kini semua ahli mesyuarat tergamam dengan percakapan Dura. "Bagaimana boleh terjadi" ujar Nukman yang dari tadi menyampah melihat senyuman kakaknya yang tidak mahu pudar.

"Ohhh, semalam" kata Nukman lagi. Lutfi pula tersenyum sambil memandang Najwa yang duduk sambil membalas senyuman Lutfi.

"Syarikat THhusaini nak kan perkhidmatan kita" kini semua mata memandang Dura dengan penuh takjub.

"Perkhidmatan" salah satu pekerja bersuara.

"Yup betul Haliza. Mereka nak  perkhidmatan kita. Saya sudah tanda tangan kontrak perkhidmatan yang mereka nak." katanya dengan senyuman.

"Mereka nakkan perkhidmatan apa?" Soal suara Nukman yang berbicara.

"Semuanya sekali" kata Dura ringkas.

"Semuanya" ahli pekerja berkata serentak lalu memandang antara satu sama lain kemudian bilik mesyuarat menjadi riuh.

"Mana mungkin THhusaini nak perkhidmatan kita. Rasanya syarikat mereka lebih baik daripada kita" soal Lutfi kembali, kini matanya tepat memandang Dura.

"Berhenti untuk bercakap macam tu Lutfi." Kata Dura memandang tajam kearah lutfi

"Kalau nak maju jangan bandingkan dengan syarikat lain dengan apa yang mereka ada dengan apa yang kita tak ada. Kata kata awak tu negatif Like Lutfi." Matanya kini beralih dari Lutfi kemudian melihat kesemua pekerjanya.

"Kita jadikan mereka sebagai cabaran dan pencetus idea bukan sebagai lawan yang perlu kita hapuskan serta merta." Kini suara dan muka Dura menunjukkan reaksi marah.

Kini kesemua mereka terdiam dengan kata kata Dura. Nukman hanya memberikan senyuman begitu juga Lutfi dengan senyuman yang mengalah.

"Saya tak nak perkara yang membuatkan saya gembira menghilangkan mood saya. Kata Dura selamba.

" Jika THhusaini inginkan perkhidmatan kita, secara tak langsung kita memberikan keyakinan kepada mereka. Projek kita dengan mereka akan cepat diluluskan dan dijalankan." Matanya melihat semua pekerjanya. "Dan kemudiann...." katanya dengan senyuman "syarikat kita akan menghasilkan keuntungan yang  berlipat Kali ganda kalau projek kapal persiaran DCruiz dapat dilaksanakan." Kata Dura penuh yakin dan kemudian mereka berlarutan bermesyuarat tentang projek kapal persiaran DCruiz yang sulung.


※※※

Seorang lelaki duduk bersandar dengan gaya angkuhnya lalu berkata perlahan. " THhusaini dan DCruiz"

Rokok ditangannya ditekan kedalam bekas Abu rokok bagi membiarkan api terpadam dengan sendirinya kemudian asap akhir daripada mulutnya dilepaskan perlahan seperti  sedang menikmati tiap tiap asap yang keluar dari mulutnya.

Telefon pintarnya diambik kemudian dia melihat massage yang masuk. Senyuman sinis diberikan kepada massage yang masuk.

"Tak lama lagi.......Tak lama lagi" katanya dengan penuh senyuman, sebuah gambar berbingkai warna perang dicapai daripada meja miliknya.

"Dura akan jatuh dan DCuiz akan terlepas dari genggamannya. Tidak lama lagi." Tangannya kini mengusap wajah yang ada pada gambar tersebut. Wajah seorang kanak-kanan lelaki yang dipangku oleh seorang  lelaki yang berusia awal 30an.

Kini suara gelakkanya memenuhi ruangan kerjanya. Gelakan kemenangan yang bakal dia perolehi.

※※※

"Okey masa untuk balik" kata dura kepada dirinya sendiri. Dia mengemas mejanya dengan rapi kemudian mencapai beg tangannya. Dengan langkah yang laju dia menuju ke pintu bilik pejabatnya.

"ahhhh!... Ya Allah." Jeritnya terkejut apabila melihat seseorang yang sedang berdiri tegak di depan pintunya.

" Lutfi apa you buat dekat depan pintu I ni?." Tangannya sambil mengosok dadanya untuk meredakan debaran jantungnya.

"Sorry....."kata Lutfi tanpa rasa bersalah.

"Lain kali jangan buat lagi. Kalau I ada sakit jantung dah arwah tau." jawab Dura mengurut ngurut dadanya. Lutfi hanya tersengih sambil tergelak.

"Jangan merepeklah." Kata Lutfi, Dura hanya tersenyum dengan reaksi Lutfi.

"You datang sini, tunggu sini untuk apa?" soal Dura seakan bermain tarik tali tetapi dalam hatinya sudah berbunga bunga saat buah hatinya sedang menunggu seseorang dan itu sudah pasti dirinya.

"Ohhh, yaa lupa. I nak minta maaf sebab tadi." jawab Lutfi bersahaja.

"Ohh, tadi...hmmm" kata Dura sambil angkat kening sambil melihat Lutfi dalam dalam "takpe. I maafkan."

"Haaaa, lega. So esok cuti. Jadi jom keluar" ajak Lutfi. Dura terus terkejut dengan ajakan Lutfi.

"You ajak I date ke?" soal Dura teruja.

"Bolehlah" kata Lutfi tersengih.

"Okey, pukul berapa?" tanya Dura lagi matanya sekan bersinar sinar melihat Lutfi.

"2  petang"

"Kenapa petang?" jawab Dura tidak berpuas hati, marah pun ada.

"Nak tak?" soal Lutfi kembali.

"Okey okey. Mestilah nak" Kata Dura ceria tak jadi terus amarahnya. Hati Dura kini berbunga bunga dengan ajakan Lutfi. Bukan selalu Lutfi mengajaknya keluar berdua dan pada Kali ini dia ingin Lutfi lebih serius dengan hubungan mereka.

'Harap misi tercapai. Memikat Lutfi yang remeh' kata hatinya perlahan.

 Memikat Lutfi yang remeh' kata hatinya perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
DCruiz ✔※Where stories live. Discover now