¦13

2.3K 103 2
                                    

Semua mata memandang seorang lelaki yang petah berkata kata dengan janji dan manfaat yang akan diperoleh oleh kedua belah pihak. "Kami, DCruiz akan sentiasa komitmen dengan apa yang Kami janjikan. Selain mendapatkan keutungan yang berlipat kali ganda. Kami yakin imej kedua syarikat juga dapat ditingkatkan." Kata lelaki yang berada di depan slide tersebut dengan megah.

"Selain perkara itu apa yang akan Kami perolehi" satu suara garau lelaki yang dalam lingkungan awal 40 an bersuara. Kini semua mata beralih arah kepada lelaki tersebut manakala lelaki itu memandang seorang perempuan yang duduk sambil tersenyum.

perempuan itu terus memandang kearah lelaki tersebut kemudian kaki jenjang perempuan itu mula mengorak langkah mendekati lelaki yang berada di depan screen. semua mata hanya memandang perilaku perempuan itu.

"Awak boleh duduk Azlan. Terima kasih" mata perempuan itu kembali melihat lelaki yang bersoal.

"Datuk Alham, you know DCruiz right." Kata perempuan itu perlahan manakala mata perempuan itu melihat lelaki yang berada di sebelah datuk Alham. Thoriq yang duduk bersebelah Datuk Alham hanya memandang tanpa berkata kata dengan reaksi muka yang datar.

"Dura, awak terlampau licik untuk mendapatkan kepercayaan daripada pihak kami."

"Datuk.... apa yang Datuk cuba sampaikan ni." Kata Dura perlahan tetapi agak menyindir dan itu bukan ejekan tetapi kekuatan buat dia untuk berhadapan dengan CEO syarikat induk THhusaini iaitu Husaini Group

"Kenapa tidak bekerja sama dengan syarikat induk. Kenapa anak syarikat."

"Datuk syarikat induk terlampau megah sampai saya sendiri tidak mampu untuk melihatnya." kata Dura tanpa kekok.

"Manis kata kata awak"

"Saya hanya puji syarikat Datuk"

"Bukan ke DCruiz pernah bekerja sama dengan Syarikat Husaini bagi penghantaran import eksport yang dalam kuantiti yang besar."

"Datuk. Itu zaman ayah saya."

"Jadi awak tak sehebat ayah awak?" soal kata Datuk Alham membuatkan Dura terdiam. 'Kurang ajar' marah Dura dalam hati dengan kata kata Datuk Alham. Datuk Alham memang sadis orangnya dan disebabkan itulah dia tidak mahu mencampuri urusan syarikat miliknya dengan syarikat Husaini. Bukan bermakna dia takut. Tapi belum tiba masanya. Dia seorang perempuan yang penuh percaya diri dengan syarikatnya tetapi untuk bermain dengan Datuk Alham bukanlah perkara yang mudah.

"Belum tiba masanya untuk saya mengusik syarikat Husaini" perdebatan Kali ini bukan seperti dalam mesyuarat yang dirancangkan tetapi perdebatan yang akan tercetus antara kedua mulut yang tajam itu.

Kadang Dura terfikir syarikat THhusani ini dikawal oleh Thoriq ataupun Datuk Alham kerana Thoriq seperti tidak berminat dengan keterangan yang diberikan pekerjanya. Padahal masa di Restoran Thoriq kelihatan tertarik dengan projek ini.

Muka Dura merah padam saat teringat kejadian di depan restoran. Adakah lelaki itu malu dengan kejadian tersebut sampai tidak mahu memberi tindakan balas apa apa. Nonsense

"Okey!!!" Kini suara Thoriq mula bergema di bilik mesyuarat mewah yang didiami mereka. Dura dan datuk Alham memandang Thoriq dengan pandangan pelik begitu juga semua ahli mesyuarat.

"Saya rasa penjelasan yang diberikan pekerja awak sangat bagus. Jadi apa kata kita mulakan projek ini. Saya tak sabar untuk menunggu hasilnya." Kata Thoriq bersandar di kerusi empuk bilik mesyuarat sayarikatnya sambil tepat memandang Dura Nadhirah.

◎◎◎

Matanya melihat arah luar tingkap kenderaan yang di pandu oleh pekerjanya, duduknya semakin tidak merasa selesa langsung di belakang pemandu bukan kerana dia betul betul tidak selesa tetapi fikirannya menerawang ke tampat lain dan Dura semakin galau.

Tahniah. Usahasama telah dipersetujui. Jangan hampakan pihak kami cik Dura. Kata kata Datuk Alham terngiang ngiang di pemikirannya.

Dura pelik dengan perlakuan Datuk Alham yang cepat berubah padahal mereka agak tegang dengan percakapan mereka tetapi dengan penuh misterinya lelaki itu dengan sukanya mengatakan tahniah. Kini dia betul betul tidak faham dengan sikap anak anak Tan Sri Husaini.

Thoriq pula pada awalnya seakan akan tidak mahu mendengar penjelasan yang diberikan anak buahnya tetapi dengan tiba tibanya lelaki itu memberi persetujuan.

"Adakah mereka cuba untuk bermain dengan aku" kini hati Dura betul betul tidak puas hati dengan pertemuan hari ini walaupun projek tersebut diterima.

"Kau okey?" Dura menggeleng dengan percakapan Najwa. Dari tadi Najwa memang ada dengannya tetapi situasi yang pelik dan keliru itu membuatkan dia tidak mampu berkata kecuali berkata dengan Datuk Alham. Kemudian dia terfikir sesuatu yang mungkin akan menggugat DCruiz.

"Kau tak okey" kata Najwa pelik.

"Kau tak okey" kata Najwa pelik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
DCruiz ✔※Where stories live. Discover now