¦40

3K 135 5
                                    

"Selepas Kami melakukan pemeriksaan keatas cik Dura kami mendapati bahawa Cik Dura mengalami kecederaan otak di bahagian sereblum yang mengawal pergerakkannya." Doktor Hasnah yang merawat Dura selama ini berkata dengan penuh kelancaran Dan kesabaran menghadap reaksi keluarga pesakit. Nukman dan Najwa hanya mendengar dengan penuh fokus kearah perempuan tersebut.

"Akibat kecederaan itu cik Dura mengalami kecederaan Saraf tunjang. Ini menyebabkan fugsi Saraf beliau terganggu dan akhirnya dia mengalami lumpuh."

"Lumpuh dia macam mana doktor"

"Cik Dura bernasib baik kerana Saraf yang tidak berfungsi adalah di bahagian pinggangnya. Bahagian atas seperti tangan, deria dan semuanya berfungsi seperti biasa. Jadi cik Dura dispesifikasikan beliau Lumpuh separuh badan iaitu di bahagian kakinya sahaja."

"Tapi baru sekarang dapat kesan?!!" kata Nukman penuh emosi.

"Ada beberapa  kita boleh kesan kecederaan tersebut daripada awal tapi ada beberapanya tidak."

"Patutnya doktor tahu ini daripada awal. Kakak saya mungkin dia sudah tak boleh terima semua ini. Kaki dia, kaki dia lumpuh." Marah Nukman kepada doktor Hasnah.

"Saya faham Encik Nukman tapi encik Nukman jangan risau kecederaan dia tidak begitu serius dan insha Allah cik Dura masih ada harapan untuk berjalan semula.

Najwa dan Nukman memandang doktor Hasnah kembali. "Macam mana kita boleh tolong dia" Tanya Najwa terburu buru. Doktor Hasnah memberikan senyuman kepada dua orang dihadapannya.

"Rawatan fisioterapi iaitu rangsangan fizikal. Selain rawatan itu pihak keluarga, kawan dan orang terdekat perlu memberikan dorongan dan sokongan kepada cik Dura kerana sekarang emosi cik Dura terganggu. Sebarang perkara yang tidak diinginkan boleh juga berlaku sekiranya dia tertekan."

"Okey" kata Nukman mengangguk tersenyum sambil menyandarkan badannya ke kerusi. Kini Nukman kembali tenang.

"Kakak saya boleh jalan lagi." Doktor Hasnah hanya mengangguk.

"Bila Dura boleh balik" Tanya Najwa pula.

"Pihak Kami akan pantau dia dulu dalam seminggu untuk melihat perubahan dia, perkembangan dia selepas itu dia boleh dibawa pulang.

"Terima kasih doktor ada apa apa lagi doktor." Doktor Hasnah menggeleng lembut kemudian Nukman dan Najwa berdiri dan berlalu pergi.

◎◎◎

"Makanlah sikit kau baru bangun." Dura hanya mendiamkan diri sahaja dengan air mata yang tidak henti henti mengalir. Julia pasrah dengan keadaan Durayang tidak mahu makan jenuh dia memaksa tetapi Dura tetap begitu kemudian bunyi pintu terbuka.

"Najwa." Panggil Julia saat Najwa dan Nukman memasuki bilik rawatan Dura. Dura melihat Nukman dengan linangan air mata tanpa berlengah Nukman memeluk kakaknya.

"Kakak akan sihat macam dulu, Nukman janji." Dura menangis dan terus menangis di dalam pelukan Nukman. Nukman hanya membelai rambut panjang kakaknya dengan belaian lembut bagi menenangkan Dura. Najwa dan Julia melihat kedua adik beradik tersebut dengan senyuman pahit.

◎◎◎

"Lutfi. Dura dah sedar, papa nak jumpa dia sekarang." Lutfi hanya melihat kearah bangunan yang bertentangan dengan bangunan DCruiz sambil menjawab panggilan telefon daripada papanya.

"Lutfi datang sekarang" kemudian Frankenstein telefon.

"Dah sedar" kata Lutfi seorang diri lalu tersenyum penuh maksud tersirat.

DCruiz ✔※Where stories live. Discover now