¦18

2.3K 103 1
                                    

"Dura I sedang memandu your beast ni" kata Lutfi saat Dura cuba untuk memegang lengan Lutfi yang berbalut baju melayu moden

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Dura I sedang memandu your beast ni" kata Lutfi saat Dura cuba untuk memegang lengan Lutfi yang berbalut baju melayu moden.

"alah beast ni lagi suka kalau you pandu dia" kata Dura menepuk perlahan dash box kereta jenama porsche cayenne SUV mewah miliknya. Dia memang sengaja memaksa Lutfi memandu keretanya walaupun Lutfi yang datang menjemput dirinya dengan kereta lelaki itu.

"lagipun you nampak handsome sangat dengan baju melayu ni, I geram" jawab Dura selamba

"Dura." kata Lutfi terkejut manakala Dura tergelak dengan sikapnya.

" you ingat I tak geram tengok you, tak pernah pernah pakai baju kebaya labuh tu. Cantik sangat" kata Lutfi tidak mahu kalah juga untuk mengusik Dura. Dura terus tersenyum Panjang saat mendengar kata kata pujian Lutfi

"you geram dengan I, kalau you geram dengan I terkam ja." sekali lagi Lutfi terkejut dengan jawapan Dura

"jangan nak merepek, kita dah sampai." kata Lutfi yang mukanya terlihat merah dengan kata-kata Dura. Dura terus melihat kearah tingkap keretanya.

"lawanya" kata Dura, Lutfi juga turut ikut melihat arah sekelilingnya. Kini kereta milik Lutfi sedang memasuki pekarangan sebuah hotel yang sangat megah dan mewah. Hotel Gonandez, siapa yang tidak kenal akan hotel ini yang sangat berpengaruh di bidang perhotelan di serantau dunia.

"pemilik hotel ini dari sepanyol dan konsep design diapun banyak kearah eropah." kata Lutfi, Dura disebelah Lutfi hanya mendengar sahaja kata-kata Lutfi kemudian Lutfi memberhentikan kenderaa milik Dura di pintu masuk utama hotel yang terbina cantik dan mewah lalu dia keluar dan terus memberi kunci kereta kepada car jockey. Dura terus keluar dari kereta saat seorang pekerja hotel membukakan pintu buatnya.

"you tengok macam tak pernah pergi" kata Lutfi manakala Dura tersengih

"mana ada, pernahlah cuma tak ingat dan I tak perhatikan sangat pun hotel ni" jawab Dura menyangkal kata-kata Lutfi.

"rasanya keluarga Husaini dengan Mr Gonandez ni ada hubungan rapat. Entah entah masa Encik Thoriq buat kapal persiaran, mereka bekerjasama. Setahu I Mr Gonandez ni ada satu lagi company perhotelan, Iskandar rasanya nama company tu. Mesti kayakan lelaki itu." Dura mengangguk dengan kata- kata Lutfi kemudia Dura memberi kad jemputan perkahwinan kepada penyambut tetamu

"Hotel ni selalu jadi hotel yang terbaik, service bagus cekap. dia punya pencapaian sangat mengagumkan. Pemilik hotel ni banyak masuk majalah macam forbes, Business, jutawan dan nampakkan dia sangat hebat." Kemudian mereka memasuki perut lift hotel manakal Dura memandang Lutfi yang tidak habis habis berkata pasal kemegahan pemilik hotel Gonandez ini . "dan wajah you pun ada, papa haaa. hebat jugak." tambah Lutfi tersenyum dan Dura terus teringat akan papanya.

Adakah patut dia cerita kepada Lutfi bahawa sejak dua menjak ini dia bermimpi tentang papa dan setiap mimpi tersebut berulang ulang dengan memori yang sama. Dia kadang tidak rasa sedap hati. Kapal 3 billion telah berlepas dua hari lepas dan dia berharap tidak ada apa apa yang berlaku dan mimpi itu datang kerana dia merindui arwah papanya tetapi dia masih tidak dapat menafikan perasaan takutnya.

DCruiz ✔※Where stories live. Discover now