Kepada Pembaca,

4.6K 140 72
                                    

Kepada Pembaca,

Jingga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pembaca yang setia membaca DCruiz dari awal sampai habis, malah mereka yang tidak putus putus vote setiap bab DCruiz dan pembaca yang sudi komen di ruangan komen cerita DCruiz. korang memang the best, jingga terharu sangat. Terima kasih semua
💞💞💞

Menulis cerita DCruiz merupakan cabaran yang sangat mencabar kepada jingga sebab cerita ini melibatkan syarikat, penyakit lumpuh kaki, perasaan cinta dan sebagainya. Dan jika tersilap fakta jingga minta ampun dan maaf. Jingga harap pembaca boleh tegur dengan kesalahan itu.

DCruiz bukanlah cerita cinta semata mata tentang lelaki dan perempuan tetapi ianya juga cinta kepada keluarga. DCruiz juga adalah satu cerita perjalanan hidup Dura Nadhirah yang sebagai CEO DCruiz dan seorang anak perempuan. Cerita ini juga mengisahkan isi hati watak itu sendiri malah watak lain, persahabatan, kesetiaan dan kepercayaan kepada seseorang.

Satu hal lagi sebenarnya andalah cast yang memegang watak Dura Nadhirah.Tahniah pemegang watak, anda telah menjalankan misi watak Dura dengan jayanya.
😄

Maaf sekali lagi jika cerita ini terlampau bosan dan hambar serta lambat. Dan percaya lah setiap bab cerita ini mempunyai keistimewaannya tersendiri.

Dan terakhir, jingga nak tahu reaksi pembaca tentang cerita DCruiz. Jingga nak tahu perasaan pembaca apabila membacanya. Sudi sudikanlah luahkan apa yang anda rasa di ruang komen.

Sekian terima kasih,
THEjingga

Sekian terima kasih,THEjingga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
DCruiz ✔※Where stories live. Discover now