¦74

4.2K 181 15
                                    

Langkah kaki seorang wanita yang dulu sangat megah telahpun kembali. Kakinya kembali melangkah kedalam bangunan DCruiz. Setiap pekerja memandangnya dengan raut kerinduan dan terharu.

"Boleh saya masuk?." Soal Dura kepada penyambut tetamu perempuan yang terpegun melihatnya. Perempuan itu terus mengangguk dengan kata kata Dura. Tanpa berlengah Dura terus memintasi mesin akses syarikat DCruiz dan dengan lajunya kakinya melangkah masuk ke perut lift yang selalu digunakannya suatu ketika dahulu. Badan disandarkan ke dinding lift lalu dia mendongak.

Kamera di dalam lift ditatap Dura dengan senyuman. "Masih sama tak kasi orang lain guna jika aku sedang guna." Kemudian Dura tersenyum kearah kemera. Kini dia sudah sembuh sepenuhnya. Dia yang dulu kini telahpun kembali.

Setelah pintu lift terbuka bunyi letupan mengejutkannya.

"Surprise!!!." Dura memegang dadanya, jantungnya berdegup dengan laju. Kaki panjangnya tetap melangkah keluar.

Kini muka setiap pekerja yang ada di aras di mana Dura berdiri terus berubah reaksi apabila melihat muka Dura yang sedang berubah serius. Semua terpinga pinga dengan perbuatan masing masing. Adakah CEO yang garang dulu sedang naik hantu.

"Puan Dura Okey" soal Najwa takut takut yang berdiri bersebelahan Sufian. Dura memadang Najwa dengan reaksi marah.

"Gila tak okey!!!. Haruslah saya okey. I miss my staff. I miss my office" Kata Dura lalu tersenyum ceria. Kini semua pekerjanya menarik nafas lega saat Dura berkata kata.

Dengan pantas kaki Dura terus bergerak kearah semua staffnya dipeluk dan dicium semua staffnya kecuali lelaki..

"encik Ismail.... my best calculator." panggil Dura.

"Yes, dear..." kata Encik Ismail tersenyum memanjang dengan kelibat Dura. "Im so glad you're back" kata Encik Ismail kembali.

"Kita akan sama sama kembalikan DCruiz yang dulu." Kata Dura dengan air Mata terharu.

"Kita?" Soal Encik Ismail janggal.

"Kitalah, tak ada siapa yang boleh gantikan awak." Kata Dura manakala Encik Ismail tersenyum dengan kata kata Dura. Kemudian Mata Dura melihat seorang lelaki yang berdiri dibelakang encik Ismail.

"Dan you Sufian. You look so great. Do you miss me" kata Dura berdiri tepat di depan sufian. Sufian tersenyum tiba tiba air mata lelakinya itu keluar.

"Hey...." Kata Dura saat melihat air mata sufian keluar.

"Sufian nangis." Kata salah seorang pekerja disitu. Semuanya tergelak dengan tingkah sufian.

"Mana ada aku tak nangislah." Kini suasana aras CEO bangunan DCruiz meriah dengan tingkah laku setiap pekerja. Dura tetap tersenyum dengan pekerja pekerjanya malah ahli lembaga pengarah juga turut turun padang bagi menyambut kedatangan Dura.

Dari kejauhan Dura ternampak Datuk Nordin yang berdiri tersenyum kearahnya. Dura terus melangkah kearah lelaki tua itu.

"Selamat datang. Tahniah" Kata Datuk Nordin ceria. Dura tersenyum dengan kata kata Datuk Nordin.

" Terima kasih." Kata Dura kembali.

Kini mereka terdiam.

"Macam mana dengan Lutfi?." Soal Dura takut takut.

"Dia." Kata Datuk Nordin

"Dia sakit." Kata Datuk Nordin kembali. Dura bersimpati dengan Lutfi.

"Semasa usia remaja dia, dia mempunyai sakit murung selepas arwah mama dia meninggal."

"Uncle ingat dia dah okey, tapi tak sangka dia boleh jadi tak siuman."

"Dura minta maaf."

"Uncle dah cakap Dura tak salah."kata Datuk Nordin kesal.

DCruiz ✔※Where stories live. Discover now