¦27

2.7K 131 11
                                    

Baca sambil bukak video. Jingga suka lagu tu. Sangat memainkan peranan

________________
.
.
.

Dura membuka pintu bilik kerjanya dengan tergesa gesa kemudian dia berlari mendekati meja kerjanya. Dia mencari Nukman dan Najwa tetapi dia buntu saat Najwa tiada di mejanya manakala Nukman entah kemana.

Dia terduduk membuka laci yang terdapat dimeja kerjanya, dengan pantas Dura membuka laci tersebut. Beg tangannya diambil lalu dia berdiri dan berjalan kearah sofa yang terdapat pada bilik kerjanya.

Dura menyelongkar beg tangannya. "Phone, phone, phone." Dia mencari telefonnya yang dari tadi tidak dibawa kemana mana. Selepas geram dengan tindakannya yang lambat Dura terbalikkan beg tangannya yang membuatkan beg tangannya memuntahkan isi.

Dura melutut saat telefonnya terjatuh. Dia terus mencapai telefonnya tetapi tingkahnya mati saat ingin mendail seseorang. Mata Dura kini memandang gambar yang sangat indah. Gambar yang sangat indah pada pandangannya.

Dura mencapai gambar tersebut tanpa Dura sedari air matanya jatuh. Jatuh mengenangkan kejadian yang baru terjadi. Kejadian yang betul betul membuatkan dia terpaku sediri, hanya sendiri. Kenyataan yang sangat pahit. Sangat pahit buat dirinya.

"Lutfi..."

"What!!.."

"Jangan cakap semua ini berlaku disebabkan you." Kata Dura berdiri betul betul berhadapan Lutfi.

"Mestilah." Kata Lutfi sepatah.

Dura menggelengkan kepalanya perlahan untuk menidakkan kata kata Lutfi. "Sebab apa?... Kenapa?"

"Sebab nombor 2"

"Nombor 2?." Sebut Dura tidak memahami.

"Masa papa I dengan papa you, papa I jadi nombor 2.."

"Dan I pulak jadi nombor 2 bila dengan you, you ingat papa you tu mulia sangat ke?" Kata Lutfi sinis, aura amarahnya betul betul ditonjolkan oleh Lutfi.

"Lutfi..."

"Mulia sangat ke papa kau sampai papa aku menatang dia bagaikan minyak yang penuh.... Haaaa!!." Dura menutup mata dengan suara garau Lutfi yang sedang menengkingnya. Panggilan Lutfi juga telah bertukar dengan tutur kata yang kasar. Dura bertahan untuk tidak menangis.

"Papa kau tu... budak lelaki yang angkuh. Tak ada duit tapi nak memilih kerja. Tapi papa aku,... papa aku dia terlampau baik sangat, sampai keluar daripada syarikat HUSAINI sebab nak ikut impian bapak kau tu. "

Dura hanya memandang Lutfi. Dia mendengar semua penjelasan Lutfi. Lutfi bergerak mendekati Dura. Dura hanya mematungkan dirinya. Dia cuba menahan emosinya yang kini bercelaru, dia tidak dapat melakukan apa apa segala perasaan sama ada marah sedih dan kecewa bercampur aduk.

DCruiz ✔※Where stories live. Discover now