¦62

3.5K 165 16
                                    

"Pejam celik pejam celik dah dua bulan dia terima rawatan. Kaki dia makin membaik. Tapi Aku nampak emosi dia lain macam. Dan dia macam tak nak bantuan kau masa dia guna robot untuk stabilkan keseimbangan dia. Bukan robot sahaja aktiviti terapi lain pun dia macam tak nak dengan kau" kata doktor Tasya tanpa dipandang Thoriq Kini doktor Tasya menunggu reaksi thoriq yang duduk disebelahnya.

"Biasalah seperti apa yang kau cakap emosi dia tak stabil." Keluh Thoriq.

"Kau main dengan emosi dia ke?." Thoriq hanya mendiamkan diri tanpa jawapan.

"Dahlah, jom sekarang ini terapi untuk dia bergerak pula ." Kata doktor Tasya lalu meninggalkan Thoriq. Thoriq terus menunduk sambil mengurut dahinya.

Kemudian doktor Tasya memandang thoriq kembali. "Thoriq." Panggil doktor Tasya yang berdiri berdekatan Thoriq. Thoriq terus memandang doktor Tasya

"Malam ini kau datang?." Soal doktor Tasya. Thoriq hanya mengangguk kecil dengan soalan doktor Tasya. Kemudian doktor Tasya kembali berjalan kearah Dura.

"Okey, Dura sekarang ini terapi untuk bergerak. Maksud saya berdiri dan mula berjalan." Dura terus tersenyum dengan kata kata doktor Tasya.

"Saya dah boleh berjalan?." Soal Dura teruja.

"Ya, kalau awak selalu berlatih awak akan boleh berjalan." Kata doktor Tasya tersenyum.

"Okey, jom kita boleh mula sekarang."

◎◎◎

"Dura pegang tiang ini jangan lepas, kita buat lagi sekali. Lagi dan lagi saya yakin awak boleh." Kata doktor Tasya yang memegang lengan sebelah kanan Dura dengan penuh semangat. Badan dura juga dipegang oleh dua orang jururawat lain bagi menampung berat tubuh badan Dura.

Dari jauh Thoriq hanya melihat Dura yang wajahnya berkerut kerut berusaha untuk berjalan. Bukan dia tidak mahu membantu tetapi Apa yang doktor Tasya cakap betul. Dura seperti mengelak daripadanya. Dia memang sudah sedia maklum bahawa isterinya itu sedang mengelak daripadanya.

Selama tempoh 2 bulan Dura tetap melayannya seperti biasa, Dura tidak membantah malah Dura juga tidak marah marah kepadanya. Thoriq selalu nampak Dura akan bertukar wajah muram apabila dengannya. Dan kemudian peremouan itu suka bersikap selamba.

Pernah sekali dia cuba untuk bermanja dengan Dura tetapi perempuan itu selalu mengelak. Sakit badanlah, mengantuklah, Saya nak bersendirian dan Macam-macam lagi.

Apabila dia bertanya, Dura hanya mengangguk dan menggeleng dan jawapan dia sepatah sahaja yang dikeluarkan. Tidak mahu langsung bercakao panjang dengannya. Memang dia rasa sangat geram tapi dia cuba untuk bersabar dan terus bersabar tetapi kesabaran dia jugak menipis. Dan tiap malam tu jugaklah dia keluar Dan biarkan Dura terrified sendiri. Ego jugaklah dia, begitu jugak Dura?.

Dia rasa keputusan menarik kontrak dengan DCruiz adalah keputusan yang betul. Dia mempunyai hak keatas semua tu. Dia juga sedar selepas dia menarik kontrak tersebut Dura mula suram tetapi dia tidak tunjuk kepada orang lain melainkan Thoriq. Penting betul DCruiz pada perempuan itu.

Mata Thoriq kembali memandang Dura. Thoriq terus berlari ke depan Dura saat dia merasakan bahawa Dura akan jatuh dan tekaannya betul Dura hampir jatuh. Thoriq terus memeluk tubuh Dura dari arah depan yang hampir jatuh.

"Tasya!!" Marah Thoriq memandang tepat kearah doktor Tasya. Doktor Tasya terus tergamam dengan suara Thoriq yang sedang menengkingnya.

"Maaf" kata doktor Tasya meminta maaf lalu tertunduk.

"Dia tak salah, saya yang salah!!" Marah Dura mula pula drama sepasang suami isteri. "Dahlah Saya nak berehat." Kata Dura garang kepada thoriq. Dia tidak suka Thoriq kemudian dengan tiba-tiba Thoriq mencempung tubuh Dura secara kasar dan keluar daripada bilik terapi tersebut.

Doktor Tasya terus menjerit saat Thoriq bertindak kasar kepada Dura. Dia cuba mengejar Thoriq. "Lepaskan dia Thoriq."

"Diam kalau kau nak selamat!" Marah thoriq kepada doktor Tasya. Doktor Tasya terus berhenti melangkah sambil memandang sayu kearah Dura yang memukul dada Thoriq.

Thoriq terus menendang salah sebuah bilik yang berdekatan dengan bilik terapi. Kini kesabarannya telah menipis. Tubuh Dura Thoriq letakkan di atas katil.

"Sakitlahh" kata Dura separuh menjerit.

"Awak kenapa marah saya balik?." marah Thoriq tidak puas hati.

"Saya marah awak sebab awak marah doktor Tasya." Marah Dura tidak mahu kalah.

"Awak tak puas hati dengan sayakan?" marah Thoriq lagi. Dura terdiam.

"Awak tak puas hati dengan Saya sebab DCruiz kan?" Soal Thoriq menatap tajam Dura.

"Kalau awak rasa saya tak puas hati dengan awak sebab awak tarik kontrak dengan DCruiz saya minta maaf, awak silap. Silap besar!" Kata Dura menatap balik Mata hitam Thoriq dengan berani.

"Habis tu sebab apa?!." Soal Thoriq dengan aura yang sangat menakutkan tapi Dura cuba untuk melawan.

"Saya bosan asyik kena buat semua terapi. Saya sudah tidak boleh sabar. Saya penat. Kenapa saya masih tidak boleh jalan?!." Marah Dura matanya mula mengeluarkan air mata tapi dia tetap tahan dengan amarahnya.

Thoriq mula melembut melihat Dura.
"awak akan sembuh." Dura terus menggelengkan kepalanya.

"Saya penatlah, Saya Rasa terbeban, Saya Rasa Tak berguna. Saya Tak boleh sabar. Atau mungkin takdir saya memang untuk lumpuh selamanya." Kata Dura pasrah dengan tangisannya yang mula pecah. "Saya nak jalan, saya nak bebas, nak buat segala galanya. Saya nak diri saya yang dulu. Saya tak happy dengan dunia saya sekarang."


"Dura.." Thoriq memanggilnya. Dura terus menggeleng bagi memberhentikan kata kata thoriq.

"Kalau saya tak lawan kata papa mesti sampai sekarang dia masih hidup. Kalau saya tak buat kesalahan. Saya masih Dura Nadhirah CEO DCruiz. Kalau.."

"Kalau apa lagi!!" Tengking thoriq Tiba tiba. " kalau awak Tak lalui semua ini awak bukan isterinya saya."

"Iya!!" Dura menjerit tepat kearah muka thoriq. "saya.. bukan.. isteri.. awak!!." Kata Dura menahan egonya. Thoriq tergaman dengan kata kata Dura. Thoriq hilang arah apabila mendengar kata kata itu.

"Dura!!!"



Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
DCruiz ✔※Where stories live. Discover now