¦65

979 75 8
                                    

Bunyi muzik di dalam kereta mewah Maserati milik Thoriq kedengaran agak perlahan kerana keadaan orang disebelahnya sedang nyenyak tidur.

Mata Thoriq melirik ke arah Dura yang tidur dengan kepalanya dilentokkan ke sebelah kiri. Memang sudah lama Thoriq perasaan yang mata Dura berair menahan kantuk. Itupun dia perasaan selepas mereka duduk di salah satu restoran mamak yang berdekatan untuk 'lepak' selepas perlawanan yang baru dimenanginya.

Selepas merasakan Dura memang betul betul tidak selesa, Thoriq mengambil keputusan untuk pulang awal. Dan semua kawan kawannya memahaminya. Apa lagi berserilah muka Dura. Belum sempat memandu beberapa minit Dura telah pun menjadi seperti sekarang iaitu tidur sehinggalah kereta mewahnya telah memasuki pagar besar rumah keluarga Thoriq.

Thoriq memarkirkan keretanya di pintu masuk utama rumah kemudian kakinya melangkah keluar daripada rumah. Di pintu rumah terdapat seorang pembantu rumah yang sedia terpacak menunggu kedatangannya.

"Bik panggil pak Mail untuk alihkan kereta saya." Arah Thoriq kepada pembantu rumah keluarganya. Bibik hanya mengangguk lalu berlalu pergi.

Thoriq melihat jam di pergelangan tangannya yang menunjukkan pukul 12.37. Kemudian matanya melirik kearah cermin depan tempat penumpang lalu dia tersenyum memandang Dura yang masih tidak bangun daripada tidurnya.

Tanpa berlengah Thoriq mengeluarkan kerusi roda milik Dura yang berada di kerusi bahagian belakang.

Kerusi roda itu diangkat Thoriq perlahan untuk dikeluarkannya Thoriq membuka kerusi roda dura kemudian suara pak mail kedengaran.

"Encik Thoriq." Thoriq memandang pak mail dengan senyuman kemudian tangannya menghulurkan kunci kereta kepada pak mail.

"Maaf ganggu malam malam, puan Dura tidur dekat dalam kereta jadi nak parking dekat garaj jauh dari bilik.jadi saya parking je dekat sini. Pak mail boleh tolong parkingkan?."

"Ehh, boleh. Tak ada masalah." Kemudian Thoriq memberikan kerusi roda kearah bibik.

"Bik awak ikut saya sampai bilik saya, bawak kerusi roda ni. Saya angkat puan Dura kejap." Kata Thoriq langsung membuka tempat pemandu bahagian depan.

'Hmmm, nak kejutkan kesian pulak.' Thoriq membongkokkan badannya kemudian dengan perlahan Thoriq menyentuh Dura, tangannya dengan kuat mengangkat Dura keluar daripada kereta lalu dicempung tubuh tinggi langsing itu.

"Dah jom." Kata Thoriq kepada bibik sebaik berjalan memasuki pintu rumah. Kaki Thoriq menuju kearah lift setelah mereka memasuki perut lift Thoriq merasakan badan Dura mengeliat.

Thoriq memandang muka Dura yang hampir tercelik dan masih mamai, tanpa diduga Thoriq, Dura mengetatkan pelukankan keatas leher Thoriq lalu muka Dura merapat lagi kearah dada bidang Thoriq.

Dup dap dup dap.

Bunyi jantung Thoriq tidak keruan. Dia tahu yang Dura sekarang ni telah sedar bercampur mamai. Tetapi perempuan itu tetap sedar bukan.

"Encik thoriq." Suara bibik mematikan lamunan Thoriq kemudian Thoriq terus keluar daripada perut lift Dan terus menuju kearah pintu bilik mereka.

Dengan perlahan Thoriq meletakkan Dura di atas katil. Dan saat dia meletakkan Dura mata Dura kini telah pun terbuka.

"Dah bangun." Soal Thoriq tiba tiba.

Dura melihat Thoriq kemudian mata Dura beralih arah kepada bibik yang telah pun pergi daripada bilik mereka.

"Kenapa tak kejut?"soal Dura sambil menguap

"Awak tidur nyenyak sangat" kata Thoriq yang berlalu ke bilik pakaian. Dura hanya diam dengan kata kata Thoriq. Kemudian dia muncul bersama tuala dan pakaian Dura

"Saya mandikan awak lepas tu Kita solat isyak dan Kita tidur, Okey." Dura mengangguk faham.

Kemudian tangan Thoriq ditarik Dura sehingga lelaki itubbetul betul duduk mendekatinya. Muka dia dan Thoriq mengadap antara Satu sama lain.

"Awak cintakkan Saya?" Thoriq terkejut dengan soalan Dura yang secara tiba-tiba.

Kemudian Thoriq tersenyum. "Saya cintakan awak, dengar baik baik saya cintakan awak. Biarlah awak nampak saya macam orang bodoh dan terhegeh hegeh sebab saya nak awak tahu, saya ada untuk awak, saya sangat sayangkan awak. " Kata thoriq meyakinkan Dura.

Dura tergamam dengan jawapan Thoriq yang panjang.

"Cinta?." Soal Dura kepada thoriq. "Bukan Rasa bersalah "Thoriq menggelengkan kepalanya.

"Tak sayang"

"awak cintakan saya. Betul." Soal Dura.

"Yes I do."

" Macam mana kalau saya tak cintakan awak. Perasaan saya tak ada pada awak." Soal Dura kembali. Thoriq tergamam dengan soalan Dura. Muka Thoriq mula menunduk.

"Awak masih cintakan Lutfi?." Soal Thoriq tegas tiba-tiba. Dura mengeleng laju lalu dia terdiam. Dia tidak tahu sama ada perasaan itu ada ataupun tidak

"Jadi." Dura terdiam dia menunduk memikirkan sesuatu.

Kini perasaan Dura bercelaru. Hatinya remuk apabila di pernah dikecewakan. Perasaan cintanya kini hilang seperti dibawa arus ombak. Dan dia juga bercelaru tentang persaraannya kepada Thoriq. Thoriq baik kepadanya malah thoriq mencintainya. Dia cuba untuk membalas cinta Thoriq tapi dia tiada penemuan.

Dura tahu dalam sudut hatinya kini dia sedang sakit menahan keperitan yang selama ini dia pendam seorang diri. Sakit hatinya apabila dikhianati oleh orang yang sangat dia sayang dan dia percaya malah orang yang sangat dia cintai. Rasa percayanya kepada orang juga berkurangan kerana perbuatan Lutfi. Dan dia juga takut, Dia takut sekiranya perasaan cintanya dibuat main oleh Thoriq. Dan itu akan membuatkan dia serik seumur hidup.

"Saya yakin awak akan cintakan saya juga." Kata thoriq Dura terus memandang Thoriq kembali dengan perlahan Thoriq memeluk Dura. Dura menyambut perlukan itu.

"Saya akan cuba cintakkan suami Saya yang Satu ni.  Yakinkan Saya tentang cinta awak sayang." Kata Dura air matanya menitis sambil tersenyum. Thoriq pula tersenyum kerana gembira dengan kata-kata Dura.

 Thoriq pula tersenyum kerana gembira dengan kata-kata Dura

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
DCruiz ✔※Where stories live. Discover now