¦2

4.4K 201 0
                                    

"All we need is food!!" kata Dura lantang. Najwa hanya menutup kedua telinganya yang ditutupi tudung hijau dengan menggunakan kedua belah telapak tangan miliknya.

"Kalau kita nak kerja kita kena ada tenaga. Okey" kata Dura ceria sambil melihat jam di skrin telefon pintarnya "jom makan, tak sabar ni." Kata Dura kembali.

"Wehh, Dura kau nak makan kan kau pergilah dating dengan Lutfi. Pujuk dia, dia merajuk dengan kaukan" kata Najwa sopan.

"Kau tak nak lunch dengan aku" soal Dura hampa.

"Alah pergilah lunch dengan buah hati kau, lagi pun aku tengah puasa ganti ni."

"Kenapa tak cakap awal okeylah"kata Dura hampa kemudian Dura berlalu keluar daripada ruangan kerja Najwa.

"Ehh Encik Ismail, nanti datang office saya ye, ada benda nak bincang." Sapa Dura ketika terlihat Encik Ismail berjalan memintasi dia. Encik Ismail merupakan pengarah kewangan syarikat atau dikenali sebagai chief finance director memandang Dura dengan senyuman

"Ohh, saya baru nak jumpa cik"

"Tak apa awak pergi makan dulu, sekarang waktu apa"soal Dura kepada Encik Ismail

"Makan, makan, makan" kata Dura ceria sambil bergerak pergi meninggalkan Encik Ismail. Dia yang Tanya dia yang jawab.

"Lutfi jom kita makan" Dura membuka pintu ruangan kerja Lutfi.
Dura terus masuk ke dalam bilik tersebut.

"Mana Najwa selalu tinggalkan I sorang sorang time lunch" kata Lutfi sebaik sahaja Dura mengajaknya untuk makan tengah hari.

"Dia puasa jadi you lah yang jadi mangsa I, Kekasihku pengeran jantung hati pelangi berwarna warni" kata Dura manja. Lutfi mengecilkan matanya saat melihat Dura

"Ada apa-apa ke ni"

"Ehhh, mana ada apa-apa" kata Dura lembut.

"Baik cakap, you akan cakap dengan I benda tu bila you buat salah, I kenal sangat You ni, kita dah kenal dari kecik bukan sehari dua. Jangan macam macam Dura Nadhirah."kata Lutfi tegas.

"Okey, I rasa you merajuk dengan I so ...."

"Apa merajuk seriously sayang... hahahhahaahha" Lutfi gelak terbahak bahak. Manakala Dura membuat muka cemberut tanda tidak puas hati.

※※※

Dura membelek buku menu di depannya dengan pandangan bosan,
Manakala Lutfi membelek helaian itu dengan saksama dan sangat sopan.

"Kenapa kita tak makan nasi campur je" Lutfi mendongakkan mukanya saat Dura bersuara.

"You ni tahulah, I tak suka makan dekat tempat sesak sesak dan terbuka. Okey apa dekat sini tertutup, sejuk, tenang dan penting mesti privasi."

"That's why I tak suka makan dengan You." Kata Dura selamba kemudian berkata lagi "You order jelah apa-apa untuk I"

"Lah merajuk" kata Lutfi terkejut.

"Apa merajuk, seriously sayang....hahahhahahahahahha" kata Dura yang ulang balik dialog Lutfi.

"Hey jangan tiru dialog I"

"Waitress" Lutfi memanggil pelayan restoran

"I nak pergi ladies tau, jaga barang I" kata Dura sebaik bergerak ke arah dimana letaknya tandas perempuan.

"Aduhh" Dura mengaduh kesakitan, dia mengosok bahunya yang terlanggar objek keras.

"Ishh tak nampak ke!! Where's your eyes!!." marah Dura dengan suara yang lantang sambil mendongakkan mukanya untuk melihat orang yang dilanggarnya. Kini Dura menjadi tumpuan orang orang yang berada di dalam restoran mewah itu.

Dura memandang tepat kearah mata lelaki itu yang berwarna hitam pekat dengan perasaan marah manakala lelaki itu memandangnya seperti mengejek dan mata itu juga memandangnya dari atas hingga ke bawah.

"Heyyy... jaga Mata You." Marah Dura berapi api saat mata lelaki itu memandangnya dengan pandangan yang menjengkelkan.

"maaf Encik Thoriq dia tak sengaja" tiba tiba suara Lutfi kedengaran menyebelahi Thoriq.

"Lutfi, kenapa minta maaf dengan dia, dia yang langgar I dulu!!" marah Dura Manakala Thoriq terus meninggalkan kedua pasangan tersebut tanpa rasa bersalah.

"Dura, you kenalkan tu siapa jangan cari pasal" kata Lutfi separuh berbisik.

"I kenal, Thoriq Husaini pemilik THhusaini puas. Dalam hal ni dia langgar I jadi dia salah dan dia tak minta maaf dan you lepaskan dia macam tu je" Dura menggerakkan badannya untuk mengejar Thoriq tetapi dihalang Lutfi.

"Dah tak payah nak cari pasal. Jangan nak tunjuk berani, awak tu perempuan. Dahhh, jom makan." selar Lutfi lalu menarik lengan Dura pergi kearah meja mereka.

"Tak nak!!" Mata Dura penuh amarah dia memandang sahaja arah laluan Thoriq.

"Okey kita balik." Kata Lutfi menarik Dura keluar restoran mewah tersebut.

"Lutfi!!!" Dura memekik sambil ditarik Lutfi keluar restoran.



"Lutfi!!!" Dura memekik sambil ditarik Lutfi keluar restoran

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
DCruiz ✔※Where stories live. Discover now