¦56

3.2K 166 12
                                    

Dura bermain dengan Marshad yang berdiri di atas pehanya. "kuatnya kaki dia. Nak jalan, nak jalan ke." Kata Dura  bercakap cakap dengan anak kecil itu.

Kemudian mata Dura melihat Melsa yang tidak lepas lepas memegang pensil warna. Kemudian dia mendudukkan Marshad membelakanginya sambil dipeluk erat tubuh Marshad.

"Anak?.....Aku dan Thoriq.... Dia nak anak ke?" Tanya Dura kepada dirinya. "Macam mana aku nak bagi anak kalau aku macam ni." Kata Dura lagi tidak yakin. Sejak peristiwa Thoriq mengamuk Dan diapun mengamuk. Dura terus dingin dengan suaminya itu. Kadang Thoriq kelihatan boleh mengawal emosinya kadang itu Thoriq tidak boleh kawal.

Apabila dia bergaduh dengan Thoriq, Thoriq sentiasa mengambil langkah mengundurkan diri. Thoriq tidak pernah walaupun lelaki itu marah dengannya. Thoriq lebih suka tercongok depan Dura dan membuat kerjanya sendiri.

Kadang rasa menyesal pula apabila dia bergaduh dengan Thoriq. Dia bukan ingin bergaduh kadang anginnya berubah tidak tentu pasal.
Mungkin faktor fizikalnya yang tidak sempurna membuatkan dia berkelakuan sebegitu tanpa dia sedari.

"Huhhh" Dura mengeluh panjang.

◎◎◎


"Encik Hawzan, Encik thoriq dah masuk office." Kata setiausahanya saat Hazwan ingin memasuki bilik kerjanya.

"Bila?" Soal Hazwan.

"Baru tadi." Hazwan terus beralih arah menuju ke bilik Thoriq.

Didepan pintu bilik kerja Thoriq, Hazwan membaca doa sebagai pendamping untuk mengelakkan daripada Thoriq mengamuk kerana dia tiada perkembangan mengenai kes sabotag yang menyebabkan Thoriq dan Dura kemalangan.

Pintu dibuka perlahan lalu diketuknya pintu tersebut. Mata hitam Thoriq terus memandang pintu bilik kerjanya saat terdengar bunyi ketukan.

"Hazwan, kau buat apa dekat situ. Masuklah." Kata Thoriq sambil membelek kertas di atas mejanya.

"Macam mana THhusaini ada apa apa masalah sepanjang aku tak ada ni."

"Tak, semua okey." Jawab Hazwan yakin.

"Kes Sabotag kereta aku?." Hazwan terdiam dengan soalan Thoriq.

"Aku tanya kau."

"Susahlah kes kau ini."

"Apa yang susah." Kata Thoriq menatap marah kearah Hazwan.

"Pelaku dia berkemahiran, aku dah suruh dah anak buah kita turun padang siasat benda ni. Tapi tak dapat apa lagi." Jawab Nazwan berani Dan jujur.

"Tak boleh harap!." Marah Thoriq. "Bini aku Lumpuh sebab benda ni. Aku tak kira cari sampai dapat." Kata Thoriq penuh ketegasan.

Suasana diam seketika. Nazwan mengeluh dengan sikap Thoriq yang semuanya nak cepat. Bukan dia tidak membuat kerja tapi pelaku ini seorang yang sukar ditemui. Bukannya dia tiada orang yang boleh memberikannya segala maklumat

Lama juga dia mencari pelakunya. Lagi satu kereta milik Thoriq tiada kesan jari orang lain dan bukti tak kukuh untuk dia mengheret sesiapa. Pihak polis juga masih tidak dapat kesan si pelakunya apatah lagi dia walaupun dia selalu pantas dan cekap. Maklumlah Thoriq banyak mata mata yang boleh dia gunakan.

"Kau Ada Tanya Dura pasal Helmi?." Soal Hazwan tiba-tiba.

"Aku Rasa Dura Tak kenal dia."

" Kau Tak boleh Rasa je. Kau kena tanya" kata Hazwan.

"Dia Ada kes jenayah curi kapal kapal mewah malah kontena kontena pon dia pandai seludup. Dia orang yang berkemahiran. Mungkin jugak dia masih berdendam dengan keluarga Dura. Dan mungkin dia salah seorang yang terlihat dengan kehilangan kapal DCruiz tu."

"Nantilahh."

"Ikut kaulah" kata Hazwan menyerah kalah.

"Aku nak ke DCruiz." Kata kata Thoriq mematikan pemikiran Nazwan.

"Kenapa?"

"Nak tarik kontrak." Mata Hazwan terus membulat saat kawannya itu mengucap perkataan itu. 'Memang lelaki ini seorang yang kejam.' Kata Hazwan pada dirinya sendiri.

"Kontrak penyelanggaraan dan pembaik pulih tu." Kata Hazwan meneka. Thoriq mengangguk dengan kata kata Nazwan.

"Wehh, kau fikir betul betul. DCruiz tu dia nak stabilkan balik dia punya syarikat. Aku yakin lepas kapal kargo dia hilang syarikat tu susah nak bangun kembali. Bagilah peluang. Lagipun DCruizkan syarikat isteri kau." Kata Nazwan cuba menarik balik kata kata Thoriq.

"Aku... nak... tarik... kontrak..." Kata Thoriq sepatah penuh penegasan.

◎◎◎

"Kenapa Encik Thoriq datang?" Soal Najwa saat melihat Lutfi selesai menghantar Thoriq keluar daripada bangunan DCruiz.

"Dia tarik kotrak."

"Mana boleh macam tu. " kata Najwa gelisah. Dahinya dipegang kerana pening dengan kedudukan DCruiz kini.

"Alasan dia, dia deal kontrak tu dengan Dura Nadhirah." Kata Lutfi tidak puas hati dengan tindakan CEO THhusaini tersebut.

"Kalau kontrak dia tarik, usahasama tu macam mana." Soal Najwa laju.

"Dia tak sentuhpun tadi pasal usahasama. Harap dia tidak buat tindakan gila" kata Lutfi mengepalkan tangannya kerana geram.

"Kedudukan DCruiz dalam bahaya, banyak tender yang kita tak dapat. Kalau dia tarik Usahasama ni, lingkuplah kita." Ujar Najwa kembali.

"Aku tahu. Kita kena Cari ramai client  kali ni." Kata Lutfi termenung seketika.

"Kalaulah ada Dura semuanya Akan okaykan. Dan kalau kapal tu Tak hilang semua ni tak akan berlaku." Lutfi terus memandang tajam kearah Najwa.

"Sebabkan Duralah semua ni terjadi!!." Kata Lutfi lalu beredar daripada Najwa. Najwa terkebil kebil memandang Lutfi

 Najwa terkebil kebil memandang Lutfi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

💮

DCruiz ✔※Where stories live. Discover now