¦66

3.7K 182 18
                                    

"Najwa laju nampak nak pergi mana?." Soal Sufian saat melihat Najwa berjalan laju sambil membelek satu fail di tangannya.

"Eh, Sufian. Kenalah laju aku nak bagi fail ini dekat encik Lutfi. Lambat bagi, lambatlah aku nak pergi lunch." Kata Najwa masih lagi berjalan tetapi perlahan sambil matanya memandang sufian. Sufian hanya menggeleng dengan kata kata Najwa lalu tergelak. Lalu tangan Najwa melambai kearah Sufian untuk terus beredar.

Pintu yang terdapat nama CEO DCruiz Muhammad Lutfi Bin Nordin ditatap Najwa dari jauh dengan pantas kakinya masih mendekati pintu tersebut yang kelihatan terbuka sedikit.

"Kau kata apa dekat dia!!" suara Lutfi yang sedang marah memberhentikan tindakan Najwa yang ingin mengetuk pintu tersebut.

'Lah ada tetamu.' Kata Najwa dalam hati kemudian dia bersiap untuk beredar kerana mendengar intonasi lutfi yang marah marah. Kalau dia mengacau alamatnya kena marahlah juga dia. Baik dia tidak perlu kacau, lambatlah dia pergi lunch. Rungut Najwa.

"Dia kata kalau dia tak dapat payments dengan segera dia akan lepaskan kapal kargo DCruiz Zamrud-2." Kata lelaki yang lawan bicara dengan Lutfi. Najwa terus terpaku apabila mendengar nama kapal tersebut.

"Kargo DCruiz Zamrud -2. Kapal tu." Kata Najwa perlahan cuba mengingati nama nama kapal syarikat DCruiz. Najwa terus menutup mulut apabila mengingati kapal tersebut.

"3 billion getah. Hilang" air mata Najwa mula jatuh saat berkata.

"Anak kapal, kapten semua okey kan dia tak sentuh." Najwa menggeleng dengan kata kata lutfi.

"Tak boss. Tapi kitalah bahaya. Kalau benda ni terbongkar habis kita." Kata lelaki itu kuat. Najwa menutup mata dengan kata kata lawan bicara Lutfi dalam hati Najwa beristighfar.

"Lutfi.... kau pengkhianatan" Najwa merintih memanggil nama Lutfi di balik pintu CEO DCruiz

"Lagi satu, perempuan tu boss confirm ke dia takkan bagi tahu dekat pihak berkuasa."

"Aku dah settlekan dia. Aku ugut dia kalau dia bocorkan maklumat, adik dia kita kacau." Kata lutfi licik.

"Nukman... Dura tahu lutfi pengkhianat"

"Dura" panggil Najwa merintih air matanya bergenang di kelopak matanya

"Lagipun dia tidak akan berani sebab dia cintakan aku. Perempuan bodoh cepat percaya orang." Najwa menggenggam tangannya menahan amarah.

"aku suruh kau jangan balik Malaysia kenapa kau balik kau tahu Tak. Hishhh, kau ni bodoh lahhhh!!!!" Tengking Lutfi

"Tapi boss  kadang aku call boss Tak angkat dan sekarang aku kena ungut boss... Aku nak Kita dua selamat sahaja boss" Najwa hanya mendengar sahaja perbualan mereka dengan tangan yang digenggam erat.

"Dah kau pergi balik jnagan tunjuk muka Kat sini faham Tak Hilmi!!!." kemudian dengan pantas Najwa berlari daripada depan pintu CEO itu.

Fail di tangan diletakkan keatas meja kerjanya lalu dengan pantas dia ke arah bilik security.

Setelah tiba kearah bilik security dia memanggil ketua security bangunan DCruiz.

"Raziq." Panggil Najwa saat melihat kelibat lelaki itu.

"Ya, cik Najwa. Ada apa apa yang boleh saya tolong." Kata Fasiq saat melihat bahwa yang baru sahaja berjalan laju kearahnya.

"Awak memang perlu tolong saya. Dan saya nak awak rahsiakan benda ini pada semua orang terutama encik Lutfi. Faham, saya merayu pada awak Raziq" Raziq hanya mengangguk tanpa banyak bicara.

"Apa yang perlu saya tolong?."

"Saya nak rakaman kawasan keluar masuk bilik CEO DCruiz pada hari ini ."

"Apa?. Tapi nak buat apa" soal Raziq tiba tiba.

"Tolong saya. Awak sahaja yang boleh tolong saya." rayu Najwa.

"Baiklah."

"Ingat jangan bagi tahu sesiapa." Kata Najwa memohon pertolongan "Esok pagi saya minta dekat awak" kata Najwa lalu beredar dari situ. Raziq hanya mengangguk dengan kata kata Najwa tanpa sebarang soalan.

◎◎◎

Dengan perlahan Najwa melangkah dengan debaran yang tidak teratur didalam dadanya. Najwa menggenggam erat kedua tangannya. Tangga yang dinaikkinya di rumah milik keluarga Thoriq seperti jauh untuk menemui Dura. Hatinya terasa berat untuk melihat wajah Dura kini.

"Ni puan, puan Dura ada di dalam." Kata pembantu rumah tersebut lalu meninggalkan Najwa di depan pintu bilik tersebut.

"Terima kasih." Dengan perlahan Najwa membuka pintu bilik itu.

"Najwa." Panggil Dura lembut saat mata hitam Dura melihat dirinya. Saat ini najwa ingin menitiskan air matanya. Dia cuba untuk menahan.

"Dura." Najwa tumpas, air matanya jatuh dengan pantas dia menutup pintu lalu berlari kearah Dura. Dia memeluk erat tubuh itu. Dia memeluk seperti tidak mahu melepaskan Duranya. Dura yang sangat dia sayang.

"Dura..." renget Najwa seperti anak kecil yang baru menemui ibunya. Air mata Najwa habis membasahi bahagian bahu kiri baju Dura.

"Najwa hey, kenapa. Ada orang buat kau." Najwa terus meraung memanggil nama Dura berserta tangisannya. Dura hanya tersenyum dengan tingkah Najwa sambil membalas pelukan najwa.

 Dura hanya tersenyum dengan tingkah Najwa sambil membalas pelukan najwa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
DCruiz ✔※Where stories live. Discover now