¦55

3.4K 178 10
                                    

"Kenapa dia nampak moody je?" Tanya doktor Tasya merenung Thoriq. Thoriq hanya mendiamkan diri sambil matanya melihat Dura yang sedang diurut kakinya yang tidak jauh daripada tempatnya berdiri.

"Thoriq, dari awal dia datang lagi muka dia macam tak suka. Gaduh ke?."soal doktor Tasya lagi. Kini mata Thoriq memandang doktor Tasya. Doktor Tasya terdiam apabila Thoriq memberikan pandangan tidak suka.

"Aku memang tak tahu masalah korang tapi kau kena bersabar dengan dia. Dengan keadaan dia yang macam tu, emosi dia tak stabil. Kadang dia akan sedih tiba tiba dan marah tiba tiba."

"Aku kena bersabar?." Soal Thoriq tenang.

"Ya, kau kena sabar." Kata Dr Tasya mengangguk yakin "Sekarang dia akan rasa yang diri dia tidak berguna. Isteri kau wanita yang bekerjaya, Aku tahu sangat kalau wanita bekerjaya ini kadang dia tidak perlukan tempat bergantung. Tapi lepas apa yang terjadi pada dia, dia dah tak boleh buat seorang diri, dia perlukan bantuan dan dia perlukan tempat bergantung."

"Aku sanggup buat apa sahaja untuk dia. Apa yang dia nak aku boleh bagi." Kata Thoriq merenung kembali Dura kearah.

"Aku tahu, tapi sekarang ini kau kena bagi dia semangat. Kita perlu bagi dia semangat agar jiwa dia kembali hidup." Kata Doktor Tasya tersenyum dengan kata kata Thoriq.

"Macam mana nak bagi dia boleh berjalan." Soal Thoriq yang masih merenung Dura yang sedang diurut kakinya. Doktor Tasya mengikut memandang Dura lalu berkata kembali.

"Dalam kes-kes kelumpuhan sementara, terapi fizikal digunakan untuk melatih semula dan mengukuhkan otot dan sendi untuk mengelakkan sendi daripada terkunci. Ianya juga mengelakkan komplikasi seperti ulser tekanan, pembekuan darah, jangkitan saluran kencing, sembelit dan sebagainya." Terang doktor Tasya tenang.

"Berapa lama terapi itu boleh dilakukan." Soal Thoriq lagi.

"3 ke 4 bulan atau lebih lama. Aktiviti inipun bergantung pada Dura. Kita tak boleh paksa dia dan dia juga tak boleh paksa diri dia. Nanti resiko lain yang datang."

"Dan seperti apa yang kau sedang lihat kaki Dura perlu diurut. Itu rawatan tradisional. Memang  dia tak dapat rasa tapi benda itu perlu. Itu semua untuk membetulkan urat dia. Ramai yang menggunakan rawatan ini dan alhamdulillah kebanyakkan pesakit cepat sembuh."

"Dan satu lagi Thoriq benda ini sangat penting," kata doktor Tasya sambil memandang Thoriq semula. "Pandang aku" arah doktor Tasya sambil itu tangan ya memegang kedua lengan Thoriq. Thoriq terus memandang kawannya itu.

"Yang penting jangan bermain dengan emosi dia. Kesian dia. Aku kenal sangat kau Thoriq." Kata doktor Tasya penuh amaran. Thoriq hanya tersenyum kemudian doktor Tasya berlalu pergi matanya tidak lepas memandang Doktor Tasya sehingga dia hilang selepas itu matanya menoleh kearah Dura yang tiba tiba sudah duduk sambil memandangnya tidak puas hati.

◎◎◎

"Kenapa buat muka?" Tanya Thoriq saat mereka telah sampai ke dalam bilik tidur mereka. Dura terus menoleh kearah Thoriq yang sedang berjalan untuk berdiri menghadap Dura.

"Mana ada!!!."

"Awak buat muka dekat depan doktor. Mestilah doktor tu tahu." Kata Thoriq untuk mencungkil apa yang terbuku dalam perasaan Dura.

"Marahkan saya?" soal Thoriq. Dura hanya diamkan dirinya.

"Saya tak nak bangkitkan isu tu tempoh hari" kata Thoriq mula duduk di atas katil. Dura tidak memandang Thoriq langsung. Sudah tiga hari peristiwa itu berlalu. Dura seperti biasa nak tak nak melayannya. Dan dia pula seperti orang yang terhegeh hegeh.

DCruiz ✔※Where stories live. Discover now