¦46

3.4K 143 8
                                    

Mata cantiknya memandang kepekatan malam di luar. Rambut panjangnya ditarik ke hadapan semua melepasi dada. Kini rambut Dura tidak lagi lurus, rambutnya kini beralun seperti asal. Dia tidak gemar rambutnya yang satu ini tetapi kata Thoriq iainya kelihatan cantik. Dura tergelak sendiri lalu fikirannya terawang ke tempat lain. Kini senyumannya mati.

"Kenapa dia nak kahwin dengan kakak?" 

"entahlah, tapi Nukman yakin yang dia boleh jaga akak dengan sempurna. Tapi kalau akak tak nak, Nukman tak paksa." 

"Apa yang membuatkan kau yakin?" 

"Akak percaya Nukman kan..."
.
.
.

"Apa yang yang membuatkan awak nak kahwin dengan saya Encik Thoriq?." 

"Awak tak jawab pertanyaan saya." 

"Dan apa pula yang membuatkan awak terima perkahwinan kita." 

.

.

Apa semua ni jerit batin Dura. Dia merasakan seperti keluar dari kandang harimau masuk ke mulut buaya. Kini dia buntu dengan perjalanan hidupnya sekarang.

"Kenapa aku terima?. Ya Allah sesungguhnya aku percaya akan ketentuanmu ini." kata hatinya perlahan. Dura mengeluh seketika.

"Dan apa pula yang membuatkan awak terima perkahwinan kita."

Kata kata Thoriq memang betul betul membuatkan Dura terdiam. Mulut pedasnya, mulut liciknya, mulut manisnya terus terdiam. Apa yang membuatkan dia kahwini Thoriq dia tiada kata kata lawan terhadap persoalan itu. 

tetapi saat Thoriq melafazkan akad di pejabat agama sebaik sahaja dia keluar hospital membuatkan   rasa kesyukuran datang tanpa diundang dan mungkin itu jawapan dari Allah buatnya walaupun dia tidak faham dan tak tercapai dek akal logiknya. kadang perasaan ragu muncul.

mesti berita perkahwinan dia dan Thoriq akan menjadi berita yang mengejutkan dalam dunia business kerana tiada angin dan ribut dia dan Thoriq disatukan. malah pasti ada persoalan yang sangat kuat mengenai dia dan CEO Husaini group, berbaikkah, motif business atau apa-apa. 

"ahhh pening kepala aku fikir." kata Dura memegang kepalanya

Dura marah akan dirinya kerana tidak tahu perasaan apakah yang dia rasa sekarang adakah marah, gembira atau bahagia dan dia sememangnya benci dengan situasi dirinya sekarang yang tidak berdaya dan kelihatan lemah.

Dia bukan menolak takdir malah tidak membencinya dia cuma tidak puas hati dengan dirinya. Dia tidak mahu dirinya dipanggil lemah walaupun fizikalnya begitu. Dia akan cepat bangkit tapi dia manusia biasa yang perlukan dorongan daripada orang tersayang.

Kini orang yang tersayang tiada disekelilingnya. Dia berharap, dia boleh mendapat kasih sayang daripada Thoriq. Tapi bolehkah?. Siapa dia pada Thoriq. Mungkin lelaki itu ingin berkahwin dengannya kerana rasa bersalah. Ya betul rasa bersalah. Dan apabila dia sudah sembuh Thoriq akan mencampakkannya kemana sahaja.

"fikiran lain pula yang datang." kata Dura kuat pada dirinya

Jika perkara itu terjadi memang dia salah langkah membuat keputusan. Tidak sepatutnya dia mempercayai Nukman Adiknya itu. Apa yang membuat Nukman yakin bahawa Thoriq boleh menjaganya dengan sempurna . Soalan itu juga selalu bermain difikirannya.

Tapi apabila difikirkan balik. Thoriq tidak pernah menyakitinya selama satu hari ini. Tapi kalau akan datang memang Dura tidak dapat menjangkakannya.

Setiap Sentuhan Thoriq pada tubuhnya sangat lembut, sangat berhati hati. Tiada Sebarang kekerasan yang dilakukan lelaki itu yang boleh membuatkan dia berasa gerun. Adakah disebabkan itu dia telah merasakan kasih sayang daripada lelaki itu. 'Apa ni Dura' Dura mengeluh dalam hatinya kembali.

Dari mula lagi Dura tidak berapa memahami lelaki itu. Kadang baik kadang tidak. Lawak jenaka lelaki itu ada tetapi kadang kala sikap dinginnya akan datang menyapa yang boleh membuatkan Dura ingin menghindari lelaki itu.

Apa yang akan berlaku pada masa hadapannya kelak. Bahagia atau derita?.

Dan semestinya dia tiada jawapan. Dia harus bersikap sentiasa bersedia untuk menempuhi masa depan. Dia berharap DCruiz kembali ke pangkuanya semula mungkin melalui Thoriq. Ahhh, akalnya sentiasa berfikir agenda. Tapi itulah Dura Nadhirah. Sentiasa berfikir helah dan laluan untuk mendapatkan sesuatu.

Tapi dia tidak bermaksud ingin menggunakan Thoriq bagi mendapatkan DCruiz. Dia ingin mendaptkan DCruiz melalui kekutannya. Bukan bermakna dia sebahagian keluarga Husaini dia tidak boleh berjalan seorang diri. Selama ini dia hanya berjalan seorang tanpa bantuan syarikat lain.

Lutfi. Nama itu. Nama yang dia sering sebut dalam rasa cintanya. Lutfi tidak patut membuat dia begini. Memang tidak patut. Jiwanya terseksa apabila mengenang perbuatan Lutfi keatas dirinya, sangat terseksa.

Tapi perasaan sayangnya dan cintanya pada Lutfi tidak ingin terpadam walaupun terang terang lelaki itu menolaknya. Dan tanpa dia sedar hubungannya pada Lutfi rupa rupanya hubungan yang akan membuatkan dia jatuh ke dalam gaung yang dalam. Dia benci dengan apa yang berlaku pada dirinya. Tapi hatinya masih tidak berubah.

Dia benci perasaan ini. Dia seperti boneka yang mudah mendengar kata dan dia adalah boneka Lutfi. Dia boneka lutfi yang mendengar dan menunduk patuh pada Lutfi.

Barulah sekarang Dura faham larangan papa kepadanya untuk tidak mendekati Lutfi. Rupanya papa dalam diam memerhatikan gerak geri Lutfi. Dura mengeluh dengan fikirannya. Silap hari bulan kepalanya boleh pecah.

Dura terus menghilangkan apa yang sedang difikirkannya. Kemudian Dura melihat dua cincin yang tersarung cantik dijarinya, satu cincin belah rotan dan satu lagi cincin halo yang memiliki permata yang berwarna biru kehitaman. Kedua cincin itu dipasang di jari yang sama iaitu jari manis sebelah tangan kirinya. Tanpa dia sedari dia tersenyum.

Selepas itu mata hitamnya melihat kearah luar semula. Di luar sudah menunjukkan hari sudah lewat malam. Kelibat Thoriq masih tidak kelihatan, waktu terakhir dia melihat Thoriq saat lelaki itu sedang solat isyak. Tahu tahu sahaja Thoriq sudah tiada.

Dengan perlahan Dura menggerakkan kerusi rodanya kearah pintu. Semoga. Susah payah juga tanggannya membuka pintu dan menutup pintunya. Hmmm, sekarang Dura yang dulu bukanlah Dura yang sekarang. Dura yang mampu membuat semuanya seorang diri. Tapi sekarang juga dia mampu buat sendiri bukan?.

Kerusi roda tersebut digerakkan kearah lift rumah besar keluarga Husaini. Dura terus memasuki pintu lift tersebut dan menekan butang untuk turun kebawah.

Selang beberapa minit pintu lift terbuka. Dura mencari kelibat seseorang di tingkat satu rumah besar keluarga husaini sampailah telinganya mendengar suara pergaduhan antara dua orang lelaki. Dura cuba mendekati suara tersebut.

"Kenapa!!!" Datuk Alham menengking Thoriq dengan perasaan marah manakala suaminya itu sedang memegang kolar abang sulungnya itu dengan cara yang sangat biadab.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
DCruiz ✔※Where stories live. Discover now