Harini aku dah lambat gila, bangun tadi pukul 7 lebih dan sekarang jalan jammed pula. Macam mana kalau lambat masuk sekolah nanti.
Aduhhh!! Bisikku di dalam hati.
Aku memandang ke luar tingkap. Banyak kereta yang tersesat dalam jammed ini. Tak boleh ke kalau sehari kat kuala lumpur tak jammed? Ini sampai aku nak pergi sekolah pun kau buat masalah. Aku membuka aplikasi WhatssApp apabila telefon pintarku bergetar.
TengkuDaniel
Azreen tak sekolah ke harini?Sekolah tapi jammed lah pula
Ouh,jangan risau Daniel tak akan denda Azreen sebab bukan salah Azreen pun. Jalan tu yang tiba -tiba jammed bukannya Azreen.
Hahahaha, abang Daniel ni lawak la
Haa, abang? Hahahaha!
Saje je, ihiks
Sokay, maaf reen. Daniel kena tutup ni sebab ada tugas sikit.
Sokay, reen faham
Bye
Bluetick dan seen. Sememangnya aku suka bagi orang bluetick dan tidak suka orang bagi aku bluetick. Aku melihat jalan kembali. Keadaan masih sama, kereta langsung tidak bergerak mahupu seinci.
"Saya dah lambat ni." Jerit aku separuh kuat. Hilangkan tekanan sikit. Nasib baiklah cermin kereta tidak terbuka kalau tidak pasru orang ramai akan dengar jeritan aku itu.
"Maaf cik muda, jalan tiba-tiba jammed." kata Yusri ketakutan. Dia menurunkan cermin kereta dan melihat ke luar apa yang terjadi.
"Its okay. "
Aku mengambil telefon pintar semula dan nombor Datuk Mikail di dail dengan pantas. Dengar saja suara Datuk Mikail, aku lantas menghamburkan soalan, "Boleh reen tahu kenapa jalan jammed nak pergi sekolah?".
"Sebab ada orang tengah baiki jalan."
"Boleh tak suruh orang tu berhenti buat kerja dulu? Reen dah lambat nak pergi sekolah ni." Kataku hanya untuk melepaskan tekanan.
"Okey."
Datuk Mikail menamatkan panggilan. Aku mengerutkan dahi setelah mendengar balasan daripadanya. Dalam kepala hanya fikir satu benda, apa yang dimaksudkan dengan 'okey'.
5 minit kemudian, kereta mula bergerak seperti biasa. Tiada lagi jalan yang jammed tak pun jem ke. Jalan menjadi elok dan semua kereta bergerak dengan mudah dan laju. Hati aku terus berbunga dek kerana gembira. Yusri terus memecut ke sekolah kerana aku sudah lambat. Nanti kalau aku kena denda, Yusri juga yang disalahkan. Walaupun itu semua atas kesalahan aku sendiri kerana bangun lambat.
***
Aku keluar daripada kereta velffire itu. Pintu pagar hampir saja nak tertutup. Daniel yang nampak akan kelibat aku terus membuka sedikit pintu pagar itu. Aku berjalan secepat mungkin.
YOU ARE READING
I,ILY ✔
Teen Fiction|27|11|2017 - 01|06|2019| p/s : agak cringe kerana belum matang +++saya malas edit " saya suka awak. " - Tengku Daniel - " kita putus. " - Tengku Daniel Bahagia bukan selamanya bersama si dia. Dalam kesedihan, muncul seseorang yang membawa kebahagi...