Aku bangun dari tidur lalu masuk ke bilik air. Setelah bersiap, aku turun ke tingkat bawah untuk mengambil sarapan sebelum bergegas ke sekolah. Tiba di dapur, aku mengambil tempat duduk di hadapan Ayyan. Mihun goreng air tangan Datin Azira terhidang cantik di atas meja makan.
"Mummy tak makan sekali ke?" Tanyaku sambil menyedok mihun ke dalam pinggan.
"Mummy dah janji dengan kawan nak jumpa jadi lain kali ya." Satu mug hot chocolate Datin Azira letak di sebelah pinggan aku. Kami berdua menyamlam tangannya. Aku menghirup air hot chocolate itu dengan perlahan kerana masih panas. Datin Azira berlalu keluar ke ruangtamu.
"Kenapa tenung aku lama tadi?" Tanya Ayyan. Dia menghabiskan suapan yang terakhir terlebih dahulu.
"Rindu." Jawab ku sepatah. Mihun goreng aku habiskan secepat mungkin. Takut datang lambat ke sekolah pula.
"Kalau rindu, naik kereta aku harini." kata Ayyan sebelum berlalu pergi ke ruangtamu.
***
Sebuah kereta BMW memasuki kotak empat segi tempat letak kenderaan. Aku keluar dari perut kereta bersama beg sekolah di tangan. Tanpa sebarang kata, aku berjalan menuju ke kafe. Beg sekolah aku sandang dan telefon pintar aku keluarkan. Apabila aku ingin masuk ke lorong kanan, ada seseorang melanggarku sehingga aku terjatuh.
"Sorry." Ucapnya lembut. Aku mengeluh perlahan.
"It's okay." Aku memandang ke arahnya. Dia menghulurkan tangan tetapi aku bangun tanpa sambut hulurannya. Dia yang terkilan terus bertanya, "Are you okay?" Aku sekadar mengangguk.
"I have to go now." Aku teruskan perjalanan. Tiba di hadapan kafe, aku melangkah masuk. Rata-rata pelajar yang ada di dalam kafe memandang ke arah aku. Aku hanya memberikan mereka senyuman. Kaunter pesanan aku dekati.
"Alhamdulilah cik muda dah sihat." Ujar pekerja wanita tersebut. Aku tersengih kecil sambil berkata, "Berapa kali saya kata, jangan panggil cik muda. Panggil je Reen." Aku tersenyum.
"Yela Reen. Nak pesan apa?" Tanyanya lagi.
"Macam biasa." Aku membuat betuk 'OK' menggunakan jari. Air minuman aku siap dalam masa 5 minit. Aku ambil penyedut minuman dan bergegas keluar dari kafe. Kaki diatur menuju ke loker.
"Azreen?" Satu suara yang tidak lagi asing kedengaran. Aku memandang ke arah Aliff yang berada di tepi kanan ku.
"Maaf. Saya Azreena." Aku memberikan pandangan selamba ke arahnya. Kami sama-sama memasuki blok akademik.
"Eh ada pelajar baru." Aliff membalas.
"Banyaklah kau dengan pelajar baru." Aku membidas.
"Aku ada satu je Reen." Aliff tersengih.
"Ha baik. Pergi bertugas sana! Aku nak masuk kelas." Aku cuba menghalaunya. Dia menjeling sekilas.
"Waktu tugas aku dah habis. Apa kata aku teman kau pergi loker." Aliff memberi cadangan memandangkan dia tiada apa-apa yang mahu dibuat.
"Eh mana tahu aku nak pergi loker ni. Tadi kan aku kata aku nak masuk kelas." Aku memandangnya dengan penuh tanda tanya. Dalam hati sudah berkata, dia ni ada kuasa baca minda orang ke?
"Takkan lah kau nak masuk kelas dengan beg kempis macam ni?" Aliff menunding jari ke arah beg sekolah aku. Aku tersengih kecil. Tiba saja di loker, dia menghilangkan diri. Aku dalam hati dah menyumpah si Aliff ni.
"Good Morning sayang?" Bacaku perlahan. Sticky note yang berwarna biru itu aku cabut dan membuka loker. Mataku terbuka luas apabila ada banyak coklat cadbury yang bersaiz kecil di dalamnya.
"Mianhae" Ujar seorang lelaki di belakang aku. Aku yang terkejut terus memusingkan badan ke belakang.
"Ingatkan mamat korea mana yang sesat tadi." Perli ku. Aku memasukkan buku ke dalam beg. Kotak pensil dan pensil warna tidak dilupakan juga kerana harini ada subjek seni.
"Sayang maaflah." Kata Daniel dengan manja. Dia bersandar pada loker sebelah. Aku menutup pintu loker dengan sekuat hati. Daniel menelan air liur.
"K." Balasku sepatah. Aku ingin membuka langkah untuk menuju ke kelas tetapi Daniel sempat pegang tangan kiri ku.
"Sayang, i'm sorry about yesterday." Kata Daniel lagi. Dia melepaskan pegangan.
"Okey." Aku membalas lagi sepatah. Aku terus jalan buat tak endah.
"I love you!" Daniel menjerit kuat. Dia langsung tidak hiraukan pelajar-pelajar yang ada di situ. Aku yang mendengar terus mencepatkan langkah. Muka sudah menahan malu.
Aku berjalan di kaki lima tingkat tiga dimana kelas aku berada. Apabila lalu setiap kelas mesti ada yang tak puas hati. Aku berjalan semakin laju ke kelas. Tanpa melengahkan masa, aku terus masuk ke dalam kelas.
Nasib baik cikgu tak ada kalau tak dapat gelaran murid kurang ajar nanti.Kelas yang bising macam lebah jadi senyap tak terkata. Aku yang pelik terus keluar dari kelas dan membaca nama kelas di papan. Tak salah, ni memang kelas aku tapi kenapa diorang diam atau diorang tak ingat aku? Omel ku di dalam hati. Aku memandang ke arah semua orang yang berada di dalam kelas sekali lagi.
"Azreen aku rindu kau!" Jerit Qisha di ikuti dengan rakan sekelas yang lain.
"Alhamdulilah kau dah sihat."
"Maaf tak datang melawat."
Rata-rata orang di dalam kelas memberi kata-kata kepada aku. Aku hanya tersenyum ke arah mereka dan pergi ke arah meja. Kerusi aku tarik terlebih dahulu sebelum melabuhkan punggung. Qisha datang ke arah aku dan terus duduk di sebelah tanpa banyak tanya. Aku memandang ke arah meja hadapan, pelik! Dah ada penghuni meja hadapan aku ni.
"Explain." Arah ku kepada Qisha sambil menunjuk jari ke arah tempat duduk hadapan.
"Baru pindah sini sebulan yang lalu." Jawab Qisha ringkas.
"Ouh." Balas ku. Aku pergi ke belakang kelas untuk membuang cawan air aku beli tadi. Kemudian, aku kembali duduk di tempat ku. Pelajar tersebut dah duduk tapi cepatnya. Aku hanya mendiamkan diri. Puan Maira pun masuk ke dalam kelas untuk mengajar mata pelajaran sejarah.
Ketua kelas memberi salam dan kami semua membaca doa. Selesai membaca doa, semua pelajar dibenarkan duduk. Puan Maira mengucapkan, "Selamat kembali Azreen." Kepada aku. Aku membalas, "Terima kasih." Selepas aku bersuara, orang di hadapan aku terus menoleh ke arah belakang dan kami berdua terkejut.
"You?"
***
TBC

ANDA SEDANG MEMBACA
I,ILY ✔
Roman pour Adolescents|27|11|2017 - 01|06|2019| p/s : agak cringe kerana belum matang +++saya malas edit " saya suka awak. " - Tengku Daniel - " kita putus. " - Tengku Daniel Bahagia bukan selamanya bersama si dia. Dalam kesedihan, muncul seseorang yang membawa kebahagi...