Bunyi bising kedengaran dari tingkat bawah. Aku yang baru tersedar terus masuk ke dalam bilik air untuk mencuci muka. Meja solek yang berada di hujung aku tuju. Telefon pintar yang ada di atas meja aku bawa bersama ke atas katil. Satu mesej yang baru saja diterima aku baca di dalam hati.
favboy🐣❤
goodmorning sayang 🌈❤😛
Aku membalas dengan mesej suara. Mesej suara itu terus didengar oleh Daniel. Daniel membalas juga dengan mesej suara. Aku menekannya.
"Awak duduk je dalam bilik. Nanti pukul empat tiga puluh minit pagi baru awak turun sahur."
Aku membalas.
abc defgh
baiklah❤
Lena tak tidur?Baru saja aku ingin menaip, telefon pintar aku mati secara mengejut akibat kehabisan bateri. Aku merungut sedikit kepada orang yang bawa masuk telefon tu sebab tak reti nak tolong cas kan. Aku buat keputusan untuk mengemas beg pakaian sebelum sambung tidur yang lena tadi.
***
Daniel POV
Tengku Amanda (Mak Long), Tengku Aini (Mak Ngah), Tengku Munirah (Maksu) dan Tengku Aura (Tokma) sedang memasak di ruangan dapur untuk sahur.
"Dengar cerita, Daniel balik bawa girlfriend." Tengku Amanda bersuara apabila nampak kelibat aku masuk ke ruangan dapur.
"Ada-ada je Mak Long ni." Aku membalas sambil tersenyum. Suara bisikkan anak-anak dara di dalam Vila ini membuatkan aku tak selesa. Tak habis-habis nak mengumpat.
"Abang Daniel apa khabar?" Tanya Amira, anak sulung Tengku Amanda. Aku sekadar tersenyum nipis ke arahnya.
"Betul ke abang bawa balik girlfriend?" Tanya Aida pula, anak tunggal Tengku Aini. Aku tak menjawab. Ada je benda nanti mereka nak buat sebab tu tak layan.
"Umi, kenapa bilik depan bilik abang Daniel terkunci?" Tanya Melisa, anak tunggal Tengku Munirah yang baru sahaja masuk ke ruangan dapur. Aku menoleh ke arahnya diikuti dengan yang lain.
"Umi tak tahu Lisa." Balas Tengku Munirah ringkas. Dia menyambung memotong sayur-sayuran.
"Dah ada orang duduk bilik tu." Tengku Aura menjawab pertanyaan Melisa. Yang lain hanya mengangguk termasuk aku.
"Ala, baru nak pindah bilik tu." Melisa merungut sendirian. Dia mengatur langkah menuju ke arah kawan-kawannya yang lain.
"Siapa Tokma?" Tanya Aida dan Amira serentak. Aku makan keropok yang ada di dalam balang.
"Girlfriend abang Daniel kamu." Balas Tengku Aura kuat. Ketiga-tiga anak dara itu membuat muka tak percaya.
"Ouh girlfriend Daniel, APA! Girlfriend Daniel?" Aku terus berlari ke tingkat dua dimana semua bilik cucu-cucu atau tetamu Tengku Aura menginap.
"Siapa agaknya girlfriend abang Daniel?" Tanya Melisa. Sememangnya mereka bertiga peminat setia Daniel di media sosial ataupun di kampung ini.
"Entah." Jawab Amira dan Aida serentak sambil mengangkat kedua-dua belah bahunya.
End POV
***
Tok Tok Tok !
Pintu bilik aku diketukkan lama. Aku terus bangun dan menuju ke pintu. Aku membuka pintu secara perlahan-lahan. Dengan sepantas kilat, Daniel masuk ke dalam dan menutup semula pintu.

ANDA SEDANG MEMBACA
I,ILY ✔
Ficção Adolescente|27|11|2017 - 01|06|2019| p/s : agak cringe kerana belum matang +++saya malas edit " saya suka awak. " - Tengku Daniel - " kita putus. " - Tengku Daniel Bahagia bukan selamanya bersama si dia. Dalam kesedihan, muncul seseorang yang membawa kebahagi...