64

4.4K 242 5
                                    

Pada hari ini, Syarikat Empire Diamond dan The Crystal akan bermesyuarat di Empire Diamond holdings. Aku menuju ke lif dan naik ke tingkat 25. Haih, kenapa tak buat sampai tingkat 50?

"Tunggu." Jerit seorang lelaki dari arah luar. Aku terus menekan button open semula apabila terlihat lelaki itu mahu masuk bersama.

"Thanks."

"Sama-sama."

"Siapa nama awak?" Dia mulakan perbualan.

"Azreen."

"Nama saya-"

Ting! Cepat gila dah sampai tingkat 25. Mana tak cepat kalau tadi aku kat tingkat 22. Aku pergi meninggalkan lelaki itu. Bilik mesyuarat menjadi tempat tujuan aku. Habislah, dahlah lambat 10 minit. 10 minit weh!

Aku buka pintu bilik mesyuarat dan semua mata yang berada di dalam termasuk Datuk Mikail, Encik Naim dan Nazrul memandang ke arah aku. Aku hanya mampu tersengih seperti kerang wangi. Wangi tau bukan busuk.

"Maaf. Ada emengercy." Itu sekadar alasan untuk lepaskan diri. Aku terus mengambil tempat duduk di sebelah Datuk Mikail. Di hadapan aku ialah Nazrul.

"Mesyuarat kita kali ini ialah perbincangan tentang persetujuan untuk gabungkan syarikat bersama The Crystal." Kata Dato Mikail atau lebih dikenali sebagai My Daddy. Aku mengerutkan dahi.

"Kalau gabungkan syarikat, Ceo syarikat seorang sajakan?" Tanya seorang lelaki sambil mengangkat tangan. Lelaki itu lebih tepat dikenali sebagai Nazrul. Soalan dia macam nak menyindir aku je. Yakin ke dia boleh jadi ceo compony ni bila dah gabung?

"Iya Naz." Balas Datuk Mikail mesra. Dia sudah tersenyum lebar dihadapanku. Aku pula yang naik menyampah kalini.

"Salah satu sebab mengapa kami berdua nak gabungkan ialah untuk memberi ruang kepada anak saya berehat di rumah, duduk goyang kaki tunggu suami pulang dan sebagainya." Kata Datuk Mikail sambil melirik kepadaku. Alasan dia sungguh tidak menarik!

"Saya setuju! Biarlah dia duduk kat rumah dan tunggu kepulangan suami yang tercinta." Kata Nazrul pula. Rata-rata manusia yang berada di dalam bilik mesyuarat berbisik sesama sendiri dan ketawa.

"Bukan tercinta tapi terbenci." Balasku pedas. Hm, aku baru sedar yang Datuk Mikail dan Encik Naim pandang aku macam nak bunuh. Alamak! Terlepas cakaplah pulak.

"Ignore that." Arahku dengan wajah yang selamba. Datuk Mikail sambung semula perbincangan tadi dan semua orang telah setuju kecuali aku sebab aku akan serta-merta di berhentikan kerja kerana Nazrul yang akan jadi Ceo Empire DC holding's ini.

"Reen, setuju ke tidak?" Tanya Daddy buat kali ke dua ratus dan jawapan aku tetap sama iaitu Tak.

"Tak."

"Why sayang?" Tanya Nazrul pula.

"Kalau Reen setuju, Reen nak kerja apa lepas ni?"

Aku orang yang jenis tak suka duduk rumah goyang kaki. Lagi-lagi kalau duduk sorang-sorang, seram.

"Reen boleh cuba bidang lain." Datuk Mikail mula memberi pandangan. Pelbagai perkars muncul dalam otak aku.

"Fine. Saya setuju." Balasku terpaksa. Demi Datuk Mikail dan Nazrul aku sanggup. Bolehlah aku kerja dengan Qishakan mulai hari esok? By the way Qisha buka Butik Florist, kedai bunga.

***

"Kenapa monyok je ni Bos?" Tanya Arshad yang kebetulan lalu di hadapan aku. Selepas mesyuarat habus, aku terus pergi ke kafeteria bawah.

I,ILY ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang