29

5.6K 284 9
                                    

Pada petang yang indah, aku keluar bersama Ayyan ke Mid Valley. Pertama sekali kami menuju ke Mcdonal's untuk mengisi perut yang kosong. Pintu mcd aku buka lalu meja yang berada di sudut hujung aku pergi. Kerusi ditarik dahulu sebelum melabuhkan punggung di atasnya. 

"Pesanan?" Ujar Ayyan sambil berpeluk tubuh. Aku tersenyum kegembiraan kepadanya. Apabila teringat balik kejadian selepas balik sekolah tadi, muka Ayyan sangat lucu.

"I'm home." Jerit aku kuat. Aku menyimpan kasut sukan ke dalam almari kasut yang berada di tepi. Beg sekolah aku letak di dalam bilik. Aku juga membersihkan diri dan menukar ke pakaian ingin keluar ke satu tempat. Aku pergi ke bilik Ayyan yang berada di sebelah.

"Adikmu yang cantik akan masuk." Aku terus memulas tombol pintu dan masuk ke dalam. Ayyan yang berada di dalam hanya memakai seluar pendek tercengang.

"Kau tak reti ketuk dulu ke? Bagi salam dulu ke?" Ayyan memberi pandangan menyampah. Aku sekadar tersengih. Aku pergi ke katilnya dan lompat ke atas.

"Siapa suruh tak kunci pintu." Aku membalas. Telefon pintar aku keluarkan dari dalam beg tangan.

"Kau nak buat apa dengan telefon tu?" Tanya Ayyan hairan. Apabila dia baru perasan, dia terus mengambil badan untuk menutup badannya yang tidak berbaju.

"Tak sangka badan abang aku boleh jadi idaman gadis-gadis." Aku mengerdipkan mata untuk membuatkan dia berasa malu.

"Kau keluar sekarang." Ayyan menunding jari ke arah pintu biliknya. Aku menjelirkan lidah ke arahnya.

"Aku nak guna perjanjian kau tu harini." Ayyan menggelengkan kepala.

"Aku malas."

"Nampak gaya seluruh dunia dapat tengok gambar ni." Aku bersuara dengan teragak-agak. Gambar yang berjaya aku tangkap tadi ditunjukkan kepadanya. Aku terus berlari ke arah pintu apabila dia cuba merampas telefon pintarku.

"Okey-okey aku teman." Ayyan mengeluh.

"Teman pergi mana?" Aku memandangnya hairan. Ayyan juga turut memandang aku dengan kepala disengetkan.

"Bukan kau nak suruh aku teman pergi mall ke?" Ayyan cuba meneka.

"Nope, nope, nope. Aku nak card credit kau." Aku bersiul tanpa memandang ke arahnya. Ayyan menggenggam penumbuk sambil memandang ke arah aku.

"Aku tak benarkan." Jelas kelihatan mukanya ketat.

"Congrats." Aku menunjukkan gambarnya yang sudah ditagkan di Instagram ke arahnya. Bunyi notifikasi dari telefon miliknya membuatkan dia berubah cemas.

"Baik-baik aku bagi tapi aku akan ikut kau pergi. Delete gambar tu sekarang." Jerit Ayyan kuat. Dia berlari menuju ke arah telefonnya di atas meja belajar. Aku terus keluar dari bilik.

"Jangan lambat."

"Kau nak makan ke tak?" Ayyan memukul lengan kananku perlahan. Aku terus tersedar dari alam maya.

"Mc chicken satu. Air aku nak kau tukar iced blend latte. Nugget yang 12 ketul pun aku nak. Tambah Mcflurry cadbury yang baru tu satu. Last sekali, ayam spicy dua ketul. Air tukar kepada milo. Ayam tu nak bahagian dada dengan peha. Jangan lambat." Aku tersenyum lebar ke arahnya. Ayyan menelan air liur.

"Kau makan ke melahap?" Ayyan memandang sepi ke arah dompetnya. Dia pergi beratur di kaunter pembelian. Aku mengeluarkan telefon dan menelefon Qisha.

"Lambat lagi ke?" Tanyaku sebaik saja panggilan disambungkan. Setelah mendapat jawapan, aku tamatkan panggilan. Beberapa minit kemudian, Qisha muncul di hadapan aku dengan senyuman lebar.

I,ILY ✔Where stories live. Discover now