60

5K 256 13
                                    

"Sejuknya." Ucapku sepatah. Aku toleh ke arah tepi, Nazrul sedang tidur sambil menghadap ke arah belakang aku. Aku toleh pula ke arah jam yang berada di dinding, 2 pagi.

Tekak aku tiba-tiba kering jadi aku nak air. Aku ambil keputusan untuk turun ke bawah. Tiba di ruangan dapur, aku buka lampu dan menuju ke kabinet lalu mengambil segelas cawan. Air Susu HL yang berada di dalam peti sejuk aku keluarkan dan tuang ke dalam cawan.

Aku ambil maggi cup di dalam kabinet dan membuatnya. 10 minit kemudian, aku duduk di meja makan bersama maggi cup dan secawan susu di atas meja. Aku mula makan dengan perlahan kerana rasa lain macam sangat.

Bunyi derapan tapak kaki dari arah belakang membuatkan aku ingin menoleh tetapi pantas hati melarang supaya jangan layan bunyi itu. Bunyi itu makin lama makin kuat, ianya seperti ingin menuju ke arah aku. Aku membaca istigfar sebanyak mungkin di dalam hati.

"Sayang?" Tegur Nazrul dengan muka yang masih mamai. Dia ambil tempat duduk di hadapan aku.

"Abang terkejutkan sayang." Aku menghembus nafas lega. Aku letakkan kepala di atas meja. Badanku terasa lemah sangat.

"Sayang pun terkejutkam abang. Abang ingatkan isteri abang lari rumah tadi." Nazrul turut meletakkan kepala di atas meja. Dia tersenyum ke arah aku.

"Ke situ pula fikiran awak. Saya nak pergi mana je kalau bukan di sisi awak." Aku sedaya upaya untuk senyum.

"Sayang tengah buat apa ni?"

"Makanlah." Jawabku ringkas.

"Orang tua-tua cakap, kalau makan malam-malam nanti badan jadi gemuk."

"Dan saya pula kata, lebih baik gemuk daripada mati kelaparan."

"Ish jangan cakap macam tu lah." Nazrul membuat wajah comel.

"Hehehehehehe." Aku turut membuat muka comel. Mari kita tengok siapa yang lemah.

"Nak sikit." Nazrul membuka mulutnya.

"Ambillah. Saya naik atas dulu." Aku menghulur maggi tersebut. Langkah demi langkah aku jalan perlahan, kemudian aku terjatuh.

"Sayang!" Jerit Nazrul terkejut. Dia terus menerpa ke arah aku. Aku dapat rasakan ada tangan di kepala aku.

"Panasnya."

Aku hanya mampu melihat dia menyentuh dahiku sebelum semuanya menjadi gelap gelita, tiada sebarang cahaya yang masuk ke dalam anak mata.

***

"Erm." Aku mula bersuara walaupun mata aku masih lagi terpejam rapat. Aku perasan yang Nazrul tidur di sebelahku menggunakan kerusi dan didahi aku juga ada sehelai kain yang lembap.

"Nazrul." Panggilku lemah. Nazrul terjaga apabila mendengar suara aku yang samar-samar. 

"Ya Sayang. Abang ada sebelah Sayang ni. Sayang nak apa-apa ke? Air? Bubur?" Tanyanya lemah lembut. Aku sekadar tersenyum.

Ya Allah Ya Tuhan ku, terima kasih kerana memberikan aku seorang hamba-MU yang sungguh penyayang terhadap diriku dan seorang yang baik hati juga.

"Sayang nak abang je." Balasku manja. Nazrul terus bangun dan baring di sebelah aku. Aku memberikan sedikit ruang untuk dia baring.

"Nak saya peluk?" Tanyanya.

"Boleh juga." Jawabku tanpa segan silu. Aku masuk ke dalam dakapannya selepas itu. Badan aku terus menjadi hangat. Kalau aku peluk dia 24/7 mesti aku akan sihat 24 jam. Tak ada lah demam macam ni.

Aku sambung tidur kembali sehinggakan aku terlepas waktu subuh. Aku terbangun pada pukul 10 pagi dan Nazrul masih ada disebelah aku.

"Abang bangun. Abang tak pergi kerja ke?" Aku cuba geraknya walaupun aku tak larat.

"Tak. Abang bagitahu Papa yang Abang ambil cuti sebab nak jaga isteri kesayangan Abang yang demam ni." Balasnya sambil tersenyum manis walaupun mata masih tertutup.

"Saya laparlah." Runggutku tiba-tiba.

"Lapar? Sayang tunggu kejap. Abang pergi masak."
"Abang pandai masak ke?" Tanyaku tidak percaya. Pakai tie pun tak pandai apa lagi memasak.

"Mestilah. Tengoklah nanti." Dia terus keluar dari bilik. Senyuman tidak lekang terukir di bibirku. Rasa bahagia ini, hanya Allah sahaja yang tahu. Aku harap dia yang terakhir dan tiada orang lain lagi.


Nazrul POV

Aku turun ke ruangan dapur dan kelibat Puan Nadirah tiada. Matilah. Aku terus berlari anak ke dalam bilik kerja Encik Naim di aras bawah untuk meminjam komputer ribanya tanpa izin. Aku terus menekan youtube.

"Cara-cara membuat bubur ayam paling sedap di dunia."

Ayat minta penampar. Aku terus baca bahan-bahan dia dan mula cari sekiranya bahan itu ada atau tidak. Selepas itu, aku keluarkan bahan yang sudah ada dan letakkannya di atas meja dapur. Then, let's cook.

End POV

***

Aku menyimpan novel yang baru sahaja aku baca di atas meja kerana Nazrul sudah masuk ke dalam bilik bersama dulang di tangan. Dia menuju ke arah aku berada. Dulang tersebut di letakkan di atas meja.

"Mari makan." Ucap Nazrul sambil memegang semangkuk bubur. Bau dia sangat menyedapkan harap rasa pun samalah.

"Nak makan sendiri or Abang suapkan?" Tanya Nazrul mengada.

"Makan sendiri." Aku membalas.

"Okey! Abang suapkan." Aku pandang dia dengan pandangan mengjengkelkan. Nasib baik sayang kalau tak dah lama aku tumbuk-tumbuk muka kacak dia.

"Buka mulut." Arahnya. Satu sudu sudah dihalakan di mulut ku. Aku membuka mulut dan Ap!

"Sedap tak?" Tanya Nazrul risau. Dia menelan air liur beberapa kali.

"Sedap, sedap sangat." Aku memuji dengan senyuman manis. Bubur tersebut aku telan sebaik mungkin,

"Biar betul sedap, aku terletak garam banyak kut." bisik hati Nazrul.

"Kalau sedap, kita makan lagi!" Katanya gembira. Aku hanya iakan saja.

Dua suap,
Tiga suap,
Empat suap,
Lima suap,
Enam suap,
Tujuh suap,

Sekarang bubur dalam mangkuk tinggal sedikit dan perut aku mula memulas.

"Abang nak rasa sikit boleh?" Pinta Nazrul sambil mengerdipkan mata.

"Abang tak cuba lagi ke masa buat tadi?" Tanyaku hairan.

"Tak." Balasnya.

"Patutlah rasa dia macam tu." Bisik hatiku. Aku kena jaga hati dia, nanti dia merajuk.

Nazrul suakan sudu ke dalam mulutnya dan dia terus minum air selaju-lajunya.

"Masinnya." Runggutnya.

"Tengoklah siapa yang buat." Perliku sebaik boleh.

"Entah. Eh! Abang yang buat ke?" Tanya Nazrul sambil tersengih.

"Ya, suami saya yang buat bubur yang paling sedap tu." Perliku lagi sekali.

"Kenapa sayang cakap bubur yang Abang buat sedap sedangkan ianya masin?"

"Sebab dah memang sedap pun cuma lebih sedap kalau abang kurangkan garam dalam masakkan." Kataku.

"Mama lah ni. Time aku perlukan dia, dia pula menghilang. Time tak perlukan dia, selalu nampak batang hidung dia." Bisik hati Nazrul.

"Sayang tak marahkan?"

"Marah untuk apa?"

"Abang buat bubur masin plus kurang sedap."

"It's okay. Sekurang-kurangnya abang dah mencuba cuma saya lah perlu tanggung sakit."

"Sakit apa pula?"

"Sakit perutlah!"

***
TBC

I,ILY ✔Where stories live. Discover now