46

5.1K 276 13
                                    

Beberapa bulan kemudian,

"Azreen! Cepat lah sikit. Nanti kita lambat pula." Marah Ayyan di hadapan muka pintu bilik aku. Dia ni memang tak boleh tengok orang senang lah, aku nak bersiap pun tak senang.

"Sabarlah. Aku tak siap lagi." Marahku balik. Aku ambil lipstik berwarna pink dan mencalitkan di bibir.

"Cantik-cantik nak pergi mana? Kita nak ambil result je bukan pergi jumpa jodoh." Bebel Ayyan. Ya! Hari ni result SPM dan STPM akan keluar. Semua pelajar tingkatan 5 dan 6 tahun lepas perlu hadir ke sekolah pada pukul 10 pagi.

"Iya-iya. Dah siap ni." Balasku. Aku ambil telefon yang sudah dinaik taraf daripada Iphone 7+ ke Iphone 8+ di atas meja. Kemudian, aku tutup lampu bilik dan turun ke bawah. Ayyan sudah masuk ke dalam kereta dahulu.

Aku pergi ke rak kasut bersebelahan pintu. Kasut jenama Vans aku ambil dan pakai. Aku terus berlari ke arah kereta Ayyan yang sudah tunggu di luar pagar rumah. Pintu sebelah pemandu aku buka.

"Kau ingat, kau tuan Puteri ke?" Perli Ayyan kuat. Kereta Lotus berwarna hitam miliknya sudah mula pecut ke sekolah. Wow! Dia dah upragde keretala. Lalala, aku pun dah ada kereta tapi malas nak guna lagi.

"Suka hati akulah. Mana tahu boleh jumpa jodoh nanti." Kataku. Aku bagi jelingan maut kepadanya. Tangan sibuk bermain telefon pintar.

"Jodoh kau dah kena ambil dengan orang."

Janam, janam, janam, kau memang abang jahanam.

"Maaf Reen. Ayyan tak ada niat nak ungkit balik." Ujar Ayyan bila aku hanya mendiamkan diri.

"Tak apa. Aku pun dah redha." Jawabku senada. Ayyan terus diam, dia hanya fokus dengan pemanduannya.

"Macam mana kalau aku terjumpa dengan dia kat sekolah nanti? Lepas tu dia dengan Dina?." Bisik hati ku.

***

Aliff POV

Aku, Hazmi dan Daniel sedang duduk di gazebo untuk menunggu ketibaan Ayyan yang tak menepati janji.

"Mana Ayyan ni? Kata 9:30 dah sampai, ni dah nak masuk pukul 10." Rungut Hazmi sambil memandang jam tangannya.

"Sabarlah babun. Tak kan kita nak masuk dewan tanpa dia." Aku tepuk belakang Hazmi kuat. Daniel hanya mendiamkan diri.

"Apahal diam je bro!" Aku tepuk belakang Daniel pula. Dia tersentak. Hazmi pandang ke arah aku dan Daniel.

"Ha, tak ada apa-apa." Balasnya sedikit gugup.

Sebuah kereta lotus berwarna hitam memasuki kawasan sekolah. Kami bertiga memandang ke arah kereta tersebut.

"Ni kereta siapa pula? Setahu aku, mana ada pelajar pakai lotus tahun lepas." Kata Hazmi sambil melihat kereta itu tanpa berkelip.

"Manalah aku tahu." Jawabku mendatar.

Seorang perempuan keluar dari tempat duduk sebelah pemandu. Dia memakai topi berwarna hitam di kepala membuatkan aku susah melihat.

"Siapa tu wei!" Hazmi tunding jari ke arah perempuan tersebut. Perempuan itu, tiba-tiba memusingkan kepala ke arah belakang.

"Lah, Azreen rupanya." Kata Hazmi lalu mengeluh. Aku dapat lihat wajah Daniel berubah berbanding tadi, makin murung.

End POV

***

"Cepatlah keluar." Kepala aku masukkan ke dalam kereta semula untuk memandang Ayyan yang lambat macam siput tu.

I,ILY ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang