- special chapter : three -
"Selamat hari raya Papa, Mama." Ucap Izz sambil menyalam kedua-dua tangan orang tuanya. Aku tersenyum melihat perangai baiknya.
"Duit raya untuk boy tak de ke?" Tanya Izz. Aku ketawa kecil. Muncul satu idea nakal di minda.
"Pergi minta Uncle Yan, dia kan banyak duit. Doktor pula tu." Kataku. Nazrul menyiku lenganku perlahan lalu menggelengkan kepala.
"Uncle Yan! Nak duit raya." Izz terus berlari ke arah Ayyan. Aku dan Nazrul ketawa kecil apabila melihat muka berkerut Ayyan.
"Mana Damia, Qisha?" Tanyaku apabila ternampak susuk tubuh Qisha. Alhamdulilah, dia selamat melahirkan anak malam semalam.
Kalau korang nak tahu, Ayyan saman Hospital di Johor ini yang beri maklumat salah. Bayi nak keluar lagi 2 minggu, boleh pula dia cakap 2 bulan. Sungguh teruk.
"Damia ada dengan Nenda." Balas Qisha. Dia berjalan perlahan-lahan ke arah aku. Ayyan yang nampak kelibat Qisha terus berlari anak ke arah Isterinya.
"Kan Abang dah pesan, jangan jalan banyak sangat, awak tu baru beranak semalam." Kata Ayyan prihatin. Dia memapah tubuh Qisha sehingga ke sofa.
"Yeah! Boy dapat RM 50 dari Uncle Yan." Jerit Izz. Dia tayang duit sekeping 50 itu dihadapan muka aku dan Nazrul. Haih, budak ni.
"Cakap apa dekat Uncle Yan?" Tanya Nazrul.
"Terima kasih Uncle Yan." Jerit Izz. Mungkin ada darah keturunan tarzan. Itu suka sangat jerit kuat-kuat.
***
Hari raya pertama , Nenda sudah membuat runah terbuka pada waktu malam. Semua sedara mara, jiran tertangga di jemput hadir selepas solat isyak.
"Sayang, nampak butang baju abang tak?" Tanya Nazrul. Dia dari tadi mencari butang baju melayunya tetapi tetap tak jumpa. Mana agaknya butang tu pergi.
"Dalam laci." Balasku dari dalam bilik mandi. Sebenarnya, aku tengah mandikan Izz. Itu lah dia, orang suruh mandi masa petang tak nak, ni rumah nak buka baru nak mandi.
Tapi tak apa, dia tak menyusahkan aku pun.
"Mama sejuk!" Adu Izz perlahan. Badannya sudah mengigil. Mana tak sejuk kalau mandi pukul 8:20 malam
"Sini Mama lap tubuh boy." Ujarku. Izz terus masuk ke dalam kain tuala yang aku buka. Aku lap dahulu badannya baru dukungnya keluar.
Izz aku letak atas katil. Aku mengatur langkah ke almari baju untuk ambil baju melayu Izz. Nazrul sudah pun turun ke tingkat bawah sebaik sahaja jumpa butang baju melayunya.
"Boy nak pakai biru atau hijau?" Tanyaku. Dua pasang baju melayu aku tunjuk sekali. Jangan risau, dah siap gosok awal-awal.
"Papa pakai warna apa?" Tanya Izz. Kita tanya dia, dia tanya kita balik.
"Papa pakai biru" Balasku.
"Boy nak pakai biru juga." Balasnya. Aku tersenyum. Izz memang suka ikut Nazrul. Aku simpan baju melayu warna hijau ke dalam almari semula dan baju melayu warna biru aku bawa ke arah Izz.
"Pakai ni dulu." Arahku. Seluar dalam kartun doraemon aku hulur. Izz ambil dan memakainya. Kemudian, aku pakaikan baju melayu untuknya.
"Mama tukarlah baju, biar boy sikat rambut sendiri." Aku mengjongketkan sebelah kening. Ni mesti ada benda dia nak buat.
"Please!" Rayunya.
"Yela." Aku mengalah. Almari baju aku tuju sekali lagi, baju kurung Peplum warna biru aku keluarkan. Kaki di atur menuju ke bilik mandi.
YOU ARE READING
I,ILY ✔
Teen Fiction|27|11|2017 - 01|06|2019| p/s : agak cringe kerana belum matang +++saya malas edit " saya suka awak. " - Tengku Daniel - " kita putus. " - Tengku Daniel Bahagia bukan selamanya bersama si dia. Dalam kesedihan, muncul seseorang yang membawa kebahagi...