09

7.9K 419 6
                                    

Harini Datuk Mikail dan Datin Azira akan pergi menunaikan umrah. Aku dan Ayyan akan tingal bersama dengan keluarga Daniel. Kami bergerak menghantar Datuk Mikail dan Datin Azira ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 pada pukul 9 pagi.

"Reen jaga diri yaa, jangan degil-degil dengan keluarga Daniel." Pesan Datin Azira lemah lembut. Kepala aku diusap perlahan.

"Baik Mummy, Mummy doakan Reen dapat 12A+ tau." Kata aku sambil memeluk tubuh Datin Azira sekejap.

"Selamat tinggal sayang." Ucap Datuk Mikail dan Datin Azira serentak.

"Bye!" Balas kami berdua. Tangan melambai semula.

Datuk Mikail dan Datin Azira pergi ke balai berlepas dan kelibat mereka berdua tidak kelihatan lagi. Aku dan Ayyan pulang ke rumah. Kami perlu mengemas pakaian untuk bermalam di rumah keluarga Tengku Daniel selama seminggu. Villa Datuk Mikail akan dijaga rapi oleh Kak Munah dan Kak Minah.

***

Aku masuk ke dalam bilik dan merebahkan badan di atas katil. Jam dinding dipandang sekilas, baru pukul 10 pagi tapi cuaca macam pukul 1 tengah hari, panas terik.

Ting!

Aku mengambil telefon pintat ku kerana ada notifikasi yang masuk tanpa di pinta. Aku memang suka letak bunyi macam tu jadi jangan nak membebel.

Ayyan 👿
jangan bawa baju macam nak pergi holiday setahun. Kita duduk sana seminggu je jadi jangan macam-macam. Aku nak pukul 11 dah ada kat bawah sebab kita nak gerak sana awal.

"Banyak pula orang tua ni membebel! Jangan bawa baju banyak lah, itu lah, ini lah. Sedap dia je nak menyuruh orang, korek biji mata tu kang!" Guman aku perlahan.

Ting!

Ayyan 👿
jangan kutuk belakang aku ya reen. Dah pergi kemas sana!

Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Pelik juga lah sebab dia dapat tahu walaupun dia tak ada dekat depan aku tapi tak mengapa lah. Kita lupakan pasal dia. Sekarang ni, aku nak mandi terlebih dahulu, harap maklum nak pergi rumah bakal buah hati! Ihiks. Tergatal lah pulak! Selesai mandi, aku pakai seluar skinny jeans bewarna putih dan baju lengan panjang bewarna hitam.


Satu beg ronda saiz sederhana aku ambil. Segala alat solek dimasukkan dahulu ke dalam beg kerana itu barang paling penting dalam hidup aku. Kemudian, segala barang keperluan telefon pintar di masukkan seperti headphone, earphone, powerbank dan lain-lain lagi. Akhir sekali barulah pakaian dan barang penting.Seluar jeans bermacam-macam warna di ambil. Baju lengan panjang ataupun pendek disumbat ke dalam beg. Janji bukan baju kartun seperti doraemon ataupun barbie, Malu nanti.


45 minit kemudian, baru lah aku siap berkemas. Semua barang keperluan sekolah sudah siap sepenuhnya seperti baju seragam sekolah, tie, beg sekolah, nametag, kasut dan yang lain lagi. Jam menunjukkan sudah pukul 11 pagi. Aku mengambil telefon pintar dan turun ke tingkat bawah. Beg aku biarkan Kak Minah yang bawa turun. Nampak tak? Aku seorang yang pemalas.

"Kenapa tak turun tahun depan?" Perli Ayyan di atas sofa. Ayyan sudah tunggu aku hampir 5 minit di atas sofa.


"Tahun depan Mummy dengan Daddy dah balik umrah jadi tak payah duduk rumah orang." Jawab ku beloyar buruk.

"Pandai menjawab! Ni mana beg? Dah buang terbiat datang rumah orang tak bawa baju?" Tanya Ayyan hairan. Dia hanya nampak aku dan beg tangan jenama Gucci sahaja.


"Akak! Mana?" Jerit aku separuh lantang. Kepala didongakkan ke arah tangga di kawasan atas.

"Ya! Akak turun sekarang ni Reen." jawab Kak Minah tergesa-gesa.

"Kenapa tak turunkan sendiri?" Tanya Ayyan sambil melihat Kak Minah yang tengah bawa turun beg aku dari arah tangga.

"Memang tugas Kak Minah Ayyan. Janganlah marah adik kamu." Jawab Kak Minah lalu meletakkan beg roda itu di sebelah aku. Kemudian, dia pergi ke dapur untuk sambung kerja yang belum selesai.

"Jo-" Kata Ayyan separuh jalan.

"Bye!" Jerit aku lalu berlari keluar dari rumah. Beg aku tinggalkan di dalam rumah, ini bermakna aku nak suruh Ayyan yang angkat tapi kalau dia biarkan macam itu je, aku tak nak bermalam di rumah kawan baik dia.

"Bertuah punya adik." Kata Ayyan. Dia menarik beg rodanya dan adik tak guna dia sekali keluar daripada rumah. Barang di simpan di dalam bonet kereta. Ayyan masuk ke tempat pemandu dan kereta itu meluncur laju ke rumah keluarga Tengku Daniel.


***

Kereta BMW berwarna putih milik Ayyan berhenti di hadapan pagar. Pagar itu terbuka luas lalu kereta itu masuk ke dalam pekarangan rumah banglo 3 tingkat.


"Sampai pun, ingat cancel." Kata Datin Amani di luar pintu rumah. Dia memakai selipar sebelum berjalan menuju ke arah kami berdua.

Ayyan yang sedang membuka bonet kereta lantas berkata "Azreen siap lambat." dengan nada yang kuat. Dia mengeluarkan dua beg roda serta satu bekas yang berisi coklat.

Aku ternganga. Aku yang geram terus membalas "Mana ada Reen siap lambat. Ayyan ni bawa kereta macam kura-kura,". Satu jelingan tajam di hadiahkan kepada Ayyan sebelum menyalam tangan Datin Amani.

"Sudah, jangan bergaduh." Kata Datin Amani. Datin Amani membantu kami membawa masuk beg roda.

"Ini bekas apa?" Tanya Datin Amani hairan apabila melihat satu bekas kecil berwarna biru di tangan aku.

"Benda yang membuatkan dia gemok." Kata Ayyan selamba. Dia menutup bonet kereta dan terus berlari masuk ke dalam rumah.

"Ayyan!"

"Sabar je Reen. Abang kamu memang macam tu." Kata Datin Amani. Dia menarik beg roda milik aku dan kami berdua berjalan masuk ke dalam rumah.

"Ini coklat kegemaran Reen."

"Nanti simpan dekat dalam peti sejuk bahagia atas. Kalau ada orang ambil, Reen pukul je dia pakai penyapu dapur." Datih Amani cuba membuat lawak. Aku ketawa kecil.

Masuk sahaja ke dalam rumah, kelibat Daniel kelihatan di atas sofa sambil menonton drama di TV.

"Daniel, tunjuk bilik untuk Azreen." Arah Datin Amani. Daniel yang mendengar arahan terus membawa beg roda milik aku. Aku dan dia menuju ke bilik tetamu yang berada di tingkat dua. Sepanjang perjalanan, banyak perkara yang kami bualkan.

***
TBC

I,ILY ✔Where stories live. Discover now